#10

4.9K 104 5
                                    

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
ATIYA menjeling si adik ipar yang sekali lagi masuk ke biliknya tanpa diundang. Selamba sahaja gaya gadis itu. Seperti bilik ini biliknya pula. Buat harta!

'Nak apa lagi? Bukan tadi keluar ke? Menyibuk aje datang sini.' Hati bersungut terganggu.

Bila si abang sudah dibenci, kehadiran si adik juga tidak dialu-alukan. Dia tahu Nasuha rapat dengan lelaki itu. Tentu sahaja tidak akan berpihak padanya.

Tengoklah, belum apa-apa lagi sudah membela si abang. Mahu dia cuba menerima abang kesayangan gadis itu. Mana mungkin itu terjadi.

"Ni untuk Kak Tiya," ucap Nasuha ceria menghulurkan krim di tangan pada si kakak ipar.

Mengecil mata Atiya memandang krim yang mencurigakan. Untuk apa?

"Krim ni bagus untuk lebam," tambah Nasuha lagi. Mata melirik pada pergelangan tangan Atiya yang biru. Jelas kelihatan bekas jemari panjang abangnya di situ.

Dahsyat sangat ke Abang Huzer mendera? Dia yang melihat pun terasa gerun. Lagikan Atiya yang terdera.

Sudahlah kakak iparnya itu genit sahaja orangnya. Nampak lembut benar. Mana dapat melawan abangnya yang sasa itu.

Baru dicengkam sedikit sudah lebam. Jika bergelut dia tidak dapat membayangkan apa yang terjadi. Hati mengeluh sendiri. Kasihan.

Atiya sekadar memandang. Tidak berniat mahu mengambil pemberian itu. Bimbang dengan makna sebaliknya.

"Tak nak?" soal Nasuha lembut.

"Simpan la untuk Suha."

"Kalau krim ni untuk Suha memang Suha simpan. Soalnya sekarang krim ni untuk Kak Tiya," betah Nasuha terus meraih tangan si kakak ipar lalu memaksa tangan Atiya untuk menerima.

Untuk aku? Hati mula berbisik yang tidak enak. Mata tertumpu pada krim sapu yang membawa rasa kurang senang di dada.

"Ada orang kirim krim ni tau. Suha cuma jadi penyampai aje," pancing Nasuha melirik pada wajah serius si kakak ipar. Tiada riak tertanya-tanya di situ.

Suami dengan isteri sama sahaja. Bijak menyembunyikan emosi. Terletus keluhan di bibir.

"Nak tahu tak siapa yang kirim?" Nasuha masih belum mengalah. Menyogok si kakak ipar. Menimbulkan tanda tanya.

"Siapa lagi kalau bukan suami Kak Tiya. Suha keluar dulu tau. Jangan lupa sapu krim tu. Malam nanti dah baik lebam tu boleh sambung lagi," tutur Nasuha selamba. Sempat lagi menggiat pengantin baru.

Bertaut dahi Atiya mendengar perkataan 'bersambung' yang menimbulkan gerun di hati. Dia tidak berani memikirkan maksud di sebaliknya. Tidak sudi mengulang babak semalam.

"Jangan risau. Suha dah basuh Abang Huz tadi. Malam ni..."

"Suha!" deram Atiya tidak rela si adik ipar terus berbicara soal yang tidak sepatutnya. Wajahnya terasa berbahang biarpun dia cuba mengawal emosi sendiri.

Meledak tawa Nasuha bila akhirnya mendapat reaksi daripada si kakak ipar. Dia melangkah ke pintu. Bersedia meninggalkan Atiya sendiri. Langkahnya terhenti sejenak. Berpaling ke arah Atiya yang memerah wajahnya.

"Kak Tiya... Abang Huz tak pernah ambil peduli tentang orang lain sebelum ni," ucap Nasuha. Kali ini tiada lagi nada gurauan yang kedengaran. Sebaliknya serius memaksudkan.

Atiya merenung tajam pintu bilik yang kini tertutup rapat. Seperti cuba tembus hingga ke luar bilik. Krim di tangan dicampak jauh biar tidak terlihat di mata.

Siapa mahu lelaki itu peduli? Lebih baik lelaki itu menjauhkan diri. Tidak ingin didekati. Lagi jauh lagi bagus la!
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝 Wasap Muna @0175003365

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now