"Babi punya budak!!!"
Lelaki iti mengeluarkan pistolnya lalu diacukan ke Jungmin dan melepaskan beberapa das tembakan.
Jungmin?
Dia sempat mengelak setiap das tembakan itu.
"Wah, budak! Kau main elak-elak ya.. Woi!! Serang!!"
Bunyi garau kesemua lelaki di situ mula menyerang Jungmin.
Belum sempat mereka sampai ke Jungmin. Jungmin sampai kepada mereka terlebih dahulu dengan memanjat belakang salah seorang daripada kesemua lelaki itu.
Lalu dia mula menembak kesemua lelaki yang mengelilinginya. Dia menembak sehingga kesemua pelurunya hampir habis dan apabila tinggal lagi satu peluru pada kedua-dua pistol itu, dia menembak kepala lelaki yang dia panjat.
Dia melompat daripada badan lelaki itu apabila dia sudah tidak berguna. Dia menyimpan semula Ami dan Yumi nya dan mengeluarkan senjata yang paling dia sukai.
Kedua-dua katana nya dikeluarkan dan dia terus menyerang kesemua lelaki di situ tanpa belas kasihan.
Ada yang cuba memukulnya menggunakan kayu tetapi dia sempat mengelak dan mengelar leher lelaki itu.
Jungmin menyerang sekali lagi, dia mengelar, dia memotong lengan orang dan menikam.
Perkara itu berlaku berlanjutan. Ada satu adegan apabila seorang lelaki itu cuba untuk menembaknya tetapi dia sempat memotong tangan lelaki yang rebah itu.
Masih ramai lagi yang cuba untuk membunuhnya. Dengan itu, Jimin dan Taehyung sedar ianya adalah giliran mereka.
Jimin memulakan dengan membaling bom asap yang mengeluarkan asap yang sangat banyak.
Taehyung mula memakai penutup muka khas yang direka oleh Namjoon supaya boleh lihat dalam keadaan gelap dan berasap.
Dan waktu itulah, Taehyung mengeluarkan pistolnya dan meletakkan 'silencer' pada muncungnya.
Dia masuk ke dalam dan menarik seorang seorang lalu menembak mereka tepat di jantung tidak kira di depan ataupun di belakang.
Teriakan mula didengari. Bermaksud Taehyung berjaya membunuh. Apabila asap sudah berkurangan. Taehyung keluar dari situ, dia memandang Jimin.
"Aku dah letak."
"Okey."
Jimin menekan butang yang berada di tangannya dan bunyi letupan pun berlaku.
Jimin handal dalam menghasilkan bom. Bom yang dia hasilkan kali ini beracun. Dan mereka bertiga memakai penutup muka. Nasib Jungmin sudah berlari keluar apabila Taehyung masuk.
Bom beracun itu telah berkurang setelah beberapa saat. Pasti ramai yang sudah mati.
Jungmin berjalan masuk dengan selamba. Dia menghampiri seseorang yang dia percaya orang itu adalah ketua mereka.
"Baik kau cakap, siapa hantar kau."
"Tak akan! Ohokk! Ohok!!"
"Kumpulan kau bunuh keluarga aku lebih baik kau cakap!"
Kali ini Jungmin tidak mempunyai belas kasihan. Dia menghunuskan katana nya ke leher lelaki itu.
"Cakap!!"
"Oh.. Kau ohokk!! Budak tu. Yang bunuh perisik kitorang... Ohokk!" lelaki itu mula batuk mengeluarkan darah.
"Aku tak akan beritahu kau, sebab orang tu dekat dengan kau..."
Lelaki itu mati.
"AARRGHHHHHH!!!!!"
Jungmin melepaskan kemarahannya dia mula mengelar leher lelaki itu dan menikamnya sebanyak mungkin.
YOU ARE READING
[OG] Samurai Girl 🗡Yoongi🍭
ActionKim Jung Min, sebut je nama tu ada sahaja yang mula berasa takut. Anak saudara kepada salah satu Mafia terhebat di daerah Daegu. Bapanya telah dibunuh sewaktu hari jadinya yang ke-11 dan waktu itu jugalah... dia membunuh orang buat pertama kali. -- ...