BAB 2• Latihan

91 17 6
                                    




Cahaya fajar pada pagi itu,mengejutkan seorang remaja lelaki belasan tahun daripada tidur lenanya.Dia menggeliat di atas katil,memperbetulkan sendi-sendinya yang lenguh daripada latihan semalam.

Dalam keadaan mamai,remaja bermata biru itu,bangkit daripada tilamnya,menuju ke bilik air,dia melepaskan keluhan sebaik sahaja melihat kemeja putih yang dipasangkan dengan seluar kesat berwarna putih yang disangkut pada pemegang almari seusai membersihkan diri.

"Baju sama lagi,"rungutnya ketika menyarungkan kemeja tersebut ke tubuhnya.Selesai bersiap,dia memulas tombol pintu biliknya sebelum menolak daun pintu,menuju ke ruang makan yang tidak beberapa jauh daripada biliknya.

"Selamat pagi Roy,Tressa,Lena,Ferot,Bille,"sapanya ketika dia melintasi beberapa orang pekerja yang sibuk di meja kerja masing-masing tetapi sempat memberikan senyuman kepada remaja itu.

"Selamat pagi,Harrier,"balas Roy,lelaki berbadan tegap yang sedang mengankat sedulang makanan paginya ke meja makan."Awal kamu bangun?"

"Seperti biasa,"ujar Harrier,hampir kedengaran malas apabila dia berjalan ke arah kaunter bagi mengambil makanannya.

"Saya nak nasi kari kentang dengan susu segar segelas!"Pesan Harrier ketika dia tiba di kaunter tersebut dengan wajah ceria apabila dia menyambut huluran dulang yang berisi makanan yang dipesannya oleh seorang gadis yang mengenakan skarf berawarna putih di atas kepalanya.

"Terima kasih!"Ungkap Harrier dengan wajah ceria,senyuman manis yang dihadiahkannya lekas membuatkan wajah gadis penjaga kaunter itu berona merah.

"Woi,woi,"tegur Roy saat dia meletakkan dulang berisi makanan tersebut ke atas meja,mengambil tempat duduk bertentangan dengan Roy."Kau janganlah buatkan gadis kaunter itu jatuh cinta dengan kau."Roy memberi amaran sambil tersengih.

"Diamlah,"ujar Harrier dengan wajah cemberut seraya menyuapkan sudu berisi nasi dan kuah kari ke dalam mulutnya.Seratus peratus menyisihkan lelaki berawajah tegang yang bernama Roy itu.

"Dinginya..."Ajuk Roy,sengaja mengapi-apikan pemuda berkulit putih itu sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

Harrier yang sedia jelik dengan perangai lelaki 30-an itu,hanya memutarkan bebola matanya."Kau ada latihan kan pagi ni?"Soal Harrier yang mendapat anggukan kecil remaja lelaki itu.

Harrier yang hanya mendiamkan diri selama sepanjang menikmati sarapannya,mendongak memandang ke arah Roy tatkala satu persoalan terlintas di dalam benaknya.

Baru sahaja dia hendak membuka mulut untuk bertanya,dia menutup kembali apabila merasai persoalannya tidak akan terjawab.Bagaikan,setiap penghuni di bangunan kecil itu,sengaja mendiamkan diri daripada menjawab soalannya dan akan dibalas dengan senyuman.

"Terima kasih untuk makanan,"ujar Harrier sebaik sahaja dia meletakkan garfu dan sudunya ke bawah sebelum mengelap mulut dengan napkinnya.

"Cepatnya,"ulas Roy tetapi tidak dipedulikan Harrier yang mengankat dulang berisi pinggan dan gelas kosong itu,sebelum dengan berhati-hati,memasukkannya ke dalam besen yang disediakan.

Harrier berjalan merentas koridor sebaik sahaja melangkah keluar daripada ruang makan,meminggirkan lambaian keanak-anakkan Roy ke arahnya sebagaiman dia mengendahkan renungan pekerja yang bertembung dengannya.

Namun,segala tindak tanduk mereka telah sebati di dalam hidup remaja lelaki,bernama Harrier yang telah membesar di situ pada ketika umurnya yang masih muda.

"Yo!Lambat kau sampai,"ujar satu suara garau yang datangnya daripada seorang lelaki berseragam hitam,kotnya yang labuh sehingga ke betis,dihiasi oleh kerongsang berwarna hijau yang disambungkan dengan tiga utas rantai halus yang berpasangan dengan mutiara kecil di selangnya.Dia bersandar pada dinding putih yang licin di suatu sudut ketika remaja lelaki itu melangkah masuk ke dalam dengan wajah dingin dan muram,biasa ditunjukkannya.

"Apa khabar orang tua...."

Sebaik sahaja remaja lelaki belasan tahun yang bermata biru itu,menyebut perkataan terlarang itu,urat saraf jelas timbul pada bahagian dahi lelaki itu,sebelum satu pen melayang ke udara,tepat ke arah Harrier berdiri.

Tetapi,dengan wajah bersahaja,pen yang dilempar pantas itu,disambut oleh Harrier tanpa sebarang masalah,walaupun serangan tersebut tidak terhenti di situ sahaja.

Lelaki berkot hitam itu,dengan berangnya,menyerang ke arah Harrier sebaik sahaja remaja itu menangkap pen yang dilemparnya,menghayunkan kaki kanannya tetapi dihadang oleh Harrier dengan sebelah tangan,dirinya langsung tidak berganjak daripada posisi asalnya.

"Hoh,"gerutu lelaki berambut hitam dengan anak mata hitam pekat seperti kumbang dengan senyuman mengherot ketika remaja itu,mengadang serangannya,"nampak seperti kau telah menjadi semakin kuat."ujarnya seraya menjarakkan diri daripada remaja itu.

"Sudah tentulah orang tua,"ujar Harrier dengan wajah bersahaja sambil menutup bangga kedua-dua belah matanya,mengundang kemarahan lelaki itu untuk kali kedua apabila urat baru mulai timbul di dahinya.

'Aku akan endahkannya,'pujuk hati lelaki yang digelar tua itu walaupun usianya baru sahaja mencecah dua puluh satu tahun,memujuk hati yang panas membara hendak memberi tendangan maut kepada pelajar yang tidak mengerti menghormati gurunya itu.

"Walau apa pun,aku ada teman baru yang akan menemani kau,"tambah lelaki berwajah tegang itu dengan senyuman sinisnya.

"Dalam kata lain,'aku ada lawan yang terbaik untuk kau Harrier',"Harrier memperbetulkan ayatnya,memandang jelik ke arah lelaki yang seronok memberikannya kejutan sehingga dia telah berhenti untuk merasa terkejut lagi."Betul tak,Edward?"

"Tunggu dan lihat,"ujar lelaki berkot labuh yang bernama Edward sambil tersenyum mengherot tetapi riaknya langsung tidak mengubah perasaan remaja lelaki itu terhadap dirinya,dia tetap mengekalkan wajah jeliknya saat dia menekan punat hijau pada alat kawalan jauh itu.

Dinding putih yang kelihatan tidak berpintu itu,kini bergerak ke arah bertentangan,perlahan-lahan membuka ruang,membenarkan seekor raksasa magis yang bersisik,setinggi enam puluh kaki,melangkah masuk ke dalam ruang tersebut.

"Shit,aku akan bunuh kau,Edward,"ujar Harrier dengan wajah dinginnya saat dia memerhati raksasa berupa cicak gergasi bersisik kelabu,merenung tajam dengan mata jingga ke arahnya.

"Aku betul-betul akan bunuh kau,EDWARD!"Pekik Harrier ketika dia mengelak libasan ekor raksasa yang berduri merah tersebut.

"Semoga berjaya!"Ujar Edward sambil ketawa mengekek,melihat Harrier terkial-kial,mengelak setiap serangan raksasa itu tetapi serta-merta terhenti apabila raksasa tersebut mengalihkan perhatiannya ke arah Edward pula.

'Matilah aku....'

Grape:

Mulai saat ini,karya PROJECT HYBRID aku bertanggungjawab untuk sambung.Binbang akan penulisan aku dan fhaziqah berlainan?Jangan bimbang,penulisan aku dengan junior itu tiadalah beza semana malahan aku mungkin menulis dengan lebih baik.

Selamat maju jaya!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HYBRID PROJECTWhere stories live. Discover now