Bab 3

57 1 0
                                    

Aduh bidadari mana pulak turun dari syurga ni.

Ni mesti sebab otak terhantuk tu yang aku terus mimpi nampak bidadari ni.

Mulut Adam ternganga melihat rupa paras Lisa, mungkin terkesima barangkali.

"Masuk lalat dalam mulut kau aku tak tanggung kay" seloroh Lisa.

Sekarang bukan setakat mulut Adam yang buka tapi mata dia pun terbuntang luas. Terkejut melihat bidadari dia bersuara.

Aceceh yakinnya bidadari dia.

Melihat keadaan Adam membuatkan Lisa menapak lebih dekat mendekati Adam.

"Kau ni memang nak mati ke tadi? Yang kau bawa motor macam nak berlumba tu kenapa?" Soalan Lisa membuatkan ekspresi riak wajah Adam berubah. Bengang.

"Wait! Kau yang lintas jalan macam tu jalan bapak kau yang punya. Dengan tak tengok kiri kanan, kau ingat nyawa kau tu ada banyak ke?" Balas Adam dengan sinis.

"Hello cik abang, tu jalanraya tau tempat orang awam so sukahati aku la nak lintas ke nak merangkak ke. Yang kau kisah apasal. Kau yang tak ada otak bawa motor laju kat situ. Dahlah bawa motor buruk tu laju nak mampus". Senafas Lisa balas.

"Nasib baik aku sempat brek tadi, kalau tak tadi kau mati katak tau."

"Kau dengar sini aku nak kau ganti rugi  motor aku yang rosak." Bengang Adam melihat Lisa yang mengutuk motornya. Hello dengan motor tu aku boleh cari makan tau.

Eh mamat ni dah la hampir langgar aku sesuka hati mak bapak tok nenek dia ja minta aku bayar motor dia yang rosak tu.

"Eleh, setakat motor buruk macam tu mesti tak seberapa pun harga kerosakan tu." jeling Lisa. Berlagaknya kau Lisa. Dasar tak sedar diri kau tu pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang tau. Tapi atas dasar ego yang menggunung Lisa membalas pandangan mata Adam dengan garang.

"Aahh! Tak kira la berapa sen pun, kau ingat aku akan tuntut sampai ke sen yang terakhir" balas Adam dengan garang. Lisa bergerak keluar dari ruang yang dikongsi dengan Adam.

"Aduh mana aku nak cari duit ni!" Serabutnya kepala aku nak kena bayar hutang mamat handsome ni.

Kelihatan doktor menghampiri Adam.

"Macam mana keadaan encik? Ada rasa sakit di bahagian anggota badan encik?" Persoalan yang bertubi - tubi keluar dari mulut doktor.

"Hehehe, er.. tak ada doktor, saya okay cuma tu lah rasa sengal - sengal badan dengan pening sikit je." Rungut Adam.

Adam mengalihkan pandangan ke arah pintu keluar. Masih berfikir tentang Lisa barangkali. 'Aku akan pastikan aku tuntut hutang.

Lisa menghembus udara pagi yang nyaman. Dia berjalan perlahan menuju ke pondok bas.

'Pagi yang nyaman untuk pergi kerja sebelum jumpa bitch tu'
'Hmm boleh rosak mood aku pagi ni bila teringat bitch tu'
Lisa menggeleng kepalanya beberapa kali untuk menghilangkan suara kepalanya.

"Woi dah gila ke geleng geleng kepala?" Senyum sinis Adam.

Terlompat Lisa apabila tiba - tiba ada suara sergah dia sebegitu. Aduh potong mood betul la mamat ni. Adam yang memarkir motonya di pondok bas bercekak pinggang sambil memandang Lisa.

'Ni mesti kes nak tuntut hutang la ni. Tu la kau Lisa berlagak lagi kang dah dapat kifarah tu.'

"Kau ni memang tak ada adab ka? Main sergah - sergah pulak. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku KO tau!" Merah padam muka Lisa akibat jantungnya berdegup kencang. Ni bukan jatuh cinta tau tapi sebab terkejut dengan sergahan mamat tiga suku ni.

'Harap muka ja hensem tapi adab ke laut. Rugi betul!'

Tergelak kecil Adam melihat Lisa.

"Kau tu yang tak ada adab. Dah berhutang dengan orang tu, tak reti nak bayar ka? Harap muka ja cantik tapi budi bahasa tak ada!" Balas Adam sambil duduk atas moto buruk dia.

"Aku tahu la cuma aku nak minta bayar ansuran boleh?" Senyum Lisa cuba berkompromi.

"Tapi hebatlah moto buruk kau ni mampu hidup lagi la lepas terjun longkang haritu" kutuk Lisa.

"Kau ni dah la nak minta bayar ansuran lepas tu sedap tekak kau ja nak kutuk moto aku ya" marah Adam.

Terkulat - kulat Lisa bila kena tegur dengan Adam.

"Ok, kita bincang tapi nanti - nanti boleh tak? Sebab sekarang aku kena pergi kerja." Lisa menghampiri Adam sambil menyerahkan sekeping kertas yang berisi nombor telefonnya.

"Kita perlu berbincang!" Tegas Lisa.

Belum sempat Adam memberi kata putus, Lisa terus menaiki bas.

'Kau jangan ingat kau boleh lari dari aku perempuan!'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sang PenikamWhere stories live. Discover now