#7

13 5 3
                                    

"KALAU bukan kerana Anna,  kau sudah lama aku lumat lumatkan!
Bob, Lepaskan pelukis ni!" Arah Alrdick setibanya dia di markas rahsia.

Tetapi Alrdick tidak akan berdiam diri selagi hubungan Anna dengan pelukis jalanan ini tidak putus. 

"Tapi Boss, "

"Ikut saja arahan aku, tapi kamu semua mesti pantau pergerakan dia."

"Hmm, baik Boss!"

***
**
*

Guy dihumban keluar dari kereta di kawasan bangunan dikediamannya. 
Kesakitan yang dialami tidak sesakit hati ketika mengetahui kekasihnya Anna, berada di wad hospital kerana kecelakaan sewaktu ingin keluar dari rumahnya. 

"Aku harus ke sana!" Bentaknya. Guy tidak terus balik ke rumah, sebaliknya menahan teksi untuk pergi ke hospital. 

Sesampainya saja disitu, Guy segera menanyakan tentang Anna kepada nurse yang bertugas dikaunter.

"Fifth floor," Kata nurse itu. 

Setelah mendapat nombor katil dan wad bilik, Guy segera menaiki lif untuk ke tingkat yang telah disebut.

"Anna," Guy meluru laju kearah katil tempat Anna sedang terbaring.
Gadis itu tersentak mendengar namanya dilaung, lalu memaling kearah suara tersebut. 

"Guy!?" Gadis itu menjerit keci, terkejut dengan kedatangan kekasihnya yang tampak berserabut serta tidak terurus.

"Apa yang abang telah lakukan terhadap kau, Guy!? Kau tidak apa apakan?!" Kata Anna dengan nada gusar. Tubuh yang selekeh itu dipeluk erat. 

"Aku tidak apa apa, tetapi kau, kau bagaimana?" Tanya Guy meleraikan pelukan itu dan membelek-belek tubuh si gadis. 

"Aduh,  Guy pinggul ku sakit." Kata Anna mengeluh.

Guy meleraikan tangannya dari tubuh Anna, lantas memandang gadis itu dengan pandangan sayu.

"Ini semua salah aku."

"Kenapa kau kata begitu? Padahal aku yang sendiri terjun dari balkoni. Bukan salah kau."

"Ya, tetapi kau buat begitu kerana takut."

"Bukan takut,  tapi benci pada abang Alrdick. Kalau aku sudah sembuh nanti,  kita pergi jauh dari sini. Ok?" Ujar Anna memberi keyakinan pada Guy.  Tetapi pelukis jalanan itu berkeras tidak mahu mengikut kata.

"Jangan buat sesuatu yang mendatangkan bala, Anna. Cukuplah.  Alrdick sebenarnya mahu kita berpisah.  Jikalau itu boleh meredakan keadaan, aku rela lepaskan kau." Susul Guy terpana. Riak wajahnya seakan tidak begitu ikhlas dengan kenyataannya itu. 

"Kau sanggup berpisah dengan aku, Guy?" Tanya Anna, sakit hatinya menyucuk kuat didada. 

"Kalau ia dapat, "

"Aku mahu selamatkan kau dari sumpahan itu!"

Guy memandang wajah kekasihnya dengan wajah berkerut.
"Sumpahan? Apa yang kau katakan ini,  Anna?"

"Kanvas itu!"

"Eh? Kanvas?  Ada sumpahan?"
Tanya Guy terpinga lalu tersengih. Renungan mata Anna semakin tajam ke wajahnya.
Gadis itu melihat kekasihnya seperti mengejeknya namun masih tampak jelas kekeliruan diraut wajah itu.

Anna mendengus kecil serta mengangguk perlahan. 
"Lukisan itu seakan menguasai diri kau. Kau berkelakuan aneh ketika menghadap kain putih itu. Layanan kau terhadap aku juga teramat dingin sekali ketika didalam studio. Apakah kau tidak menyedarinya, Guy?" Jelas Anna lagi dengan nada risau. 

"Aku... Aku tidak tahu apa yang sedang kau perkatakan ini, Anna. Adakah kau sengaja mereka reka cerita agar dapat menjauhkan diri dari aku?"

"Apa yang kau merepekkan ini, Guy!?
Tidak pernah terlintas sekalipun difikiran seperti apa yang kau nyatakan itu. Jangan menukar topik, kau pun tahu yang aku ini sangat mencintai kau! Aku ingin kau sembuh!" Jerkah Anna. Namun untuk menyakinkan lelaki dihadapannya tentang sumpahan itu, ianya begitu payah sekali.

Serta merta Guy menekan dahinya dengan kedua belah tapak tangan. Dia mengerang perlahan. 

"Guy...," Anna cuba menyentuh bahu kekasihnya, namun ia segera ditepis.

"Semoga kau sembuh cepat, Anna. Aku akan datang kerap menziarahi kau." Kata Guy, lalu bingkas bangun dari tempat duduk. Ia beredar dari bilik tanpa memandang kearah Anna. 

Fikirannya bercelaru memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh kekasihnya sebentar tadi. 

'Sumpahan?  kanvas itu?  Mustahil!' Jiwanya memberontak! Dia ingin memastikan samada kata kata Anna itu adalah benar.  Lalu ia segera meninggalkan Hospital untuk pulang ke Apartmentnya.

#
#
#
#

Hening seketika, sejurus Guy tiba di bangunan tersebut. Matanya melihat keadaan sekeliling yang berantakan didalam apartmentnya.
Hatinya mendengus kasar.

TUP...

Pintu rumah ditutup rapat. 
Guy melangkah perlahan ke studio untuk melihat sendiri tentang hal yang diperkatakan oleh Anna.

TLAK...

Daun pintu bilik studio ditolak perlahan...

Gelap sekitar bilik itu, namun cahaya yang menyelinap masuk dari celah celah tingkap kaca yang tidak ditutup langsir sepenuhnya dapat menyuluh sebahagian kecil ruangan itu. 

'Hmm..., ' Guy mengeluh dihati. Matanya kini tertumpu pada kain kanvas putih.

'Apakah kau sebenarnya?' Bisik naluri hati si pelukis jalanan, terhadap lukisan kosong itu. Hayunan langkah kakinya diperlahankan ketika mendekati potret itu. Jari jemari menyentuh bucu bingkai tersebut.

Senyap...

'Siapakah kau?' Hati Guy menyoal pada lukisan kosong sambil meramasnya dengan lembut.

Guy kemudian mendekatkan wajah di permukaannya, lalu mengesek kulit pipinya ke arah lukisan berwarna pucat itu. 

🍃'Bunuh... '

Cupingnya berdesing mendengar bisikan itu!

Guy tersentak, lalu menolak tubuhnya jauh dari bingkai potret tersebut! Matanya terbungkam seketika.
Penglihatannya terhadap lukisan itu semakin kelam. Guy kemudiannya jatuh tersembam diatas lantai.









THE CURSE OF A WHITE CANVAS  (Completed) Where stories live. Discover now