{ Love when you're ready, not when you're lonely }
Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.
Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang.
Hingga terlupa nak bertanya pada diri "adakah aku betul-betul dah bersedia?"
Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?
Hati mana yang tak rasa sunyi?
Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?
Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?
Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.
Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?
Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.
Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.
Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?
Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.
Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.
Dari Situ Segalanya Bermula
Kita rasa sunyi.
Kita nampak orang lain bahagia.
Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?
Mesti best kalau ada 'boyfriend'. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.
Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.
Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.
Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.
" Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. "
Itu yang dibayangkan.
Kita yang ditunjukkan pasangan lain.
Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?
Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?
Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.
Yakin Kita Dah Betul-Betul Bersedia?
Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.
YOU ARE READING
Love when you're ready, not when you're lonely
RandomBercinta Bila Anda Betul-Betul Dah Bersedia, Jangan Tertipu Dengan Kebahagiaan Palsu (Dibuat-buat) Orang Lain... Bercintalah bila betul-betul dah bersedia, iaitu cinta selepas nikah