Part 4

274 13 0
                                    

Shid's P.O.V

       "Hiks...hiks... na..nape dia tinggalkan saya..." kata Fatihah dalam keadaan tersedu sedan. "A...apa kurangnya sa..saya...hiks..hiks.." sambungnya lagi. Aku segera memeluknya untuk menenangkannya. Aku tidak sanggup melihat orang yang aku sayang sakit. Ya, aku sayang dia. Tapi aku confused, adakah aku sayang dia sebagai sahabat atau sebaliknya. Yang aku tahu, aku sakit bila dia sakit, aku cemburu bila dia rapat dengan orang lain. Aku tak pasti, adakah ini namanya cinta.

         Aku melonggarkan pelukan apabila merasakan di sudah tenang sedikit. "Awak janganlah macam ni, saya tak suka lah tengok awak sedih. Yang lepas tu biar lepas, awak tak perlu ingat atau ambil peduli pada orang yang geti hargai diri awak," kataku kepadanya sambil tersenyum. "Ta..tapi," katanya tersekat sekat. "Takpe saya janji akan buat awak lupakan dia, saya tahu susah nak lupakan cinta pertama kita," sampukku. Aku tahu apa yang dia ingin sampaikan.

        Dia lantas memelukku. Aku terkejut tapi aku suka, (sape jelah tak suka bila crush peluk kita😆).
"Terima kasih tau sebab ada bila saya perlukan seseorang dan terima kasih juga sebab pinjamkan saya bahu awak," katanya didalam pelukan. Aku dapat merasakan yang dia tersenyum.

        Dia meleraikan pelukan. "Sama sama." Kataku sambil tersenyum kepadanya. Aku segera mengambil jari kelingkingnya dan mencantumkan dengan jari kelingkingku (alh yang mcm pinky promise tulah) . "Saya janji saya akan jadi seseorang yang akan ada dengan awak susah senang,  dan saya berjanji akan buat awak jatuh cinta pada seseorang ini," kata sambil memaksudkan 'seseorang' itu aku. 'Aku akan' desisku didalam hati.

         Dia hanya tersenyum. Mungkin tidak memahami maksudku, satu hari nanti aku akan membuat dia paham dengan maksudku.

Fatihah's P.O.V

Sesampai sahaja dirumah, aku segera naik ke bilik dan meloncat naik ke katil. Aku tersenyum sendirian mengigatkan kata kata Shid tadi. "Aku pasti aku tak bertepuk sebelah tangan," kataku perlahan cukup aku seorang sahaja yang mendengar.

        "Takpe kita tengok nnti dia buat ke tidak," kataku sambil tersenyum. Sejak pertama kali aku melihat Shid, aku telah jatuh cinta buat kali yang kedua. Ya, aku sukakan Shid.Aku tidak berani memberitahunya. Tapi aku gembira bila mendengar kata katanya tadi.

         "Fatih mandi cepat, pastu baru turun makan," kedengaran suara mama memanggilku di bawah. "YES MOM!" Balasku.  Aku mengambil tuala yang tersidai dan segera mandi.

Shid's P.O.V

Sesampai di rumah, aku memarkirkan motorsikal ku di garaj yang disediakan. "Eh, mama ngan papa tak de kat umah ke," kataku sendirian apabila melihat kereta BMW milik papaku tiada dirumah. Hari syarikat papa bercuti sempena apa entah.

          Aku segera melangkahkan kaki ke dalam rumah. "Cik Shid nak makan apa? " soal chef yang ditugaskan untuk masak dirumahku. "Masak je pape yang penting boleh makan." Kata ku malas mahu pikir. "Baik cik," kata nya dan segera bergerak ke dapur.

        Aku naik kel bilik ku di tingkat dua. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik. Terdapat satu bota yang ditampal di pintu. Nota tersebut menyatakan yang bahawa mama dan papa bergerak ke kampung kerana ada majlis perkahwinan kawan ibu dan mereka akan berada disana selama tiga hari.

      "Hurmm bosanlah macam ni, baru nak ajak papa shopping," aku mengeluh sendirian. "Ha! Ajak Fatihah lah stay umah," aku segera mengeluarkan iphone 6 ku dan mendail nombor Teha.

     Selesai memujuk Fatihah untuk duduk dirumah ku, aku segera mengambil tuala dan masuk ke dalam bili mandi.

Skip

Selesai sahaja mandi, aku mengeringkan rambutku dan turun kebawah untuk makan. Aku hanya mengenakan t-shirt merah dan seluar trek suit.

Ting tong

      Aku segera kearah pintu untuk membukanya. Kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri dihadapanku dengan mengenakan hoodie yang berwarna pink. 'OMG so cute! ' kataku didalam hati.

      Aku menolongnya mengangkat begnya. Berat dia bukan main, tinggal tiga hari je pun kat umah aku, tapi ni macam nak duduk sini untuk selamanya je.

      Aku terus mengajak nya untuk makan bersama.

Ting tong

     Aku terkejut apabila mendengar bunyi loceng yang kedua. Apabila aku membuka pintu..."Hai Shid sayang!" Kata nya teruja dan terus memelukku. Aku terkelu.

Hi guys, sorry lambat update.😔

Harap korang enjoy!!!!

Agak ii sape eh yang buat Shid terkelu tu😕
Kalau nak tau stay tune untuk next chapter!!!!!.

Bye. Kalau boleh vote lah ye😯

      

LOVE (gxg)Where stories live. Discover now