P r o l o g u e
______________________________Pagi yang indah ditemani bunyi kicauan burung. Cuaca yang sejuk tidak menghalang Iman Farhana untuk mengambil angin di sekitar kawasan taman perumahannya.
“ La la la la la la la la. ” Iman bernyanyi kecil dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie untuk memanaskan badan. Dia mengambil tempat di bawah pohon yang rendang.
( Bukan rendang, makanan sewaktu hari raya. )
“ Tenangnya dekat sini. ” Kata Iman sambil matanya ke kiri dan ke kanan melihat pemandangan taman permainan yang kosong di waktu pagi. Udara segar sangat mendamaikan jiwa.
Namun kedamaian tidak kekal lama. Iman terlihat seorang lelaki dalam lingkungan umurnya sedang berdiri di atas jambatan. Seakan-akan mahu membunuh diri.
Iman segera pergi ke arah lelaki tersebut dengan tergesa-gesa untuk menghalang cubaannya untuk membunuh diri.
Tiba-tiba dia berhenti sebentar daripada larian yang mengalahkan Usain Bolt itu tadi.
Aku nak panggil dia apa eh? Encik ke awak? Hmmm.
Lamunannya terhenti apabila lelaki itu mula berdiri di atas tembok jambatan.
“ Encik eh awak! ” Jerit Iman. Ah apa-apa lah.
“ Awak buat apa ni? Awak jangan buat perkara yang tak mendatangkan apa-apa hasil macam ni. Fikirkanlah masa depan awak. ” Iman segera memujuk lelaki yang berada di hadapannya itu. Namun lelaki tersebut langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
“Awak tak kesiankan orang yang sayangkan awak? Mesti mereka sedih sangat kalau awak pergi dengan cara ni. ” Iman masih lagi memujuk. Lelaki itu hanya memandang sepi wajah Iman.
“ Tolonglah saya merayu sangat pada awak. Jangan bunuh diri. Dosa besar. ” Rayu Iman.
“ Awak. ” Lelaki itu mula membuka mulut. Iman mula lega sedikit. Senanglah dirinya untuk mencegah perbuatan lelaki tersebut.
“ Ya, saya. Awak, saya nak awak turun dulu. Lepastu awak boleh cerita pada saya perkara yang mengusutkan kepala awak. ”
Apa yang aku buat ni? Bercakap tentang masalah peribadi? Dengan orang yang nak bunuh diri? You're in trouble, Iman.
“ Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya sayangkan awak. Tapi awak..” Keluh lelaki itu. Iman mengundur setapak ke belakang kerana terkejut dengan pernyataan itu.
Dia ingatkan aku ni kekasih dia ke? Erghh. Janggalnya.
“ Biarlah saya bu..”
Bunuh diri? No!
“ Jangan! ” Iman segera memegang dan menarik hujung baju lelaki itu. Kekuatannya telah menyebabkan lelaki itu jatuh terbaring di atas jambatan.
O'oh. Apa yang aku dah buat ni?
“ Sa..saya minta maaf. Saya tak sengaja. ” Pinta Iman. Lelaki itu memandang wajah Iman tidak berkelip. Lelaki itu mendekati Iman dengan wajah yang sedih. Iman segera mengundur ke belakang.
“ Jangan dekat-dekat! Haram! ” Lelaki itu berhenti 5 tapak daripada Iman.
“ Hulurkan tapak tangan awak. ” Iman menghulurkan tanggannya dengan ragu-ragu.
Apakah?
“ Nah. ” Sebentuk cincin perak diberi kepada Iman. Iman memandang pelik wajah lelaki itu.
Janggal kali kedua.
“ Bagilah pada sesiapa yang awak suka nanti. ” Berkerut dahi Iman. Erghh.
Janggal kali ketiga.
“ Tapi..” Baru Iman mahu bersuara, lelaki itu sudah tiada.
What is going on here?
☘️ ☘️ ☘️
D E E F L W R C R E A T I O N
©A L L R I G H T R E S E R V E D
YOU ARE READING
I M & I M A N [ On Going ]
Teen FictionOrang tua-tua kata hidup ini saling melengkapi. Tapi bagaimana dengan diriku? Pertemuan kali pertama di atas jambatan ketika diri dalam kesedihan dan kerinduan yang mendalam. Cincin perak diberi sebagai tanda perpisahan dan membawa hati yang punah...