•AWARD THE STAR ialah anugerah yang membantu para penulis yang berbakat serta mempunyai kebolehan dalam bidang penulisan.
•AWARD THE STAR ini diadakan untuk menilai buku-buku yang bakal menyertai setiap kategori yang dipertandingkan dalam award ini.
Karya ini mempunyai unsur romantik dan jalan ceritanya secara langsung, plot tersusun membuatkan saya minat untuk membacanya berulang kali. Percintaan yang mula terasa antara dua watak, konflik yang mengganggu ketenteraman emosi pembaca sedang kusyuk membaca. Cerita ini menceritakan sedikit sebanyak tentang penyakit iaitu penyakit yang pada mulanya menjadi tanda tanya, leukemia. Pada pendapat saya penyakit ni terjadi di antara yang tertentu. Seperti yang tahu, penyakit satu penyebab kita di antara dua dunia seperti 'antara hidup dan mati'. Kehebatan cerita ini berjaya buat saya jatuh cinta pada watak yang dipersembahkan seperti Ayana dan Farrel. Pada mulanya jalan cerita klise tapi semakin naik ke bab lain, plotnya menjadi lebih menarik. Penulis berjaya menambat hati serta emosi saya ketika Ayana mula rasa yang sakit dia kembali, sakit leukemia ni perlukan rawatan setiap minggu seperti yang doktor sarankanlah. Saya tafsir Ayana ni seorang pesakit yang penat nak hadapi sakit tu lagi mungkin sebab tu dia tak nak jalankan rawatan. Kahwin pula dengan lelaki bernama Farrel Firash, masuk ke bab dan bab lagi tunjuk yang diorang ni sebenarnya sama-sama suka. Naik ke bab lagi dan lagi hati saya turut cair dengan sikap Farrel yang romantik dalam diam kalau ada kategori The Best Hero Of Silent Sweet, Farrel boleh menang. Saya sebagai juri utama terasa kagum dengan hasil karya yang anda terapkan. Jalan ceritanya mantap dan berjaya memagut hati saya. Tahniah @adilahzaini460!
Ulasan Juri Kedua: Tny
Sedih dengan watak Ayana yang kematian ibu sewaktu kecil dan mempunyai seorang ayah yang tidak menghiraukan dirinya ditambah lagi apabila dirinya disahkan menghidapi penyakit kanser . Manakala Farrel yang amat mencintai Ayana walaupun pelbagai Ayana lakukan. Penulis pandai bermain dengan emosi pembaca membuatkan pembaca ingin tahu akan sambungan cerita.
Cerita ini sangat menyeronokkan dan penuh emosi! Skil penulisan yang awak gunakan memang mengagumkan saya. Ayat yang disusun sangat cantik dan menarik. Sebenarnya, agak susah bagi saya untuk mencari kesilapan karya ini. Terlalu bagus! Watak hero yang dingin dan heroin yang manja serta diselitkan watak antagonis wanita. Kedengaran agak klise bukan? Tetapi cerita YOML ini memang lain daripada yang lain! Setiap babak diselitkan nilai tersendiri yang memukau para pembaca. Karakter Farrel yang dingin, sinis dan manja memang memikat hati dan mampu mencairkan hati mana-mana pembaca. Leukemia yang Ayana hidapi pula memang satu isi cerita yang penuh emosi dan menyerlahkan lagi karya ini. Pengakhiran pula bagaikan susah diduga. Proud of you, sis! Sekalung ucapan tahniah diucapkan untuk awak!
Firstly nak tanya, Azza tu lelaki ke perempuan? Hahahahahha. Sis pelik kejap. Nama macam perempuan tapi pewartakan macam lelaki. Bab pertama yang membuatkan saya tergelak akibat membaca babak Ayana dan seorang wanita istimewa. Serius saya tak tahan nak gelak part ni. Dengan Ayana yang tengah blur nya. Bagus! Saya suka jalan cerita awak yang menarik minat saya. Kesalahan penggunaan tanda baca dan sebagainya tiada. Syabas! Penceritaan juga nampak kemas dan tidak serabut. Tahniah kerana karya anda berjaya mendapat anugerah ini! Karya anda memang layak! Teruskan usaha dan jangan pernah putus asa! Anda mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Semoga berjaya!
Cerita yang agak menarik. Watak hero menjadi. Watak heroin memikat hati. Kejadian kejadian yang dimasukkan oleh penulis ke dalam cerita ini membuatkan hati tak mampu berhenti membaca.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.