Chp 5

19.4K 160 2
                                    

'Kurang ajar!' Penampar singgah di pipi Lidya. Terjelepok dia jatuh ke lantai.

'Kau tampar aku?! Lepas ni apa? Kau nak rogol aku lagi? Rogol la!' Teriak Lidya.

'Kau jangan cabar aku Lidya!'

'Kenapa?! Tercabar?! Lelaki pengecut macam kau hanya tau gertak je! Pengecut!'

'Lidya Awanis kau cabar aku ya!' Zafran menarik kasar tangan Lidya dan menolaknya ke katil. Lidya hanya memandang. Jiwanya tidak lagi takut dengan Amir Zafran. Zafran boleh miliki tubuhnya tapi cinta? Biar mati hidup semula, takkan sekali dia terima Zafran dalam hidupnya.
Amir Zafran tak layak untuk terima cintanya.

Zafran terhenti. Bagai tersedar dari tidur. Dia bangun dari katil dan keluar dari bilik, dan kedengaran enjin kereta dihidupkan.

'Gila kau Zafran.' Zafran menghentak stereng keretanya.
'Kau hampir buat silap lagi.'

Dari jauh Zafran ternampak lelaki yang berbual dengan Lidya tadi, dia memberhentikan keretanya. Niatnya ingin sekali menumbuk lelaki tersebut, tapi dia pula yang dibelasah. Teruk lebam-lebam dimuka. Perutnya terasa senak di tendang lelaki itu dan kawan-kawannya. Dia kemudian ditinggalkan di bangku berdekatan.

'Papa. Tolong Zaf...' Talian diputuskan.
...............................

'Zaf.. Akhirnya kau sedar..' Zaf membuka matanya.

'Pa.. Kat mana ni..' Lemah suaranya.

'Kat hospital. Jangan banyak bergerak.' Tan Sri Kamal menghalang Zafran dari terus bergerak.

'Akhirnya kau sedar. Semalaman papa tunggu. Papa jumpa kau dekat Taman Putrajaya. Teruk kau kena ni. Siapa punya kerja? Kalau papa dapat tangkap ni, papa takkan lepaskan. Kau kena rompak ke? Masa papa jumpa, semua barang-barang kau hilang'

'Lidya mana pa?' Tanpa menjawab persoalan papanya, Zafran tercari-cari isterinya. Entah-entah diluar.

'Lidya ada kat rumah dengan mama. Papa suruh dia tunggu kat rumah.' Zafran menarik nafas lega.

'Zaf nak balik..'  dicabutnya wayar yang bersambung di tangan dan cuba untuk berdiri, namun kepalanya sakit dek kerana dipukul dengan objek tumpul. Terdapat 10 jahitan di dahi.

'Tolong pa, zaf nak balik jumpa isteri zaf.'

'Tunggu dulu Zaf. Kau tak sihat lagi ni.' Melihatkan kesungguhan anaknya, Tan Sri Kamal akur.

Tiba di rumah, Tan Sri Kamal dan pemandunya memapah Zafran ke dalam. Zafran melihat Lidya sedang berbual dengan mamanya. Sempat dia tersenyum dan menarik nafas lega.

'Sayang..'

Lidya memandang sesaat dan mengalihkan pandangan kembali ke mak mertuanya.

'Sayang okay?' Zafran bertanya namun tak diendahkan Lidya.

'Kamu tu okay ke? risau mama bila papa telefon cakap kamu kena rompak semalam.' Puan Sri Salmah menunjukkan riak kerisauan di wajahnya.

'Saya okay mama.' Lidya tidak lansung memandangnya.

'Sayang, tolong abang naik ke bilik..' Lidya mendengus.

Mengenangkan dia berada di rumah mertuanya, Lidya merasa dia perlu menunjukkan sikap yang baik. Lalu dipapahnya Zafran menuju ke bilik.

'Sayang. Maafkan abang kerana berkasar.'

'Baik kau diam. Aku benci dengar suara kau.' Lidya menolak Zafran ke katil dan duduk di bangku berhadapan sliding door.

'Amboi kasarnya isteri abang ni. Lagi abang sayang kalau macam ni. Tolak la lagi.' Zafran mengusik.

'Taknak tau ke apa yang jadi kat abang ni? Kesian suami awak ni kena pukul.' Zafran sambung.

Jiwa tanpa CintaWhere stories live. Discover now