☘️ 01

4 2 0
                                    

C h a p t e r  1
______________________________

Hujan yang renyai di perkarangan rumah menyambut kedatangan pagi yang sejuk. Keadaan yang sejuk menghalang Iman untuk bangun daripada tidur.

“ Malasnya nak bangun. ” Keluh Iman. Dia menarik selimut tebal yang menyelibungi dirinya sehingga ke paras leher.

Kruk krak!

Kruk krak!

Kenapa sejuk-sejuk mesti lapar eh? Sekarang pukul berapa eh? Ah! Malasnya nak bangun!

Tubuh Iman meringkuk menahan kesejukan dan kelaparan yang dialaminya.

Untuk pengetahuan, Iman baru saja sembuh daripada demam. Maka, makanan yang dirasa tidak enak di anak tekak. Itulah yang mengakibatkan hanya sedikit makanan yang dimasak oleh uminya yang tercinta dimakan oleh Iman.

( Wah! Ayat dia bukan main lagi! )

“ Umi! Iman lapar. ” Rengek Iman kepada uminya sedangkan hanya dia seorang saja di dalam bilik.

“ Tak nak bangun! Nak makan! ” Iman yang tadi terduduk di atas katil kini terbaring semula.

Baby shark du du du du du. Baby shark du du du du du. Lapar. Baby shark du du du du du. Baby shark. Makan.

“ Ah laparnya! ” Mata Iman melirik pada jam di atas meja.

4:00 a.m.

“ Kenapa baru pukul 4. Iman lapar. Iman nak makan. ” Rengek Iman seorang diri.

Hari ni umi masak apa eh sarapan? Nasi goreng pedas-pedas? Sedapnya!

Iman mengelamun tentang nasi goreng yang pedas dan baru dimasak lalu dimakan panas-panas dalam keadaan cuaca yang sejuk. Sedar atau tidak, dia sudah pun tertidur sehingga..

“ Iman Farhana. ” Suara halus dan garau menyapa gegendang telinganya. Iman mengeliat kecil.

My little princess. Wake up. ” Iman mengeluh kecil. Namun dia masih tidak bangun.

Little baby, dah pukul 8. Bangun. ” Mata Iman terbuka dengan luas apabila mendengar kata-kata daripada suara itu.

“ Apa?! Pukul 8! ” Iman terduduk di atas katil sambil matanya terkebil-kebil. Tidak percaya akan kenyataan itu.

Takkanlah. Baru tadi pukul 4 pagi. Takkan dah pukul 8. Oh no!

Iman memandang ke arah tingkap bilik untuk melihat keadaan luar. Gelap.

“ Kenapa gelap? ”

“ Tadi kan hujan. Sebabtu gelap. ” Iman tidak percaya.

“ Takkan pukul 8 macam ni? You're lying. Belum pukul 8 lagi. ” Empunya suara hanya tersenyum sumbing.

Yes, honey. Dah pukul 8. ” Iman segera mengambil jam di atas meja kerana langit masih kelam dan gelap. Cahaya matahari masih belum disinar ke bumi.

5:30 a.m.

“ Ha ha ha ha ha! ” Iman mula naik angin melihat si dia yang ketawa terbahak-bahak sehingga mengalirkan air mata.

I'm sorry. Ha ha ha ha ha! ” Si dia masih ketawa dan tidak mengendahkan Iman yang mula meletuskan lava gunung berapi.

Setelah 5 minit 30 saat bunyi ketawa memenuhi ruang bilik Iman, akhirnya..

“ Abang Asy! ”

☘️ ☘️ ☘️

Iman menuruni anak tangga dengan muka yang tidak puas hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I M &  I M A N  [ On Going ]Where stories live. Discover now