kawan makan kawan

56 2 4
                                    


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku harap sangat yg confession aku ni disiarkan. Ini adalah pengajaran buat semua yang ada kawan yang perangai macam bidadari ni. Peringatan jangan sesekali percaya pada yang nama nya kawan. Ape lagi kawan tu orang yang baru kau kenal.

First sekali aku nk bagitau aku ni budak baru habis diploma. Kira nya nk cari kerja lah . Nak juga rasa balas jasa mak ayah . Nk juga kongsi rezeki kita dekat mak ayah. Tu lah anggan2 nya.

Aku pun keluar lah merantau diri negeri aku. Aku cari kerja dekat kuantan. Alhamdulillah rezeki dapat lah kerja yang layak dengan ape yg aku belajar dulu. Rezeki kan , macam macam cara Tuhan nak bagi. Syukur.

Nak jadi kan cerita tempat kerja aku tu okey sangat lah. Tersangat okey. Bos baik . Supervisor baik. Staff pon okey. Tapi tu buat minggu pertama saja . Bila minggu kedua semua mcm dh nampak dah taring masing2. Aku disisihkan hanya kerana aku baik dengan seorang senior . Aku anggap dia kawan baik aku merangkap kakak aku lah. iyaa lah aku budak baru, baru je habis belajar , mesti nak kan tunjuk ajar. Masa tu aku disisihkan oleh staf. Buat kerja sorang2. Tanya baru jawab. Kalau tak, aku duduk sorang2 lah.. semua buat sorang.

Bulan pertama aku okey lagi. Masuk bulan kedua aku dah tak okey dah. Aku budak baru , tapi wajar ke kerja dlam satu company tak ada langsung sikap kerjasama dalam satu kumpulan. Aku merantau sebab nak kan pengalaman bukan nak kisah hitam. Betul tak? Yang senior ni selalu sangat bercerita psal staf yang lain. Aku percaya atau tak je. Kadang2 aku dengar kadang2 masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cerita tu semua yang buruk2 je. Tak ada yang baik langsung. Aku terfikir juga kenapa yang dia benci sangat psal staf lain. Macam pelik.

Disebabkan aku ni anggap dia macam kakak aku sendiri, aku cerita lah masalah family aku , masalah aku dekat dia. Dia nasihat lah. Almaklumlah dia kan lagi tua dari aku. Aku anggap dia tu berpengalaman dari aku.

Dia pon selalu cerita masalah dia. Masalah dgn teman lelaki dia. Dia minta pendapat, aku bagi je lah. Walaupun aku ni tak ada pengalaman sangat, aku bagi je apa yang aku rasa dia patut buat. Tapi aku bagi nasihat dia bukan dengar pon. Aku pulak yang dimarahkan dia. Dia cakap aku tak lalui ape yang dia rasa. Senang lah cakap. Bukan sekali dia bercerita dan minta pendapat aku, hari2 doo. Kau rasa? Aku ni dh naik berbuih dh mulut ni. Asyik ulang benda sama je. Tapi aku balik yang kenaa.. last2 klau dia cerita , aku anggukkan je. Sebab nk jaga hati kawan punye pasal.

Masa ada kat negeri orang ni kiranya dia lah yang support aku. Selalu belanja makan ape semua tu. Ajak aku keluar. Aku ikut je ape yang dia buat. Tanpa rasa jemu. Walaupun diri sendiri tak larat tapi aku ikut kan je. Sebab aku tahu dia kesunyian. Dia banyak masalah. Nk release tension orang cakap.

Tak lama lepastu ada sorg staf masuk, aku kira mcm bff dia lah. lepastu kiteorg keluar sama sama, tengok wayang, sampai lah ade terserempak dengan sorg staf dkt tempat kerja tu dan kiteorg selfie, salah sorg staf tu ada uploudkan gambar dekat laman sosial sampai lah senior aku tu tengok and then sampai je office dia buat muka dan dia marah aku, staf dekat situ semacam je pandang.

Lpas selang seminggu tu , budak baru ni terlepas cakap psal senior ni bgtau pasal aku. Aku pon ape lagi , paksa lah. Sbb nak tahu. Luluh hati aku , nk jatuh terduduk aku dengar masa dia cerita. Senior tu boleh ckap aku ni menipu psal masalah fmily aku tu. Masalah yang aku ada2 kan tu. Dia boleh bgtau aku saja bgtau yang ayah aku sakit sebab nk berhenti kerja je. Kau fikir ape perasaan kau. Sapa nak ayah dia sakit? Kau fikir lah kat situ. Tak ada aku nak doa2kan ayah aku xsihat. Anak mana xsayang ayah. Dia ada ungkit semua yang dia belnja aku makan , tak pakai duit aku pon. Eya lah klau fikir logik memang lah. Aku bru je masuk ke alam pekerjaan, boleh dia ajak aku masukk kdai2 mhal. Restoran yang sorang mkan dh berpuluh ringgit. Kau ingt aku ada duit ke semua tu. Kau juga yang ckap kau yang nk belanja. Kau yang nak bayar. Tapi rupa2nya tu semua tak ikhlas. Semuanya hanya untuk nampak yang kau ni baik. dia boleh ckap staf lain tu hasut aku sruh benci kat dia. Lpas tu berhenti. Orang tu tak ada nak buruk2kan kau lah. Orang tu siap bagi nasihat lagi sruh jaga kau , nasihat baik2 untuk kau. Nak suruh kau kembali ke pangkal jalan. Sudah2 lah tu senior nak jatuhkan orang. Jangan fikir nk sedap kita je , nk banggakan diri kita je. Aku tahu kau ada segalanya duit pangkat . Tapi semuanya tak akan lama. Cepat atau lambat je . Lepas semua ni terjadi, xkan ada dh lepas ni.

Kau lupa, Allah Maha Agung lagi Maha Adil. Cepat atau lambat je. Moga Allah bagi hidayah untuk kau nanti . Inshaallah.

Maaf lah panjang sangat confession aku ni. Aku just nak share ngan korang apa perasaan orang yang kena dengan yang kita anggap kawan anggap macam kakak sendiri. Sakit sangat. Pedih tu sampai ke tangkal hati. Doakan yang baik2 je lah.

Ikhlas dari sayaa. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 30, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAWAN MAKAN KAWANWhere stories live. Discover now