Bab 1 - Johana
"Malu! Malu ! Malu ! Malu..
mana aku nak letak muka aku ini?"pakaian sekolah kembali dibetulkan rimas. Muka kembali diseriuskan, tanpa memandang keadaan sekeliling Johana melangkah dari tempat kejadian, tempat bagi Johana sebagai " Crime Scene" bagi dia.
Orang pertama yang dia akan dapatkan pada waktu ini Tentulah sahaja Tieya, Nur Atieya Huda itu nama panjang kenalan Johanna.
Merupakan salah seorang kawan Johana. Tapi Tieya merupakan kawan yang paling Johanna percayai setakat ini, sebelum terjadi Kisah disebaliknya.
" Chill! Pembaca kita dengar dulu cerita pasal Johana. Nanti Satu persatu Bab Tentang Johana Dan Tieya akan diolah."
Reader- Reader semua bersabar. Baru Bab 1. Banyak watak yang akan diolah dalam cerita ini. Terima kasih sebab still sokong PB dengan cerita mengarut ini. Tapi still Melting.
Samb....
"Ouchhh! Kenapa ini Anna. Apa yang jadi dekat kau ini? Engkau jatuh longkang ker? Tieya menarik tubuh Anna dari sisi posisi yang dia tahu akan meninggalkan kesan. Kesan dari Anna yang terjatuh Longkang.
Sangkaan Tieya tepat . ada kekotoran hijau Dan gelap yang memenuhi sebahagian pakaian seragam sekolah Anna.
Hal itu membuatkan Tieya gelengkan kepalanya berulang kali.
" Tiga kali Anna? Kali ini sebabkan apa lagi? Sebab dia?" Wajah Tieya yang masih tak faham dengan Joanna yang Satu.
Johanna terlalu memuja seseorang dalam hati dia. Orang itu Tieya kenal, seorang lelaki yang berjaya bertakhta Di hati Johanna, "Ilham!"
" Nasib aku tak Baik hari ini. Tapi nak buat macam mana benda dah jadi." Tangan Johanna mengipas - gipas habuk Dan kekotoran dibajunya, kesan hitam dibajunya Jelas ditambah dengan corak hijau di sisi baju Johanna.
" Apa aku nak jawab dengan Mak ini. Ini bukan pertama kali. Dah kali Ketiga. Habis aku!" gerutu Johanna dalam hati.
sejak dia jatuh hati pada Ilham dalam diam, Entah kenapa perangai cemerkap Dia semakin menjadi - jadi.
Selalu sangat dia terjatuh, jatuh kali ini pun masih sebab yang sama. Semua sebab dia mengintai Ilham dari jauh. Hinggakan tak sedar yang kakinya melangkah kedalam longkang.
" Ouch!" Kejadian itu diingati Johanna, Tapi Kali ini kejadian itu tak sama dengan kejadian pertama Dan Kedua. Kejadian kali ini berlaku betul- Betul berlaku hadapan ilham. adehhhh Malu...
Mata bundar lelaki itu Betul - Betul melihat ke arah mata Johanna dan Ilham ternganga memandang kearahnya.
" Arghhhhh! malu! Malu! Malu.."
Mata Johanna mencerlung keatas Sebab masih tak puas hati dengan apa yang jadi pada diri dia. " Cemerkap!" Itu perkataan yang Selalu dileterkan oleh Mak pada dia.
" Memang salah aku tadi, sekarang kan dah mendapat. Gatal lagi intai anak bujang orang!" Johanna mengomel sendiri, Tieya telah menunduk membersihkan apa yang patut dibahagian lutut Johanna."
" Selamat baju engkau ini tak koyak Kali ini Johanna. Kalau koyak lagi tak tahulah Engkau nak jawab apa dekat Mak engkau nanti." Tieya masih mengomel - omel kosong kepada Johanna.
Dalam fikiran Tieya Dia telah terbayangkan kemarahan Dan Suara Mak Joyah sambil bebelan yang tak akan berhenti - henti kepada Johanna. " Habislah Anna. Nampaknya aku tak boleh nak Tolong dia kali ini." Tieya mengetapkan bibirnya memikirkan apa yang akan terjadi.
" Malam ini mesti berdarah telinga aku Tieya kena dengar bebelan Mak aku!" Johanna menunjukan muka keluhan Dan kelemahan kearah Tieya.
Tieya yang memandang Johanna Hanya ketawa.
YOU ARE READING
LAILA DAN MAJNUN
Teen FictionKalau Nak Senyum Sorang - sorang boleh baca Cerita ini