Tahun 2011
Termenung panjang Adam melihat ke arah dinding basah dengan simen yang bertentangan dengannya. Peluh yang menitik tidak dihiraukannya apatah lagi beberapa kolam darah yang melitupi hampir keseluruhan lantai. Tali-tali bergantung, kerusi serta lantai yang telah dicemari dengan darah menggambarkan betapa kejamnya penyeksaan yang dikerjakan Adam kepada mangsa-mangsa. Bilik bawah tanah yang didiami oleh Adam sepanjang hidupnya berbau hanyir dan kotor dengan darah."Aku sayang korang semua, aku sayang sangat tapi kenapa korang paksa aku. Kenapa?!" Adam menjerit.
"Sekarang korang dah jadi milik aku selamanya." Sambil ketawa kecil Adam sebelum mengesat air mata dengan kasar.
3 tubuh manusia yang amat disayangi oleh Adam tertanam disebalik dinding itu. Remaja 19 tahun itu masih berdiri kaku tanpa memberi sebarang reaksi wajah. Sedih, marah, sayang, benci semua perasaan ini bercampur baur di dalam hati anak muda ini. Tergambar segala adegan yang berlaku tadi umpama wayang yang dianjakkan masanya ke belakang.
"Kau bukan manusia Adam! Kau syaitan! Sampai hati kau buat suami dan anak aku macam ni!" Jerit Aminah sepenuh hati. Matanya mencerlung tajam ke arah Adam, menggambarkan betapa jijik dan bencinya seorang ibu kepada anaknya.
"Aku menyesal melahirkan kau syaitan! Kau memang tak patut hidup! Kau benih haram yang ditanam dalam rahim aku! Aku tak pernah rela kau ada dalam rahim aku!" Aminah menangis melihat keadaan suami dan anaknya. Ya, Aminah tidak pernah mengaku Adam adalah anaknya kerana dia tidak pernah merelakan benih lelaki yang telah menghancur hidupnya ada dalam rahimnya. Tapi atas dasar pertimbangan agama dan nasihat suaminya, Aminah tidak menggugurkan kandungannya.
Aminah bergerak kearah sekujur jasad yang tergantung secara terbalik. Terketar-ketar tangan tuanya cuba memegang anaknya, Alif. Muka Alif sungguh mengerikan dengan keadaan bola mata yang tertanggal dari soketnya dan muka yang dipenuhi dengan torehan pisau.
"Alif, kejap ya. Mak pergi minta tolong kat luar. Mak akan selamatkan Alif dari syaitan ni." Tangan Aminah sedang mengusap lembut wajah anaknya.
"Kenapa mak tak pernah layan Adam macam mana mak layan abang? Adam pun datang dari rahim mak juga." Luah Adam sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi.
Tergelak kecil Aminah apabila mendengar soalan Adam, tapi Aminah lebih berasa lucu apabila Adam menggelarkan Alif sebagai abangnya.
"Anak aku bukan abang kau! Kau syaitan! Dan aku tak ada anak syaitan macam kau!" Menjerit Aminah menjawab soalan Adam."Adam memang takkan ada dalam hati mak ke? Abang seorang sahaja ke anak mak?" Rintih Adam.
"Kau tak ada dan takkan ada dalam hati aku! Kau nak tau sebab apa?! Sebab kau anak syaitan! Aku tak ada anak yang sanggup bunuh keluarga dia sendiri! Tempik Aminah.
Aminah berjalan pula kearah sekujur tubuh yang diikat di kerusi.
"Abang maafkan Aminah, Aminah tak sempat nak selamatkan abang." Aminah membelai lembut wajah suaminya yang dipenuhi darah dengan kesan torehan pisau. Tanpa rasa jijik, dikucup pipi suaminya. Dibelai lembut tangan suaminya yang diikat di pemegang kerusi. Terketar-ketar tangannya membelek jari suaminya yang dipenuhi darah. Kuku-kuku bersepah di lantai. Meraung Aminah melihat keadaan suami dan anaknya.
"Kenapa Adam buat kami macam ni? Kenapa Adam? Tak cukupkah segala makan pakai Adam?" Soal Aminah.
Ketawa kecil Adam apabila ditanya Aminah. "Mak masih tak tau penyebab Adam macam ni? Kalau korang sayang Adam macam mana Adam sayang korang, Adam takkan jadi macam ni!" Tempik Adam.
"Dan kalau mak tak beria nak masukkan Adam dalam neraka tu, Adam takkan jadi macam ni tau tak! Adam sayang keluarga kita, tapi kenapa korang tak boleh terima Adam?!" Marah Adam.
"Adam, aku buat keputusan ni demi kebaikan Adam juga. Kami nak Adam dapatkan rawatan untuk penyakit Adam." Pujuk Aminah apabila melihat bahang kemarahan Adam.
"Huh?! Kebaikan Adam? Kebaikan Adam atau kebaikan korang?!Korang dari dulu lagi memang berniat nak buang Adam kan?! Adam tak gila! Adam tak gila tau tak!" Tempik Adam. Air mata yang mengalir laju tidak diendahkannya. Api kemarahan Adam memuncak. Adam menapak laju ke arah Aminah. Tanpa belas kasihan Adam melilit tali halus ke leher Aminah. Meronta-ronta Aminah cuba melawan lilitan tali dilehernya. Kedengaran bunyi tali membelah daging kemudian bunyi tali halus membelah tulang umpama membelah kayu. Bunyi yang dahsyat terhasil daripada tindakan Adam. Hampir putus leher Aminah dikerjakan oleh Adam. Darah memancut laju menyebabkan Aminah maut serta-merta.
"Kenapa paksa Adam? Kenapa korang tak boleh sayang Adam macam mana Adam sayang korang?" Rintih Adam. Adam mengheret satu persatu tubuh yang baru sahaja diseksanya. Setiap tubuh itu disimpan di dalam lubang bilik dindingnya sebelum lubang itu disimen semula.
'Sekarang kau milik aku Adam! Kita bebas!'
YOU ARE READING
Sang Penikam
Mystery / ThrillerMembunuh manusia lain umpama hobi dia. Bagi Adam manusia hanyalah boneka permainan yang boleh dilakukan apa sahaja. Apa sahaja! Mempunyai keinginan yang kuat untuk membunuh menbuatkan Adam kehilangan keluarga serta manusia yang paling dia sayang. Ad...