Idola Pujaan

64 8 4
                                    

Setiap wanita mempunyai seorang idola.Tetapi,kebanyakan idola mereka adalah artis Korea.Mereka suka yang kacak,comel dan periang.Begitulah dengan rakan sekumpulan ku,yang tergila-gilakan kumpulan idola Korea,BTS.

Namun begitu,artis bukan bererti seorang,tetapi banyak.Ada yang minat BTS,EXO,SEVENTEEN,SUPER JUNIOR dan macam macam lagi!Bagi lelaki,mereka suka yang seksi seperti BLACKPINK,TWICE dan MOMOLAND.
Perpecahan?Taklah,kerana semua bersatu untuk K Pop.Maklumlah peminat K-Pop sejati.

Seorang peminat sanggup untuk berjumpa idola mereka dengan pelbagai cara,antaranya merempuh sekatan polis dan pengawal peribadi.Walau dapat berada 10 Meter dari jarak idola mereka pun dah cukup untuk menjadikan mimpi sebagai realiti.Kalau tandatangan?Pasti akan disimpan sebagai hadiah paling bermakna buat mereka.Kalau boleh disimpan di Gunung Everets pun mereka sanggup.

Kawan sekelas aku pun begitu.Asyik asyik mendengar nama yang sama;Jungkook,Kim Tae Hyung,Jimin,Suga,Xiumin.Meluat  dibuatnya.Percakapan pun dalam bahasa Korea.Tak faham langsung.
Ketika sibuk mendengar nama yang sama,lagu pun hari hari sama.Boleh gila dibuatnya!

Tapi aku tak gila kerana aku pun ada minat sikit.Aku suka kumpulan EXO.Lagu mereka yang aku suka ialah Monster dan Call Me Baby.Jangan fikir bukan bukan.Aku bukan gay.Aku minat dengar lagu mereka jer.Walaupun minat tapi taklah sampai nak jadikan ia sebagai idola aku.Aku hanya minat.

Semua cerita ni, aku ambil daripada apa yang berlaku terhadapku hingga kini.Oleh itu,jangan sampai aku buat cerita fasal korang yang minat K Pop Dengan  itu,K Pop are your life.(K Pop jangan sampai lupa Tuhan)

K-Popers SejatiWhere stories live. Discover now