Zafran pov•
Usai solat maghrib,aku mengatur langkah menuruni tangga untuk menuju ke aras bawah.
Refleks kepalaku terus melilau ke kiri dan ke kanan mencari seseorang.
"Abang ngah ibu mana?"tanyaku hairan lalu aku melabuhkan punggung di sofa yang menghadap ke arah abang ngah.
Yalah selalunya ibu lah yang akan menjadi insan pertama yang menegur ku'Zaf dah solat?Zaf dah makan?' sebaik turun daripada tangga jadi terasa hairan pula apabila ketiadaan ibu .
"ibu pergi melawat anak kawan dia dekat hospital.Aik tak kan lah dah rindu ibu kot?" Ujar Megat Dylan Qayyum a.k.a Abang Ngah yang terselit sedikit usikan dihujung katanya.
Sekali gus membuatkan aku tersenyum nipis dan hanya mengangguk faham .
"adik?" Tanya ku lagi, kerana sejak dari tadi kelibat budak ni langsung tidak kelihatan.Tidur ke?
"Ada,dekat dalam bilik tu,tengah main handphone agaknya"
"Dia dah solat ?" tanya aku lagi.
"Abang rasa belum lagi ,Zaf pergilah nasihat sikit adik awak tu.Abang cakap dia buat dek jer "
"Haih budak ni"keluhku geram .
'Sabar Zaf! Itu adik kau fuh sabar itu separuh daripada iman'gerutuku dalam hati.
End pov•
Tanpa banyak soal kaki nya pantas mengatur langkah ke bilik adik' kesayangan' nya itu.
-----
Terkejut Megat Dayyan Amsyar dibuatnya apabila daun pintu biliknya dikuak secara tiba-tiba lalu tersembul lah wajah Zafran di muka pintu.
"Assalamualaikum Yan dah solat ?"ucap Zafran sambil menayangkan muka serius yang mampu membuatkan Megat Dayyan Amsyar menggeletar seakan melihat hantu.
'Habis aku!"desis hati Dayyan.
"Takut? kalau tengok Abang pun dah mengeletar Habis, apatah kalau depan Malaikat yang akan soal Yan dekat kubur ,Ma rabbuka,agak agak boleh jawab?" Bidas Zafran
Pantas Dayyan menggeleng kepalanya lalu menelan air liurnya.Tanda takut.
"Kalau depan Malaikat pun tak boleh jawab macam mana nak menghadap Allah? Yan tak nak jumpa Allah? Tak nak jumpa Rasulullah Saw ? "
Dayyan membisu sejenak.
"Yan tahu tak sekali kita tinggal solat kita menjadi Fasik. Orang yang Fasik tempatnya adalah neraka Jahannam neraka paling bawah dan seburuk-buruknya tempat tinggal.Yan nak ke?"
"t-ak na-k" jawab Dayyan sambil menunduk.
"Tapi Yan bukan nak tinggal solat kejap lagi lah ,Yan solat" Jawab Dayyan tak nak kalah.
"Kejap? Kenapa bukan sekarang?" laju Zafran memotong percakapan Dayyan.
"Yan nak tahu tak ,Kalau Yan suka lewatkan solat umpama ,Yan letakkan sebelah kaki ke dalam neraka,lepastu Allah lambat urusan,rezeki,dan banyak lagi.So still nak lewatkan solat?" Ujar Zafran sambil menjongketkan keningnya menunggu jawapan adiknya itu.
" Ha yelah"
Zafran tersenyum kemenangan.
Akhirnya Megat Dayyan Amsyar akur setelah ditarbiah secara 'free' oleh Abangnya itu .
Sebelum Dayyan berjalan ke kamar mandi untuk mengambil whuduk , Dia teringat tentang mimpinya malam tadi.
"Abang Zaf ?"tanya Dayyan kepada Zafran yang masih berada dalam biliknya.
YOU ARE READING
Dia suami rahsia (hiatus)
Teen Fiction"Kahwin dengan orang yang kita cintai,Itu ialah impian... Kahwin dengan orang yang kita tak sangka.. ,itu ialah Jodoh... Menikahi orang yang kita cintai...itu ialah Kemungkinan ...Mencintai orang yang kita nikahi ..itu adalah Kewajipan...Segalanya a...