Ep 1

0 0 0
                                    

Ribuan tahun dahulu puak-puak syaitan menjadi salah satu daripada tiga puak lagenda. Terdapat dua puak yang diketuai oleh puak naga.Puak naga merupakan puak yang menjaga keempat -empat alam...iaitu Alam Surga,Alam syaitan,Alam Laut dan Alam manusia.
Manakala puak lain iaitu puak ikan duyung menjaga mutiara dan puak syaitan menjaga pedang lagenda iaitu Pedang Cahaya kegelapan

Jika kedua-dua barang sakti ini digabungkan bersama maka seseorang yang memiliki pedang ini dapat menguasai keempat-empat Alam.
Puak syaitan dan puak ikan duyung menjaga barang sakti dengan baik seperti yang telah diperintahkan oleh Surga Tertinggi.

500 tahun kemudian ...

Terdapat satu puak yang mempunyai kuasa sihir yang disumpah menjadi serigala pada waktu bulan mengambang...
Puak ini adalah puak yang disumpah dan dibuang daripada puak lagenda kerana puak ini ingin mengambil cermin sakti yang mempunyai kuasa untuk membuka pintu ke Surga Tertinggi...

Puak ini ingin mengucar kacirkan keamanan empat alam ...dan telah menfitnah puak syaitan ingin memberontak menggunakan pedang cahaya kegelapan...

Pihak Surga Tertinggi mempercayai khabar angin itu dan telah mengarahkan kesemua puak selain daripada puak syaitan untuk menyerang puak syaitan...

Akan tetapi ketika itu lah kelahiran dua kembar yang mempunyai kuasa yang berlainan...Kembar ini merupakan dari puak syaitan.

Demi menyelamatkan kedua-dua kembarnya itu permaisuri dan raja syaitan telah mengunci kuasa kembar itu dan menghantar mereka jauh daripada kerajaan syaitan...

Kedua kembar ini diramalkan bahawa mereka mempunyai kuasa yang sangat kuat dan salah seorang daripada mereka akan mewarisi pedang cahaya kegelapan dan pedang syaitan serta menjadi pemerintah kerajaan syaitan.
Manakala kembarnya lagi akan menjadi seorang pemerintah syurga tertinggi.

Mereka dihantar ke tempat lain iaitu kerajaan ais yang merupakan salah satu daripada puak syaitan. Pemerintah kerajaan itu menerima anugerah yang diberi oleh Raja syaitan iaitu menjaga dan melatih kedua-dua kembar itu.

Sila tunggu untuk ep 2..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Last heir of Demon tribesWhere stories live. Discover now