5.8

212 22 0
                                    

Flashback ;

Mijoo memandang orang yang berada di hadapannya. Sekarang ialah waktu kokurikulum dan Mijoo berada di Dance Club

Dia tidak tahu pula orang yang kenakan dia bola masa dendaan dan curi banana milk dia sekarang duduk di hadapannya tetapi bukan menghadap dia

Sekolah mereka akan mengadakan Hari Kantin, jadi cikgu mereka meminta Jihoon, Samuel, Seongwoo, Daniel, Hyungseob, dan Woojin untuk menyediakan persembahan

Dan banyak lah group yang dipilih, tapi yang penting Mijoo tidak terpilih.

Sedang mereka berlatih, seorang pelajar junior berambut pendek pergi ke arah Jihoon

Mijoo perhatikan junior itu menyampaikan apa yang cikgu suruh budak tu beritahu kumpulan itu

Memandang Jihoon berada di hadapan junior itu, ia memudahkan Mijoo pandang dia

Junior itu meminta kebenaran untuk pergi tapi lain jadinya apabila Jihoon senyum dan wink kepada junior tersebut. Terpinga-pinga junior itu tapi yang penting junior tu caiiiir

Manakala Mijoo pula, dia pusing ke belakang dan buat gaya nak muntah.

"Aduiiyaii, dia pikat junior dia tu dengan wink dia? Sudahlah tak pandai wink" rungut Mijoo lalu keluar dari bilik tersebut

Jihoon yang dari tadi pandang Mijoo sehingga Mijoo keluar, smirk. Nampak gaya Mijoo boleh jadi target dia selepas ini

Another flashback ;

"Apa masalah kau huh?!" soal Jihoon dengan suara yang agak meninggi

"Aku sudah minta maaf kan?! Halah dia ni, macam minta sepak pula" tengking Mijoo dengan beraninya

Pelajar yang berada di koridor itu hanya pandang mereka berdua, pelajar lain tahu bahawa Jihoon memang bertukar 90 darjah kalau dia marah

Akibat mereka bergaduh, Mijoo tidak sengaja terlanggar Jihoon sehingga Jihoon jatuh terbaring. Sakit kepalanya dan itu membuatkan dia marah

Mijoo pula taknak minta maaf, dia cuba lari tetapi Jihoon pula tahan dia

"Kamu berdua!! Detention!!!" jerkah guru disiplin yang telah tiba di sana

Another flashback ;

Mijoo dan Jihoon menunggu guru Matematik mereka tiba kerana mereka berdua terpilih sebagai wakil sekolah untuk International Champion Mathematics

Apabila mereka tiba di tempat pertandingan dengan iringan guru, Jihoon hanya mendiamkan diri sahaja

Sepanjang pertandingan itu dia senyap. Kalau orang tegur pun dia hanya diam, jarang buka mulut

Tetapi dia menjadi tempat perhatian kerana visual attack, tapi tulah masalah dia.. Pendiam

"Asal senyap? Aku tengok kalau kau dengan geng kau macam monyet" kata Mijoo yang sengaja menegur dia

Tetapi jihoon hanya diam dan pandang dia sekali lalu dia alihkan pandangannya

"Ya tuhan.. pendiam dia kalau boleh sampai Daniel tak takut serangga sudah" monolog Mijoo sendirian

Another flashback ;

"Yah!! Awak ni pekak ke bisu?!" soal Mijoo apabila Jihoon tidak menjawab soalannya

"Dua-dua" kata Jihoon sambil tersenyum innocent sehingga Mijoo pun ikut angau tapi dia terus control

"Puan Hae suruh kau ke bilik guru" kata Mijoo dan tinggalkan Jihoon

Apabila kelibat Mijoo hilang, Jihoon tersenyum sambil baguskan blazer dia

"Comel.." katanya lalu gelak

Introvert Wink Boy | park jihoonWhere stories live. Discover now