Kahwin Muda

209 0 0
                                    

Title:Kahwin Muda
Cast:Joy Red Velvet,Sungjae BTOB,Choi Ji Woo,Yoo Jae Suk,Cha Seung Won,Taeyeon Oh!GG,Yerin Gfriend,Nayeon Twice,SinB Gfriend,Jeno NCT,Eunhyuk SuJu,Jhope BTS,Kim Yoo Jung,Ra Mi Ran,Ji Suk Jin,Kim Suk&Chanyeol EXO
Genre:Romantic/Happy/Sad/Conflict/Love/Friendship
Author:BeaYulKwon Arts
Poster by:Bea Adaweiyya
Chapter 8

Di tempat kerja Joy...

Joy:Aku bila dah dekat 8 bulan,baru aku cuti dan mungkin aku tak kerja lagi...
Nayeon:Haaa?Maksud kau,lepas kau bersalin nanti,kau dah tak kerja?
Joy:Macam tuelah,Nayeon...
SinB:Ala,tak best lah takde kau Joy lepas nie...
Joy:Aku pun sebenarnya berat jugak tapi difikir-fikirkan balik,ada baiknya jugak.Aku nak jaga sendiri anak aku.Lagipun,bisnes aku jual produk tue dah okey.Aku tumpukan pada bisnes itulah...Rezeki ada dimana-mana kan.Lagipun,suami aku kesiankan aku.Bukan senang aku nak bawa perut boyot nie kesana-sini...
Nayeon:Kalau dah itu keputusan kau,takpelah...Betul jugak kata kau...
SinB:Berat ya tugas orang perempuan yang dah kahwin nie.Bila mengandung,usung perut sana-sini...Tapi mujur kau dapat suami yang baik macam Sungjae tue...
Joy:Syukur pada Tuhan...Dia sangat membantu...Marah dia pun,tak pernah tengking aku atau naik tangan.Dia tegur aku dengan baik...
Nayeon:Harapnya,kitorang pun dapat suami yang baik macam laki kau tue...

Joy tersenyum.Sudah hampir setahun Joy dengan Sungjae berkahwin.Sungjae selalu membantunya.Tidak kekok membantu isteri di dapur,hormat pada orang tua dan kata-katanya lembut.Dia rajin bekerja sehingga dia boleh naik pangkat pada hari ini...

Di suatu tempat...

Jhope bersama seorang gadis.Mereka berbincang sesuatu.Tidak lama kemudian,Jhope pun meninggalkan gadis itu.Sebelum dia pergi,dia berpesan pada gadis tersebut...

Jhope:Aku nak kau ikut apa yang aku cakap.Jangan kecoh-kecoh ya.Aku memang tak nak.Kalau rahsia nie terbongkar,siap aku kerjakan kau!

Jhope memberi amaran pada gadis tersebut.Dan gadis itu hanya mendiamkan diri.

Jhope membawa keretanya ke suatu tempat.Dia pergi ke sebuah lorong di belakang kedai.Seseorang telah menunggunya.Jhope membuka tingkap lalu menyerahkan sebuah paket berwarna coklat pada orang itu.Lalu orang itupun memberinya duit.Jhope mengira-ngira duit tersebut.Kemudian dia pun pergi...

Di rumah Miran dan Sukjin...

Yoojung:Jhope mana,Mak???
Miran:Keluar jumpa orang katanya.Adik kamu tue sekarang buat bisnes.Hantar-hantar barang kat orang...
Yoojung:Barang apa,Mak???Tak nampak pun barang kat rumah nie...Dia jual apa?
Miran:Entahlah,Mak tak tanya pun.Tapi barang dia kata ambil kat rumah kawan dia.Dia tolong hantar saja.Biarlah...Dari dia takde kerja...
Yoojung:Patutnya Mak tanyalah dia jual barang apa.
Miran:Dia pun balik malam-malam.Mana sempat nak tanya,Yoojung...

Yoojung hanya diam.Di dalam hatinya ingin tahu barangan apakah yang Jhope jual.Dia agak risau sebenarnya...

Malamnya...

Sungjae membawa Joy ke klinik kerana sebentar tadi Joy mengadu yang perutnya mengeras.Risau akan hal itu,mereka pun ke klinik.Dan mujur tiada apa-apa.Kata doktor,ianya normal.Dan bayi di dalam perut Joy juga aktif dan sihat.Lega mereka berdua.Mereka pun pulang ke rumah...

Jiwoo:Kamu tak payah masak,Joy..Mak dah masakkan.Lagipun Mak risau tengok kamu nie.Mujur takde apa-apa...Tapi perut mengeras tue biasalah...
Jaesuk:Nak tahu cerita tak?Mak kamu dulu,tak sempat pergi hospital nak beranak.Terberanakkan kamu kat rumah nie...
Jiwoo:Ye..Ayah kamu yang sambut kamu.Masa nak pergi ke pintu rumah nie,kepala kamu dah keluar.Mak jeritlah panggil Ayah kamu.Mak beranak kat situ jugak...

Masing-masing ketawa mendengar cerita itu.

Sungjae:Awak jangan pulak beranak kat rumah nie...
Joy:Ishhh..Apalah...
Sungjae:Saya ingat,nak beli kereta second hand lah.Senang nanti nak bawa Joy pergi hospital.Kot-kot mana tahu tiba-tiba Joy nak bersalin.Takkan nak bawak dengan motor.
Jaesuk:Kang terberanak atas motor pulak..

Mereka ketawa lagi...

Jiwoo:Mahal kereta tue?
Sungjae:Dalam RM8000 jer Mak.Takpelah,asalkan boleh bawa kemana- mana...
Joy:Tak kisahlah...Bersyukurlah dari takde kan...

Seminggu kemudian...

Sungjae membawa sebuah kereta sedan.Dia membelinya di sebuah kedai kereta terpakai.Kebetulan Kimsuk dan Miran tengah bersidai di koridor dan terlihatnya.

Kimsuk:Eh,tengok tue.Menantu Jiwoo bawak keretalah...
Miran:Mana?
Kimsuk:Tue haaa...
Miran:Kereta pinjam kot..Alah,duduk rumah sendiri pun tak mampu.Lagi nak beli kereta.Kahwin nak tapi masih menyusahkan mak bapak.Gatal sangat nak kahwin muda.Ingat senang kahwin nie...
Kimsuk:Aku tengok bisnes produk yang dorang jual pun boleh tahan lakunya.
Miran:Alah...Sekejap jer tue.Hangat-hangat tahi ayam.Bukan aku tak tahu,Kimsuk...
Kimsuk:Anak kau Si Jhope tue buat apa sekarang?
Miran:Dia kerja hantar barang-barang kat orang.Banyak jugak dia dapat.Janji dia tak minta duit kat aku dahlah..
Kimsuk:Bisnes apa tue?
Miran:Hantar apa-apa barang kat orang.Barang apa,aku tak tahulah...Janji dia ada kerja sudahlah,Kimsuk.Dari dia duduk rumah tidur jer...

Kimsuk hanya mengangguk.

Tidak lama kemudian,kelihatan Joy,Sungjae,Jiwoo dan Jaesuk di bawah.Mereka menaiki kereta tersebut.

Kimsuk:Kemana agaknya dorang tue ya...
Miran:Biarlah...Mungkin Jiwoo dengan laki dia pun nak merasa kereta pinjam tue...

Sungjae membawa isterinya dan juga ibu bapa mentuanya berjalan-jalan.

Sungjae:Selesa tak?
Joy:Selesa sangat.Terima kasih awak...
Jiwoo:Tak perlu kereta mewah-mewah.Fungsinya sama saja.Boleh dibawa mana-mana...
Jaesuk:Betul tue...Janji ada..Kita nie nak kemana?
Sungjae:Saya nak belanja makan.Kami dulu takde peluang nak bawa Mak dengan Ayah.Dah ada kereta nie,kami nak bawak Mak Ayah makan.Boleh?
Jaesuk:Boleh...Kami tak kisah...

Mereka pun pergi menuju ke sebuah restoran untuk makan.Sungjae membawa mereka ke sebuah restoran.

Bersambung...

Kahwin MudaWhere stories live. Discover now