Langkah demi langkah kaki Cho Jooyeon bergerak ke pintu utama Incheon Airport sambil menolak Troli berisi luggage dan barang keperluannya. Matanya melilau mencari teksi yang kosong.
"Cik nak ke mana? Mari saya hantarkan"
Alangkah gembiranya hati si gadis itu mendengar suara tersebut. Dia berpaling kepada pemilik suara.
Mukanya kembali masam. Ceh rupanya Pakcik teksi tanya orang lain.
"YAAA CHO JOOYEON" kedengaran seseorang teriak memanggil namanya.
Jooyeon yang mendengar menunduk mukanya. Dia tahu siapa pemilik suara tersebut.
Abangnya, cho seungyoun.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Seungyoun menepuk bahu si gadis jooyeon. Jooyeon akhirnya berpaling melihat abangnya. Dia tersengih.
"Kalau takde oppa kat sini, rasanya kamu bermalam kat airport ni" seungyoun mengangkat kening. Dia kemudian membawa luggage adiknya ke keretanya.
Jooyeon menjeling dalam masa yang sama dia berasa lega kerana abangnya. Saranghaeyo Seungyoun Oppa.
Kereta
"Bagi alamat yg omma send tu" tangan seungyoun meminta henfon jooyeon.
"Alaaa taknak bawak jooyeon jalan jalan kat sini ke" jooyeon mencebik bibir
"Oppa ada kerja la, takde masa, lain kali tau"
Jooyeon mengangguk lalu memberi alamat kepada abangnya
"Ni alamat rumah anak kawan omma kan? Duduk sana elok elok jaga perangai" pesan seungyoun.
"Haih haah. Adik dah kata dah nak duduk je dorm university tu tapi omma bg alasan pula, mahal la apala" ngadu jooyeon
"Betulla tu, duduk je la rumah tu, dekat pn dekat je. Pegi sana naik bas 5 minit dah sampai kat U"
"Yelah" jooyeon mengeluh.
******
Jooyeon memasuki lif lalu menekan butang tingkat 5. Sambil itu matanya memandang CCTV dalam lif dan melambai ke arahnya. Saja nak jadi sedikir peramah.
Lif terbuka dan dia mula mencari rumah yg dikatakan ommanya itu. Dia berdiri di depan rumah no 567.
"Rasanya ni la rumahnya" desis hati jooyeon sambil kuncinya membuka pintu.
Pintu terbuka. Jooyeon masuk sambil menarik luggage miliknya.
Tiba tiba sosok seorang lelaki keluar dari bilik air. Bertelanjang dada dan sedang mengeringkan rambutnya.