Kau hanya nampak dia bahagia,
Tapi kau tak pernah nampak dia sakit yang berbisa,Kau hanya nampak dia kuat dan perkasa,
Tapi kau tak nampak saat di mana semua orang di buai mimpi yang lena,
Dia bangkit rebahkan diri sujud pada yang Esa,
Tanda lemahnya seorang hamba..Kau hanya nampak dia tiada derita,
Tiada masalah yang menimpa si dia,
Tapi kau tak nampak perit jerih dia,
Sendu tangis dia memendam rasa siksa yang tak berpenghujung menimpa,,
Kerana dia ada Maha Pencipta yang tiada tolok banding kuasaNya oleh sesiapa..Kau takkan pernah tahu siapa dia dan bagaimana dia hidup,.
Sebab rintihan dia bukan semata-mata pada manusia sementara,
dia ada Allah yang kekal selamanya,
Allah tempat tadahan pergantungan harapan yang paling utama..
Dan sebab itu kau hanya akan melihat dia bahagia..@awan99_biru