Huwaaaa harini hari sabtu gaes. *Libur libur libur mantap jiwa, nga usah bimbang sama pelajaran*.Ehhe ! Tak payah bimbang apanya kalau Cikgu Syafiq dah bagi kerja rumah tambahan untuk aku dan si Qiha tu. Kitaorang kan spesiallll. Punishment tak datang berkali-ii so kita kena hargai HAHAHAHA. Ni semua sebab mamat kerek tu la. Sape lagi kalau bukan MOHD FIRASH ADAM. Dasar budak bertuah tapi huwaaaa sebab dialahhh aku dapat jumpa crush aku ehhe *gediks*
Flashback
"Ish Waniii, jalanlah cepat sikittt. Kau ni lembablah tulah kita kene jemur dekat dataran. Nak bagi hilang kelembapan kau ni", celoteh Faqihah. Eh eh budak ni ada aku sepak karang.
"Amboi-ii mulut tak boleh lagi bertapis ke. Ala kau ni pun nampak sangat nak duduk kat dataran tu lama-ii. Ee aku malulah tulah pasal aku slow-ii je harini",kataku sambil membetulkan ikatan tali kasutku lalu menyambung perjalananku yang penuh dengan liku liku kehidupan. Ahaks.
"Syazwani, Syazwani !". Eh tu nama aku kan? Aku pun menoleh untuk memastikann. Eh eh eh eh tu bukannn ke Khairul. Woahhh !! Dia panggil aku ke tadi ? Atau aku yang salah dengar. Bukan aku kot manalah tahu ada nama Syazwani lain dekat aku kann. Dalam aku sibuk bermonolong sendiri tiba-ii Qiha menepuk bahuku. "Woi, kau asal ? Ko tak dengar ke Khairul tengah terpekik terlolong panggil kau tu. Atau jangan-ii kau dah tergolong dalam orang istimewa ? Haaa, Waniii yang lama kuseru namamu kembalilah engkau seperti sediakala. Weyy jangan pekak du..."
"Ish, bisinglah kau ni Qiha. Aku tak pekak lah. Aku just nak tak nak dapat malu kot kot lah dia bukan panggil aku. Kecoh lah kau", laju sahaja aku memotong bebelan Faqihah yang kalau dibiarkan kucing pun sempat bertelur. Haish.
"Syazwani ! Lama aku panggil kau, takkan tak dengar kot?", kata Khairul yang sedari tadi dah terpacak depan aku.
Ya, dia Mohd Khairul Ridzwan. Ketua kelas 3 Bestari. Orangnya tinggi. Kulitnya putih. Amanah dalam menjalankan tugas. Namanya selalu naik kat sesi petang sebab selalu tunjukkan amalan baik untuk sekolah. Dan sudah tentu dia ada banyak peminat kat sekolah dah salah satunya tu ialah aku HAHAHA *smirk*
"Err, eh err aku ke ? Oh hahaha aku dengarlah kau panggil tadi. Faqihah ni ha dia ajak aku sembang dengan dia thats why lah aku lambat respon hahaha. Ni ada apa panggil aku ?", Balasku dengan kalut dan gelabah.
"Takdelah, aku dengar ujian pertengahan tahun haritu kau dapat score maths kan ? Since pt3 is around the corner, boleh tak kalau aku nak kau tolong ajar aku. Kau pun tahu kan aku tak pro bab matematik ni", katanya dengan nada memujuk
WOAHHHHHHHHHH DIA TANYA AKU KE TADI TU ? -#+✓¥{¥}€×¥{€€]9#(
"Ehh mmmm, boleh je. Aku ni takdelah pro sangat tapi kalau nak mengajar yang asas tu bolehlah. Yelah takkan nak kata tak boleh pulak kan. Tak nak aku orang label sebagai kedekut il..."