BMM : 5

24.3K 1K 118
                                    

Pang!

Terteleng kepala Tengku Darmian apabila ditampar oleh Tengku Syed. Pipinya yang kemerah merahan dipegang sambil menahan pedih.

" Papa tak pernah ajar kamu buat benda ni, Tengku Aisar Darmian!" Tengku Syed menarik nafas panjang lalu melepaskannya dengan kasar. Entah apa salahnya sampai anaknya jadi sebegini. Pergi kelab, minum arak dan yang paling teruk kena tangkap khalwat.

Mana dia hendak letakkan mukanya kalau keluar akhbar bertajuk anak pemilik syarikat terkemuka Malaysia kena tangkap khalwat, nanti?

" Ian tak salah, pa. Sumpah Ian tak buat benda benda macam tu. Seteruk teruk Ian pun Ian tak pernah sentuh perempuan. Tolong lah percayakan Ian. Mama.." Tengku Darmian memandang Tengku Dahlia berharap mamanya akan menolongnya namun hampa. Tengku Dahlia hanya diam di kerusi dan menangis sambil ditenangkan oleh anak sulungnya, Tengku Qaiser.

Sungguh hati ibunya sakit. Mengenangkan apa yang bakal dijawab pada keluarga Qaira nanti apabila mereka sampai. Tidak sampai hati untuk memberitahu hal sebenar. Malu nya Tengku Dahlia untuk mengaku di hadapan keluarga yang baik baik itu.

" Ya Allah, Dahlia. Apa yang dah jadi ni?" Puan Mariam melabuhkan duduknya di sebelah Tengku Dahlia. Tangannya naik mengusap belakang bakal besannya. Melihat adengan itu, Tengku Qaiser mula bangun membiarkan mamanya ditenangkan oleh Puan Mariam.

" Aku malu, Mar. Aku minta maaf." Habis sahaja bercakap, Tengku Dahlia mula menangis. Qaira yang berada tidak jauh dari itu mula tertanya tanya. Hatinya rasa tidak sedap apabila Tengku Dahlia mula menangis dan maaf.

Dia mula mencari cari kelibat Tengku Darmian. Namun bayangan lelaki itu tidak dijumpainya. Matanya tertacap pada seorang lelaki yang sama juga sedang merenungnya.

Lelaki ini sama dengan Darmian. Matanya juga berwarna biru tapi lebih mampu membuatkan hatinya berdebar lebih dari Darmian. Pantas Qaira mengalihkan matanya. Tidak tahan apabila matanya bertentang mata dengan sepasang mata biru milik lelaki itu.

Sungguh mencabar imannya.

Ish !

Matanya mula lagi mencari kelibat Darmian. Mahu tahu apa yang terjadi. Hatinya betul betul rasa tidak sedap hati dengan apa yang jadi sekarang ini. Mulutnya tak berhenti berdoa agar dipermudahkan urusan.

" Mar, Darmian kena tangkap k-khalwat. Ya Allah, aku malu.. Mar. Aku malu dengan anak aku. Aku tak tahu mana aku nak letak muka aku. Sungguh, aku malu pada keluarga kau." Penerangan Tengku Dahlia buatkan Puan Mariam tersentak. Perlahan dia memandang anak perempuannya di belakang. Mata anak perempuannya dipandang sebelum menoleh semula pada Tengku Dahlia dihadapannya.

" Astaghfirullah." Ucap Encik Qairul apabila tahu apa yang berlaku. Mahu marah Tengku Darmian pun tiada guna. Ini semua sudah ditentukan oleh -Nya.

" Mama minta maaf, Qaira. Mama malu dengan kamu." Setitis air mata Qaira jatuh. Lututnya terasa lemah hendak berdiri. Pantas dia berpaut pada adiknya, Hayra.

Apa lagi ujian yang perlu dia tempuhi? Esok sahaja hari pernikahan mereka namun-

Setitis lagi air mata Qaira jatuh. Serentak dengan itu, terus Hayra mendakap tubuh kakaknya. Faham benar dengan situasi yang berlaku. Dia tahu kakaknya cinta mati kepada Tengku Darmian akan tetapi.. bila perkara ini berlaku memang akan menyakitkan hatinya.

Mahu sahaja Hayra menumbuk muka kacak Tengku Darmian. Muka sahaja tampan tapi perangai lebih kepada setan!

" Papa! Ian tetap tak akan kahwin dengan perempuan ni !"

" No excuse, Tengku Aisar Darmian bin Tengku Syed. Kamu mesti berkahwin dengan Jasmin by hook or by crook! Kamu jangan ingat lepas kamu buat benda macam ni kamu akan terlepas pula." Tengku Darmian melepaskan nafas dengan kasar. Pantas dirinya pergi kepada Jasmin yang sedang merenung lantai. Gadis itu senyap sahaja membuatkan hati Tengku Darmian semakin panas. Terasa menyesal menolong perempuan begini.

Menyesal!

" Hoi perempuan! Baik kau ceritakan apa yang berlaku pada keluarga aku. Aku tak sentuh kau kan?" Perlahan Jasmin mengangkat mukanya dan merenung wajah bengis Tengku Darmian.

Dia tidak tahu hendak mengaku atau tidak tetapi keadaan dirinya betul betul menyesakkannya. Kalau dia buat perkara begini, mungkin Tengku Darmian akan benci kepada dirinya. Tetapi kalau dia tidak buat, apa nasib dirinya?

Pandangannya dihalakan pada semua orang yang berada di situ. Semua memanang dirinya meminta kepastian. Tidak terlepas pada keluarga pihak perempuan.

' saya minta maaf , Darmian. Saya terpaksa.' kata Jasmin didalam hati.

Nafas nya ditarik sebelum ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan semua yang berada di situ tergamam.

" ya, Tengku Darmian rogol saya. S-saya t-tak tahu nak b-buat apa masa tu. Saya- "

Bam!

" Kau tipu! Sial! Sial punya perempuan! Argh!" Kini rasa benci pada gadis itu membuak buak. Muka wanita yang disayanginya. Ketika itu juga Qaira sedang memandang ke arah nya. Sungguh dia tidak kuat memandang mata yang berair gadis itu. Dia kesiankan Qaira. Mesti Qaira sangat sakit dengan keadaan macam ni. Tengku Darmian mula tersentak apabila cepat sahaja Qaira melarikan tautan mata mereka. Tengku Darmian terasa. Dia buntu. Mungkin juga Qaira sudah membencinya?

Ya Allah.

" Kamu dengar sendiri kan, Ian? Papa dah tak boleh nak buat apa apa. Papa tetap akan kahwin kan kamu dengan Jasmin untuk tutup malu keluarga." Tengku Syed meraup wajahnya. Ya, ini keputusannya. Tengku Darmian mesti patuhinya juga walaupun dia tidak mahu.

" Tapi Qaira macam ma-"

" Papa akan kahwin kan dia dengan Mika." Tengku Qaiser yang berada di situ tergamam. Mahu sahaja dia bantah tetapi apabila melihatkan raut wajah Tengku Syed membuatkannya hanya terdiam.

" No! Tak boleh!" Bantah Tengku Darmian tegas. Tidak, dia tak akan lepaskan wanita yang dia cintai kepada Tengku Qaiser. Sudah cukup apa yang Tengku Qaiser rampas daripadanya. Kali ini tidak boleh. Dia tidak akan benarkan.

" Apa yang kamu tidak puas hati lagi, Ian?" Tengku Syed menjawab dengan nada penat. Sungguh, dia penat. Penat dengan semua ini. Penat dengan perangai anak lelakinya yang satu itu. Selalu sahaja mahu bergaduh dengannya.

" Mika okey kan dengan cadangan papa?" Lambat lambat Tengku Qaiser mengangguk. Matanya sekali lagi terpandang perempuan yang sedang menangis teresak esak di tepi sambil ditenangkan oleh seorang lagi gadis.

Ya, dia yakin. Itu Qaira.

Qaira bangun dari duduknya. Perlahan kakinya menapak untuk pergi ke arah Tengku Darmian. Cincin tunang yang berada di jari manisnya dicabut. Cincin itu diberikan kepada Tengku Darmian sambil tersenyum.

" Awak patut sarungkannya pada jari Jasmin. Saya redha jadi macam ni. Kalau saya redha, awak pun mesti sama. Thanks for everything, Tengku Aisar Darmian. Saya tak akan lupa kan semua memori yang awak bagi saya dari tujuh bulan lepas sampai lah sekarang sebab awak pernah bahagiakan saya. Selamat pengantin baru." Katanya sambil tersenyum manis. Air matanya juga sudah dilap awal awal. Dia redha apabila dikahwinkan dengan ' Mika ' walaupun dia tidak tahu siapa lelaki itu.

Lambat lambat Tengku Darmian mengambil cincin itu. Cincin yang dia berikan pada Qaira bahawa menandakan bahawa Nur Qaira Sofea adalah tunangnya.

Sayang, aku janji aku akan akhirkan benda ni. Walaupun aku tak rela, tapi aku janji yang aku akan rampas kembali kau daripada Qaiser.

Itu janji aku.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now