#01

3.8K 169 47
                                    

WARNING :

Just a flashback before go to the story.

Many language here. Dominan Malay. 40% English. 15% Indonesia. 5% other. So if you don't understand, im so sorry about that. Just ask me if you dont understand it.

I can understand Indonesia language too. So just put your comments in your language. I will try my best to translate for you.

THIS IS ALL MY OWN STORY.
If it have a same, maybe it just my inspiration or unintentional(tidak disengajakan)

Shonen-ai , Romantic , Yaoi , Power , Blood scene , Mpreg

This book cant be perfect cause will have so many typo. So if it here, just ignored it and understand with your own.

Arigatou cause wanna read this book and want me continue (T▽T)



























>>>><<<<

















Tempat perkhemahan mereka kelihatan bersih dan tiada lagi sisa sampah. Mereka sudah membersihkan kesemuanya kerana takut amukan Kaizo. Iyalah, Kaizo seperti tidak akan segan untuk hayunkan pedang biru muda kegemarannya di pinggang itu pada sesiapa yang tidak mengikut arahannya.

Betapa bahayanya Kaizo =="

Gopal dan Stanley sudah mengumpulkan 2 plastik hitam itu bagi memudahkan pekerja pengangkut sampah mengambilnya. Amar Deep serta Iwan telah memasukkan kesemua barang-barang perkhemahan di dalam tempat yang disediakan khas letak barang di bahagian bawah bas a.k.a bonet bas. Semertara itu, pelajar perempuan pula sibuk memastikan barang-barang dan kawan-kawan cukup sambil gosip.

Semua guru memerhati kesemua pelajar agar tidak ada yang tertinggal. Setelah puas melihat, Kaizo meminta semua berkumpul di hadapan para guru pengiring. Cikgu Timi tersenyum melihat mereka semua dalam keadaan baik.

Kaizo hanya membiarkan cikgu-cikgu memberikan ucapan dan peringatan bermakna buat semua pelajar. Lagipun, dia cuma kena ganti cikgu yang tidak dapat hadir pada hari perkhemahan itu sahaja. Kalau tidak, rasanya dia sedang mengemas rumah sehingga berkilat sekarang.

Upacara penutup sudah selesai. Kesemuanya mula mengikut barisan menaiki bas. Kaizo yang terakhir memastikan semua pelajar telah masuk. Seketika, dia memandang tayar bas tersebut.

Kaizo termenung seketika.

Setelah itu, dia mula menaiki bas setelah puas memastikannya. Cikgu Timi mula mengeluarkan senarai dan mengetiknya. Memastikan lagi semuanya cukup. Pelajar-pelajar malah sibuk membuat bising menceritakan pengalaman yang mereka lalui.

Bas mula bergerak dan keributan semakin berkurangan. Aircond yang sejuk membuat terasa nyaman. Lagu di radio juga seperti menambahkan suasana yang aman dan damai. Kebanyakan pelajar mula merasa mengantuk dan tertidur tanpa sedar.

Boboiboy pula memandang ke arah luar. Dia yang duduk di sebelah bahagian bahu jalan dan tepi tingkap membuatnya dapat melihat dengan jelas bagaimana permandangan diluar.

[C] Vampire II [FangBoy] [✔️]Where stories live. Discover now