Disebabkan aku hanya seorang pelajar yang masih bersekolah dan di tengah peperiksaan akhir tahun ni, aku tidak dapat apply job script writer yang dihendaki oleh BoBoiBoy...
Tapi, aku ada idea:
"AAAAAHHHHHHHHHH!!!!!" Jerit BoBoiBoy sewaktu dikejar oleh sebuah golem yang aneh rupanya.
"Kau jangan harap untuk keluar dari planet ini dengan selamat! Mari sini kau!!!" Golem itu meraung.
*Lima jam dahulu...*
"Kamu semua pernah dengar tak tentang kisah Kristal Magnifique yang hanya terdapat di Planet Polari?" tanya Laksamana Tarung kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya pada suatu hari.
"Tak pernah, Laksamana," jawab BoBoiBoy, sambil dia makan roti krimnya itu. Ketika itu waktu rehat, Laksamana baru sahaja bertukar jadi "mod" sopan santun beliau itu.
"Yalah, Laksamana," kata Yaya.
"Apa yang menarik sangat dengan kristal itu, Laksamana?" tanya Ying.
"Kristal itu sangat penting kepada stesen TAPOPS. Lagi pun, saya telah lama mahu mengumpul kristal itu," jawab Laksamana Tarung. "Tetapi..."
"Tetapi apa, Laksamana?" tanya Gopal.
"Tetapi Planet Polari dijaga oleh sebuah golem gergasi yang menakutkan, dan susah untuk keluar dari planet itu, sebab golem itu tidak akan menunjukkan sebarang belas kasihan. Lagi pun, kuasa teleportasi akan cepat surut sebab kristal itu mempunyai kuasa yang aneh yang boleh menyedut sisa-sisa kuasa yang dikesan. Haish, tak boleh lengkapkan koleksi dah macam ni..." Laksamana raung.
"Haish..." semua orang mengeluh.
Tiba-tiba, BoBoiBoy ada idea.
"Takpe, Laksamana," kata BoBoiBoy dengan penuh semangat. "Aku akan dapatkan kristal itu untuk stesen TAPOPS dan Laksamana."
"APA?!?" Jerit Gopal. "Kau serius ke?!?"
"Ha'ah," jawab BoBoiBoy. "Aku akan pergi ke Planet Polari dan mengumpul kristal aneh tu."
"Nanti, BoBoiBoy!" jerit Laksamana.
"Apa, Laksamana?" tanya BoBoiBoy.
"Planet tu akan jadi sejuk gila ketika waktu malam! Jaga-jaga, BoBoiBoy- lebih baik kamu tinggal di stesen sahaja, BoBoiBoy." pesan Laksamana.
"Okey, Laksamana... HEP!" jawab BoBoiBoy sambil dia salut kepada Laksamana.
Namun, pada petang itu, BoBoiBoy telah curi-curi pergi ke Planet Polari dengan bantuan Ochobot, yang dipaksa menyimpan rahsianya itu.
"Aduh, habislah..." Ochobot meraung dengan penuh kesal.
*Kembali kepada lima jam kemudian*
"Serahkan balik Kristal Magnifique kau niiiiiiii!!!!!" Raung golem itu.
Ketika itu, Adu Du dan Probe sedang bersembunyi di belakang sepohon pokok. Rupa-rupanya, mereka juga mahukan kristal itu bagi menguatkan kuasa dan tenaga kapal angkasa mereka, sambil menjualkan yang lain untuk menjadi lebih kaya-raya.
"Bila kita boleh bertindak, Incik Boss?" tanya Probe.
"Ish, diamlah!" marah Adu Du. "BoBoiBoy tu tengah kejar!"
"Hah, aku ada idea!" kata Probe lalu dia membisik dalam antena Adu Du. Adu Du terus ketawa dengan sinis.
"Shh, Incik Boss, nanti dia terdengar!" Probe memberi amaran.
"Oh! Shh..." Adu Du menjawab dengan janggal.
"Maafkan saya, Encik Golem! Saya dapat kristal ini untuk kebaikan!" rayu BoBoiBoy.
"Kebaikan apa? Kebaikan diri sendiri kau? Kedekut betul!" marah golem itu.
"Hei~" mereka berdua terdengar sesuatu. "Maafkan saya..."
Adu Du dan Probe pun muncul dalam penyamaran mereka sebagai pelancong.
"Apa yang kau berdua nak?" Tanya golem gergasi itu.
"Eh- tu Adu Du dan Probe!" bisik BoBoiBoy.
"Eh, siapa mereka?" Adu Du berpura-pura tanya. "Eh, kami tahu budak aneh itu!"
"Ya!" kata Probe. "Dia pernah cederakan lengan Incik Boss aku dengan kuasanya!"
"Apa?!?" Jerit golem itu dan BoBoiBoy dengan terkejut.
"Wei, apasal dengan kau ni, Adu Du?" BoBoiBoy bertanya dengan tidak puas hati.
"Nah, tengok, biadap betul!" Adu Du bercakap dengan marah.
Adu Du terus menunjukkan lengannya yang dibalut itu kepada golem itu.
"Lengan aku hampir hancur selepas serangan BoBoiBoy tu, hanya dengan kuasa Kristal Magnifique itu baru lengan aku dapat sembuh... BoBoiBoy itu terlalu bahaya..." raung Adu Du sampai dia berpura-pura menangis.
"Eh, ya ke?" tanya Golem itu.
"Jangan percaya dengan dia, Encik Golem, dia tipu!" BoBoiBoy memberi amaran kepada golem gergasi itu. "Dia pernah meragut koko milik atuk aku-"
"Ah... kenangan yang manis... Eh- takda takda..." Adu Du tiba sedar.
"Koko?" Golem itu tertanya-tanya. "Bukan koko dah... pupus?"
"Iye...?" Adu Du menjawab.
"Atuk kau mempunyai KOKO?!?" Golem itu tanya dengan terkejut sangat.
BoBoiBoy melihat golem itu dengan rasa keliru.
"Koko mempunyai kuasa yang sangat hebat, lebih hebat daripada Kristal Magnifique milik aku ni!" golem itu menerangkan.
"Hah, ya ke, Encik Golem?" BoBoiBoy bertanya dengan gembira.
Ketika itu, sebuah lohong teleportasi dibukakan, dan Laksamana Tarung, bersama dengan kawan-kawan BoBoiBoy, muncul di hadapannya.
"BoBoiBoy! Berhati-hati, BoBoiBoy!" jerit Gopal.
"Hah, tengok, Encik Golem, dia dah ada rancangan awal!" Adu Du mengambil kesempatan.
"Apa?!? Mari sini kau semua!!!"
"Tunggu, Encik Golem! Tunggu, kalian! Tunggu!"
BoBoiBoy dah terlambat. Mereka semua dah mula bertarung. Adu Du dan Probe pun menyembunyikan diri di belakang pokok itu semula.
"Rasakan!!!" Jerit golem itu.
"Lepaskan kawan kita!" raung Ying.
"Henti, hentikan semua ini!!!" raung BoBoiBoy.
Ketika itu, Adu Du dan Probe sedang bernafas panjang. Mereka terlepas daripada serangan golem dan kawan-kawan BoBoiBoy itu.
"Tengok tu, Incik Boss!" jerit Probe secara tiba-tiba.
"Apa- Eh...?"
Beberapa ketul kristal dijumpa oleh Probe di kawasan berdekatan dengan pokok itu. Adu Du bergelak dengan sinis.
"Kaya lah kita!" mereka berdua ketawa.
"Encik Golem! Di belakang kamu!" jerit BoBoiBoy.
"Hah? Kau berdua ini... dah melampau!!!" golem itu terus berkejar ke arah Adu Du dan Probe. "Berani kau berdua tipu aku!"
"AAAAAAAHHH!!!" Adu Du dan Probe dicampak ke atas langit lalu kristal itu bersinar. Adu Du dan Probe terus dikecilkan oleh kuasa kristal itu.
"Hehehe, terbaiklah!" BoBoiBoy melaung.
"Padan muka kau!" ikut Gopal.
Laksamana Tarung terus bercerita tentang segalanya kepada golem itu, dan akhirnya dia sedar lalu bersetuju untuk menukar satu beg kristal itu dengan setong koko Tok Aba.
"Nasib baik Komander dah 'preorder' koko Tok Aba sebelum ini, BoBoiBoy!" kata Gopal.
"Ya, terbaiklah Komander!" jawab BoBoiBoy dengan senyuman yang ceria.
Tiba-tiba, waktu malam mula secara tidak disangka. Semua orang dah menjadi ais beku.
"Aduh..." Gopal meraung lalu dia terjatuh. "Terbalik..."
The End!
YOU ARE READING
Terbaik!- My BoBoiBoy Randomness Book
RandomEik! I'm too late but let's get started!