Chapter 1 NEW SCHOOL😍

7 0 0
                                    

Hannah menjejakkan kaki ke sekolah baru nya yang ditemani bersama ibunya yang sedari tadi mencuri memandang anak perempuan nya. Dia terlebih tahu akan perangai keras kepala anaknya yang tidak pernah mahu mendengar kata dan selalu menunjukkan sikap protesnya.

Hannah terpaksa meninggalkan sekolah dan jugak rakan-rakannya di Kuala Lumpur dan terpaksa berpindah ke Terengganu setelah ibunya menikah dengan ayah tirinya yang berasal dari Terengganu. Semenjak berpindah ke Terengganu Hannah tidak banyak cakap dan tidak seceria selalu dia sering marah-marah dan langsung tidak menunjukkan minatnya untuk ke sekolah baru atau bertemu rakan baru. Puan Hani sudah sedia maklum bahawanya anaknya itu susah untuk bergaul dengan orang yang dianggap asing baginya.

*DI PEJABAT*
Hannah duduk dikerusi yang disediakan bersama ibunya, sambil menunggu guru penolong kanan tiba untuk menguruskan kemasukannya. Hannah menunjukkan muka bosannya sambil bermain2 dengan hujung rambutnya.
Setelah beberapa minit guru yang ditunggu telah tiba untuk menguruskan kemasukannya.

"Jom Hannah tu cikgu dah sampai jangan nak tunjuk muka macam cekodok basi tu senyum sikit" kata puan hani sambil menguak anak rambut hannah yang menutupi mata.
"Eish dah tahu orang tak suka kan pindah kat sini ey kat sini semua tak ada bosan tahu tak umi bosan kenapa la pilih kampung jugak nak tukarkan sekolah hannah" dengus hannah perlahan sambil memuncungkan mulutnya puan Hani hanya tersenyum sambil memasuki bilik guru penolong kanan. Penolong kanan tersebut tersenyum dan mengambil fail yang diberikan oleh Hannah.
"Kenapa puan berpindah ke sini bukankah di Kuala Lumpur itu lebih hebat sekolah-sekolah nya?" Tanya penolong kanan tersebut. Hannah hanya diam dan memandang ke arah ibunya.
"Suami saya orang Terengganu nak tak nak kena la ikut di mana suami saya tinggal" jawab puan Hani
" iya lah, okey hannah awak ambik aliran akaun kan jadi saya akan masukkan awak ke kelas 4B" ujar penolong kanan itu hannah memperbetulkan duduknya.
"Em cikgu boleh tak kalau saya nak tukar aliran saya nak ambik aliran sastera boleh cikgu?" Tanya hannah teragak-agak ibunya tersenyum kerana dia telah berbincang bersama ibunya tentang hasratnya yang ingin menukar aliran Puan Hani hanya mengikut sahaja mana yang dirasa baik untuk anaknya.
" eh kenapa pula? Semua pelajar berebut2 nak ambik aliran tu awak taknak hannah?" Tanya penolong kanan yang kelihatan terkejut.
" iya cikgu saya nak tukar aliran saya sebenarnya kurang minat aliran yang saya ambik sekarang" jelas hannah

"Baiklah kalau itu kata awak, awak yang nak belajar bukan saya" ujar penolong kanan sambil tersenyum.
" maaf cikgu kalau bertanya macam-mana dengan murid- murid disini cikgu bukan apa anak saya ni tak biasa dengan keadaan yang macam ni maklum la tak pernah duduk kampung" tanya Puan Hani, hannah memandang keadaan sekeliling rasa tidak selesa dengan keadaan sekolah baharunya.
"Puan jangan risau cikgu2 disini semuanya baik dan juga berpotensi cuma pelajar disini nakal sikit tapi jangan risau saya akan pastikan hannah tidak terpengaruh dengan perangai mereka dan kekalkan la gred cemerlang kamu hannah" kata penolong kanan tersebut Hannah tersenyum dah menganguk. Puan Hani hanya tersenyum.

"Lagi satu maaf hannah disini semua murid perempuan wajib memakai tudung, saya harap hannah dan puan faham apa maksud saya" ujar penolong kanan teragak2. Puan hani memandang hannah muka anaknya itu telah berubah masam mencuka.
"Baiklah kalau macam tu tapi hannah kena mula sekolah besok la sebab dia tak ada tudung kena beli dulu la cikgu" Puan hani tersenyum. Hannah hanya diam dan fokus kepada iPhone 7plus ditangannya.

I'M NOT GIVE UP FOR LOVING YOU💔Where stories live. Discover now