Part 1 - First meet

220 4 1
                                    

Watak :

a) Syamina Maisara

b) Farish Aqram - tua 1 tahun daripada Maisara

c) Iqbal Hakim - Kawan karib Farish

d) Jannah Wong - Rakan karib Maisara

e) Qistina Amalina - Rakan karib Maisara

f) Kaisara Husna - Rakan sekelas Farish

g) Hanees Laila - Ketua geng 3H

h) Hana Umairah - Rakan karib Hanees dan Hanim & juga ahli geng 3H

i) Alia Hanim - Rakan karib Hanees dan Hana & juga ahli geng 3H

j) Farisha Anis - Adik kepada Farish

Enjoy reading!

   "Mereka menjadi suami isteri yang sah. Tamat." kata Maisara sambil tersenyum. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang sambil berkata "Oi Mai. Baru siap cerita pertama dah senyum sampai macam ni? Belum lagi post kat Blog kau." Maisara segera memusingkan badannya untuk melihat siapakah yang tiba-tiba menepuk bahunya itu. "Ehh! Jannah! Qis! Korang rupanya. Terkejut aku. Bila korang sampai?" Lalu Qistina menjawab "Baru je tadi sampai, mak kau bukakan pintu. Kau bukannya dengar pon kitorang tekan loceng rumah kau tadi." Jannah pula berkata "Nasib baik kitorang penyabar tau, kalau tak kitorang dah balik dah tadi." Maisara hanya tersenyum.

  Qistina dan Jannah ialah kawan baik Maisara. Jannah berasal dari keluarga yang biasa biasa sahaja. Ayah Jannah ialah berbangsa cina tetapi setelah berkahwin dengan mak Jannah, ayah Jannah memeluk islam. Qistina pula berasal dari keluarga yang kaya. Ayah Qistina ialah seorang CEO manakala ibunya ialah setiausaha di syarikat ayahnya.

  Qistina dan Jannah sering datang ke rumah Maisara untuk membuat ulang kaji bersama-sama. "Mai! Mai! Mari turun makan, ajak Qis dan Jannah sekali." kata Puan Nisa, ibu kepada Maisara. "Korang, jom lah turun. Mak aku dah panggil." kata Maisara. Mereka makan pencuci mulut yang mak Maisara sediakan sambil berbual. Puan Nisa berkata "Tahun depan korang nak PT3 dah. Ibu dengar format PT3 yang baharu ni susah. Jadi belajarlah lebih tekun." Maisara, Qistina dan Jannah hanya menganggukkan kepala mereka.

  Keesokkan harinya, Maisara pergi ke sekolah seperti biasa. Maisara atau lebih dikenali dengan Mina di sekolahnya berlari menaiki tangga sekolah untuk ke kelasnya. Secara tidak sengaja dia terlanggar Hanees Laila.

"Woii. Kau buta ke, hitam?! Dah ada empat mata pon tak cukup lagi ke?! Aduuhhh malangnya nasib aku tersentuh si Hitam Empat Mata nii!!" kata Hanees dengan nada yang marah. Sementara Hanees sedang membebel, dalam hati Maisara berkata "Mana pula Hanim ni, biasanya dia yang akan tenangkan si Hanees ni bila si Hanees ni mula nak cari gaduh hanya perkara kecil. Nampaknya seperti Hanim tidak datang. Aku kena buat sendirilah ni."

"Kau minta maaf sekarang! Kalau tak......" belum sempat Hana habiskan ayatnya, Maisara sudah minta maaf "Saya minta maaf Hanees. Saya nak cepat. Minta maaf sangat sangat. Saya pergi dulu, Hana." kata Maisara lalu meninggalkan Hanees dan Hana. Maisara malas hendak melayan siapa-siapa dari geng 3H itu. Maisara amat tidak menyukai ahli geng 3H.

"Kringggg!!!" loceng rehat berbunyi. Maisara beratur untuk membeli minuman di kantin. Tiba-tiba Hanees dan Hana yang dia terserempak pagi tadi muncul lalu menolak Maisara dari barisan dan memotong barisan. "Awak ni kenapa?!" kata Maisara dengan nada yang geram. "Kau tu yang kenapa. Ada masalah? Nak gaduh? Pagi tadi aku tak kata lagi yang aku maafkan kau." kata Hanees. Farish iaitu lelaki kelas 3Sains yang digilai wanita di sekolah Maisara ternampak kejadian tadi lalu dia terus membeli dua gelas minuman. Semua di tempat kejadian terdiam. Lalu Farish memberi salah satu gelas yang dibelinya itu kepada Maisara. "Pepsi pon okay, kan?" kata Farish kepada Maisara. Maisara hanya menganggukkan kepalanya kerana dia terkejut akan kemunculan Farish. Hanees dan Hana yang menolak Maisara tadi berpura-pura berlaku sopan dan baik apabila ternampak Farish. Farish pula tidak melayan mereka.

Maisara's p.o.v

Hari ni kat sekolah Farish belikan minuman untuk aku. Aku terkejut sangat. Dah lah perempuan kat sekolah ramai yang minat dia. Aku pon dah start minat dia. Dia hensem dan berkulit putih, tak sesuai langsung dengan aku yang berkulit hitam dan bercermin mata tebal ni.

Hanees's p.o.v

Hari ni kat sekolah aku sengaja buat-buat Maisara terlanggar aku. Aku masih berdendam dengan Maisara. Disebabkan Maisara lah aku didenda dengan amat malu depan semua pelajar sekolah. Apabila aku cuba mengacau waktu rehatnya tadi, Farish menolong Maisara. Ishhh geramnya aku. Nampak gaya Maisara pon minat dekat Farish, jadi aku takkan biarkan Maisara untuk mendekati Farish.

-End of part 1-

My only one love ♥Where stories live. Discover now