14. Hujan

42 2 0
                                    

Rintik-rintik hujan menuruni dan membasahi wajah dia. Dia memandang ke atas, melihat langit yang kelam kelabu.

Tidak berpayung. Dia meredah dan menari kesukaan dengan penuh gemalai. Rentak tariannya seakan-akan tarian balet walaupun dia sendiri tidak pernah mempelajari tarian itu. Dia mahu menjadi seperti angsa putih, yang lazim menjadi watak utama dalam cerita dongeng kanak-kanak.

Pada awal cerita, angsa putih itu digelar anak itik yang hodoh. Namun pada akhirnya, apabila menjadi dewasa ia adalah anak angsa putih yang menawan. Dia mahu menjadi seperti angsa putih itu. Biarlah... biarlah orang menggelar dia anak itik hodoh dan dia tidak akan membiarkan perkara itu menghantui hidupnya.

Dengan penuh gembira dia melompat-lompat di bawah rintik hujan. Hujan semakin melebat namun dia tetap meneruskan tariannya. Dia tidak peduli jika orang mengatakan dia gila. Mereka tidak tahu... mereka tidak tahu nikmat berada di bawah hujan dan menari sesuka hati. Ah, alangkah indah dan bahagianya! Itulah yang dia rasakan. Dia tersenyum bahagia dan terus menari. Menari dan menari sehingga hatinya puas. Dia pasti akan merindui hujan itu lagi. Ya, dia pasti akan itu.

DIA: Cinta dan KelukaanWhere stories live. Discover now