Terima

22 1 0
                                    

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamu'alaikum teman-teman!

Sudah agak lama aku hilang menyepikan diri dari tempat luahan kata-kata hatiku ini. 

Bukan apa, cuma terkadang isi hati kita lebih baik disimpan rapi dalam lubuk hati ini, lebih baik hanya aku dan Maha Pencipta yang tahu apa yang sedang berlegar-legar dalam minda ini dan apa yang sedang bermain di dalam hati ini. 

Hari ini, entah kenapa aku terpanggil untuk membuka semula Wattpad ini, untuk menjenguk sahaja mungkin?

Setelah sekian lama aku menghilangkan diri, terlalu banyak yang telah aku pelajari. 

Aku belajar untuk mengerti tujuan hidup di dunia ini. 

Aku telah belajar bahawa bukan semua yang kita impikan, kita pasti dapat. Walaupun kita sudah berusaha setengah mati, setengah mati itu juga kita nak sangat untuk mendapat apa yang kita mahukan, 

Tetapi Allah lebih berkuasa, Dia yang menentukan sama ada itu untuk kita atau bukan . Ya, terkadang hati kecil ini meronta, marah sangat, "kenapa aku tak dapat itu" , "kenapa aku tak dapat ini?! Aku dah buat yang terbaiklah!!" 

Aku sangat marah.

Tetapi wahai teman-teman, sebagai hambaNya, kita harus tahu satu perkara ini, Allah tidak pernah kejam , Allah tidak pernah tidak adil, sesungguhnya Dia lah Yang paling adil sekali, Dia lah yang Maha Penyayang dan Pemurah. Kita hanyalah ciptaanNya. 

Sebagai pencipta, Dia tahu apa yang terbaik buat kita, Dia tahu baik buruk kita, mungkin bila kita dapat apa yang kita inginkan itu, ia akan membuat kita lupa diri, sombong, takbur!

Dan inilah yang akan membawa kita ke dalam lubang neraka JahannamNya!

Dari sini teman-teman, buka lah mata untuk melihat, bukalah hati untuk menerima, semua yang Allah takdirkan untuk kita adalah kerana sifatNya yang Pemurah, Allah tidak ingin hambaNya tersesat jauh daripada lingkaran kasih sayangNya. 

Aku sering terasa kecewa di saat semua yang aku impikan , semua yang aku cita-citakan untuk kehidupan ini tidak menjadi, tipu tak kecewa, tipu jika mata ini tidak mengalirkan deraian air mata. Sakit. Sakit hati ini. Seolah apa yang aku inginkan terlalu berat untuk ditunaikan. 

Astaghfirullah, aku tahu aku tak patut berfikir demikian , tak patut rasa demikian. 

Namun, aku hanya manusia biasa, seringkali lalai, seringkali leka, terlalu ingatkan bahawa diri ini aku yang kuasai, aku yang tahu apa yang terbaik buat diriku ini. 

Ya, aku tahu mungkin sukar untuk kita menerima kenyataan yang tidak seperti yang kita inginkan, tak apa jika nak sedih. 

Janji kita harus belajar menerima kenyataan. 

Aku tak cakap mudah untuk redha dengan takdirNya. 

Apa yang penting kita tidak berputus asa, tidak mudah mengalah dalam belajar menerima takdirNya, mungkin mengambil masa yang lama , tetapi teman-teman, 

Bukankah Allah telah berfirman, 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah, 2:216]

Allah juga berfirman,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

 [Al-Baqarah, 2:286]

Dua firman Allah diatas telah menjawab pertanyaan diri hambaNya yang kerdil ini. Ya Allah , Maha Besar Engkau. Hanya aku yang terlalu cetek ilmu pengetahuan tentang kemuliaanMu ya Allah. 

Serius, teman-teman, hidup kita akan menjadi lebih bahagia bila kita belajar redha dengan ketentuanNya, mungkin agak berat untuk kita, tetapi Allah tak pernah tinggalkan kita bersendirian. 

Ringankanlah tangan kita untuk sama-sama menadah tangan dan berdoa kepadaNya agar kurniakan kepada kita kekuatan, ketabahan, dan kekentalan hati ini untuk menghadapi sebarang dugaan yang ditimpa ke atas kita. :)

Allah sayang kita, Allah cintakan kita, Allah kasihi kita, Allah tak pernah lupakan kita. 

Jadi teman-teman. renungkanlah, takkan kita tak boleh luangkan 5 minit sahaja, ataupun sesaat sahaja untuk ingat kepadaNya, dan berbicara denganNya melalui doa. 

Bila kita ingat Allah, insyaAllah, hati kita akan kembali tenang.

Setakat sini sahaja coretan saya kali ini. 

Semoga aku, kau , kita semua umat Islam akan dihadiahi dengan SyurgaNya! Aamiin 

Assalam'ualaikum and Bye!

Aku sayang kamu semua!

KembaliWhere stories live. Discover now