Part 2 - Silently in love

78 6 1
                                    

Keesokkan harinya,

"Yo, Iqbal!" kata Farish sambil melambaikan tangannya ke arah seorang lelaki yang belum pernah dilihat di sekolah itu.

"Yo, Farish! Wahhh Encik Farish Aqram sudah besar. Makin hensem. Lama betul tak jumpa kau, kau apa khabar?" kata Iqbal kepada Farish.

"Wahh Encik Iqbal Hakim pun sudah besar. Sudah makin hensem. Dulu kau hanya dipandang comel sahaja oleh perempuan perempuan lain. Hahaha. Aku khabar baik. Kau pula?" kata Farish sambil tergelak.

"Aku khabar baik. Hah, apa lagi? Jomlah bawa aku lihat sekeliling sekolah ni, sambil tu kenalkanlah aku kat budak-budak sekolah ni." balas Iqbal. Farish pon bawa Iqbal melihat sekeliling sekolahnya. Di dalam perjalanan mereka, mereka terserempak dengan geng 3H. Nampaknya Hanim datang hari ini, jadi geng 3H lengkap hari ini. Hanim yang terlihat Farish berjalan dengan seorang lelaki yang tak pernah dilihatnya, terus bertanya "Hai Farish. Siapa lelaki sebelah awak ni?" manakal Hanees dan Hana sedang berbisik-bisik di antara satu sama lain. Farish menjawab "Eh hai Hanim. Ini Iqbal Hakim, dia pelajar baru kelas saya, kelas 4Sains. Datang jugak awak hari ni. Semalam awak tak datang, tak ada siapa yang jaga perangai Hanees dan Hana. Saya rasa awak dah tahu apa mereka lakukan semalam, saya harap mereka tak cuba menjadi pembuli." Hanim yang mendengar hanya terdiam lalu pergi meninggalkan Farish dan Iqbal. Hanees dan Hana sudah ceritakan perkara sebenar kepada Hanim.

"Wahh comelnya Iqbal tu." kata Hanees. "Mula dah kau, Hanees. Kalau kau nak kat Iqbal, jangan bising kalau Farish dah diambil orang lain." kata Hanim. "Dah lah jom pergi kantin." kata Hana. Mereka pon pergi ke kantin.

Semasa Iqbal dan Farish lalu di dewan, Iqbal ternampak seseorang, lalu dia menanya Farish "Siapa perempuan itu?" Farish lantas menjawab "Ouh, dia Syamina Maisara dari kelas 2Adil. Rasanya dia sedang berlatih tarian untuk dipersembahkan semperna hari guru nanti."

Selepas Iqbal mendengar kata Farish, Iqbal masuk ke dalam dewan sambil menepuk tangan dan berkata "Wahhh Cik Syamina Maisara, tekun betul awak berlatih. Perkenalkan saya ialah Iqbal Aqram, pelajar baru sekolah ini. Saya kawan baik Farish Hakim." Lalu Iqbal menunjuk ke arah Farish. Maisara melihat ke arah Farish.

"Eh tu lelaki kacak yang tolong aku hari tu." bisik hati Maisara apabila ternampak Farish. "Ouh selamat datang ke sekolah ini. Semoga awak tidak dibuli." kata Maisara. Iqbal terdiam, Iqbal merasakan sesuatu yang berbeza tentang Maisara. "Tak apa lah, awak berlatih lah. Kami pergi dulu." kata Farish sambil menarik tangan Iqbal dan berlalu pergi.

"Aku rasa sesuatu yang berbeza tentang budak tadi lah." kata Iqbal kepada Farish. "Apa yang berbeza? Pembezaan make up dia? Dia pakai make up je tadi kerana hari guru nanti kena pakaikan sendiri make up untuk diri sendiri." kata Farish. "Bukan. Ayat dia mendalam bagi aku." kata Iqbal.

"Ouh ayat dia. Dia pelajar baru tahun lepas. Kerana rupanya yang hodoh, ramai yang bulinya." kata Farish. Iqbal hanya terdiam.

Selapas Maisara sedang berlatih, datang pula Jannah dan Qistina sambil membawa makanan di tangan. "Ni aku bawa makanan. Makan ni. Masa rehat ni, semua orang rehat. Kau pula berlatih. Haishh." kata Jannah. "Tadi aku ternampak kau senyum seorang diri. Kenapa?" tanya Qistina.

"Tadi Farish dan Iqbal si pelajar baru tu datang dewan ni. Iqbal tahu nama aku. Sudah tentu Farish yang memberitahu nama aku. Tak sangkanya bahawa Farish tahu nama aku." kata Maisara kepada Qistina dan Jannah.

"Eii kau, gatal jugak kau rupanya. Hahaha." kata Jannah sambil tergelak.

Maisara's p.o.v

Hari ini ada budak baru masuk sekolah aku. Namanya Iqbal Hakim. Katanya dia kawan baik Farish. Mesti dia tahu macam macam tentang Farish. Aku nak cuba rapat dengan dia lah.

Iqbal's p.o.v

Baru hari pertama aku masuk sekolah, aku dah suka kat seseorang. Tidak tahu kenapa aku rasa ada sesuatu yang berlainan tentang dirinya. Kalau orang lain ejek dia kerana kulit dan cara dia, aku akan ubah gaya dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My only one love ♥Where stories live. Discover now