SEPI

76 0 0
                                    

Mereka,
Membicarakan tentang buruknya aku.
Namun aku tetap diam tidak bersuara.
Bukan kerana tidak terluka atau berhati kental waja.
Mereka tidak pernah mengetahui apa yang aku lalui.
Biar.Biarkan saja mereka berbicara apa yang mereka mahu.
Mengapa?
Mengapa aku seperti tidak terkesan dengan apa yang mereka ungkapkan.
Itu fikir mereka.
Aku,
Bukan hilang kepercayaan untuk meluahkan kepada sesiapa.
Namun,aku lebih selesa berkongsi cerita dengan Dia.
Dia yang sentiasa mengetahui setiap apa yang ada di lubuk hati.
Dia yang sentiasa ada ketika semua manusia membuangku.
Dia yang menciptakan aku dan aku akan kembali kepada-Nya.
Ya,
Aku lebih selesa berceloteh dengan-Nya,sang Pencipta.
Kau juga manusia,
Perlu begitu.

BICARA RASAWhere stories live. Discover now