4

219 22 6
                                    

Seungcheol merebahkan dirinya diatas katil dengan kasar "Appa aku tentu dah gila. Aku baru balik ke sini harini, dan tiga hari kedepan tetiba aku akan jadi suami kepada perempuan tinggi macam zirafah tu pula!"

"Bukankah ini Bagus? Lagipula tentu appa kau ada alasan tersendiri tentang hal ini" ujar Joshua yang sedang berdiri di pintu bilik itu.

"Apa pun alasannya, semua ni memang langsung tak masuk a-"

Drrrtt drttt...

Seungcheol berdecak kesal saat telefonnya yang ada di dalam poket tetiba bergetar menandakan ada chat yang masuk.

017-xxx-xxxx : Hai

017-xxx-xxxx : saya ni

017-xxx-xxxx : Sowon

"Eh dari mana pula dia dapat number aku?" gerutu Seungcheol hairan.

"Nuguya?" tanya Joshua ingin tahu. Ia pun bergerak mengambil telefon dari tangan sahabatnya itu. "Eoh, bakal isteri kau? Oh.. Jadi nama dia Sowon"

"Aish...bagi balik!" Seungcheol merampas semula telefonnya dari Joshua.

Joshua cuma menatap ke Seungcheol. Seungcheol menutup telefonnya lalu menyimpan kedalam laci. Ia kemudian terus bersiap sedia untuk lelap.

"Hey? Kenapa kau simpan? Taknak balas chat dia?"

"Untuk apa? Bukan hal aku" balas Seungcheol malas. "Dahla aku nak tidur, pergi la balik bilik kau"

Joshua cuma geleng2 melihat tingkah laku Seungcheol. Tak disini tak di LA, perangai sahabatnya ini sama saja. Selalu buat ikut suka hati. Haih.

.

.

.

"Hanna, lepas class ni tamat, teman aku pergi bilik guru tau" bisik Sowon.

Hanna menatapnya hairan "nak buat apa kesana?"

"Ada ler. Nanti aku bagitau. Kau jangan balik lagi eh"

"Hmm, arraseo"

Sowon tersenyum lega. Nasib dia dapat kawan macam Hanna ni. Sentiasa ada huhu.

"Hehe gumawo, nanti lepas dah settle. Balik nanti aku belanja corndog cheese"

"Yeay! Okok"

"Kim Sowon! Ryu Hanna! jangan sembang dalam kelas!" tegur lecture Song Jihyo. Lecture paling garang dalam kolej ni. Tengah mengajar subjek biologi sejarah blablabla tu.

"Ah..baik lecture, sorry!" ucap mereka berdua sambil tersenyum kekok dan menahan malu. Mana taknya, satu kelas usya kot. Ish3.

.

.

.

Usai kelas....

Sowon dan Hanna berjalan masuk kedalam bilik guru. Entahla kenapa malang sangat mereka time tu, tetiba terserempak dengan lect Jihyo.

"Ha kamu berdua buat apa pula datang bilik guru ni!?"

Sowon kaku sambil menelan air liurnya. Mak ai, kalau ye pun perlu ke nak tinggikan suara time tanya tu.
"...... kami datang nak jumpa dengan Encik Mino"

"Oh Encik Mino" Lect Jihyo tersenyum. "Dia ada di ruangan dia. Pergi la jumpa" ujarnya lalu berjalan pergi.

Hanna menghela nafas lega. "Nasib tak kena soal lebih"
"Ha, sebenarnya kenapa kau ajak aku datang sini? Kau tak bagitau aku lagi pun"

"Aku nak jumpa Encik Mino. Nak apply cuti."

Ok in this case, kolej ni just buka ahad-khamis. Cuti jumaat dan Sabtu aje. Ahad tu dah mula balik, but Ahad tu adalah hari yang penting bagi kolej tu sebab setiap Ahad ada perhimpunan, ceramah, doa dan bla bla bla gitu. So kalau nak cuti Ahad, kena apply sendiri pada pengetua sekolah. Kalau hari lain tu lantak pergi la nak cuti atau tidak, hehe.

"Lah, yang nak cuti tu kau. Baik kau datang sorang. Aigoo, buat apa suruh aku teman bagai" Hanna menggeleng. "Btw kenapa nak cuti Ahad? Ada apa2 ke?" tanyannya.

Sowon melihat kekiri dan kanan. Ia kemudian mendekat ke Hanna dan berbisik "Ahad ni hari perkahwinan aku!"

Hanna menutup mulutnya tak percaya.

"Aku taknak orang sekolah ni tau, so aku nak apply cuti atas sebab lain. And aku ajak kau ni sebab aku nak kau apply sekali. Nanti boleh la kau datang!"

"Bagus idea tu. Eh tapi aku nak bagi alasan apa? Semua orang dah tau yang omma appa aku jenis busy so takleh spend time. Aku ni pula tunggal. Takde alasan la haha"

"Ala kau reka je apa" kata Sowon "asalkan kau dapat cuti. Aku ni kan kawan kau. Takkan aku taknak datang time aku kahwin??"

"Cih, yela yela. Tapi kau tolong fikir sama eh alasan apa yang aku patut guna nanti. Otak aku ni series takleh pakai"

"Paboya"

.

.

.

Petang jam 5 Sowon sudah tiba dirumahnya. Dia berjalan ke dapur untuk minum segelas air. Haih tetiba rasa haus pula.

"Lambat balik" Puan Kim tetiba datang ke dapur. "Setahu omma kamu balik jam 2. Aih jam 5 baru sampai rumah?"
"Baru balik dari jalan2 dengan bakal suami kamu tu eh?"

Sowon tersedak. "Omma! Uhuk! Aish..."
"Mana ada la"

"La, omma cuma cakap je. Apa pula sampai tersedak gitu" Puan Kim berleter sambil tolong Sowon lap air yang tumpah sedikit dantai. "Kalau bukan, kamu pergi mana?"

"Ck, Sowon keluar dengan Hanna. Makan2 lepak kejap dekat 7e hujung tu" balas Sowon. "Macam biasa, lastday sekolah sebelum cuti kan"

Yup itu memang kebiasaan Sowon dan sahabatnya itu. Setiap kali nak cuti sekolah je, mesti balik sekolah tu pergi lepak dulu dan makan2 dekat 7e.

"Ha, cuti tu cuti juga. Kamu jangan buat kebiasaan kamu untuk tidur 1 hari full esok ye. Sebab omma dah set full 1 hari jadual yang perlu kamu buat esok"

"Ha? Alaaa" Sowon mencebik malas. Baru je berangan nak tidur puas2 esok. "Apa pula nak kena buat esok???"

"Banyak benda la sayang. Kamu lupa ke kamu dah nak kahwin Ahad ni? So kamu memang kena buat banyak benda tau. Nak beli baju, kasut, barang kemas, pergi cari MUA, pilih itu ini untuk majlis kamu nanti"

"Sebagai pengantin perempuan ni, memang banyak benda kena buat okey" sambung Puan Kim.

Sowon menghela nafas. "Malas betul nak keluar esok. Duit poket tak cukup, grab mahal"

"Aih omma tak suruh kamu pergi naik grab pun. Esok kamu akan pergi dengan Seungcheol la. Dia akan datang jemput kamu esok. Free tak payah bayar duit minyak pun"

"What? Si unta tu? Urgh!"

"Aigoo aigoo, tak baik panggil suami kamu macam tu. Tak sopan" Puan Kim menampar lengan Sowon.

"Omma, dia tu bukan suami Sowon lagi. Dia cuma BAKAL suami okey"

"Ha tak kisahla apa pun. Tapi jangan cakap macam tu lagi. Tak baik"

Sowon cuma memutarkan bebola matanya dengan malas.

Married [Hiatus]Where stories live. Discover now