Alystria bangun seiring dengan kicauan burung yang sedang---
Wait....Kicauan burung!?
"Oh,shoot!Aku dah lambat nak pergi sekolah!"Alystria bersegera mencapai tuala yang tersidai di kerusi dan masuk ke bilik mandi.
Selesai memakai uniform,dia bergerak ke tingkat bawah.Sewaktu mencapai kad nama di atas kabinet,Alystria terlihat sekeping memo yang ditampal di atas sebuah bekas makanan.
'Alys,saya dan Gill akan ke sekolah dulu.Jangan lupa bawa bekal tu.'
-●Rise
Alystria hanya tersenyum.Tangannya segera mencapai kad nama dan discan ke pintu apartment.
Profile Identified.You're free to go Miss Alys.
Alystria melambai pak guard yang ada di posnya.Dia berlari dengan harapan sempat sampai sebelum test bermula.
Dalam perjalanan tangannya mengambil topeng yang mempunyai rama-rama emas.Dia memakainya dan mengalungkan kad nama ke leher.
-----------------------
Sampai ke pagar sekolah,kelihatan seorang pengawas berkaca mata yang mengambil kehadiran pelajar.Kad nama yang dipakainya bertulis Adri."Sila tunjukkan kad nama anda."Adri menghulurkan tangannya.Kad nama diserahkan dan kehadiran Alystria dicatat di dalam tablet yang dipegang Adri.
"Selamat datang,Miss Alys.Have a nice day."Adri senyum kepada Alys.
Alys membalas senyuman Adri namun tak kelihatan di sebalik topeng Alys.
"Terima kasih."Rambut putih Alys terbuai angin apabila dia mula berlari semula.
Setelah sampai di hadapan Dewan Luminaries,Alys bersandar pada sebantang pokok sambil cuba untuk menenangkan diri.
'Crush aku senyum...dekat aku!'Alystria menutup mukanya menggunakan beg yang dibawa.
Mukanya memerah.Dia cuba melupakan perkara itu dengan serta merta.
Alystria terus ke bilik menunggu S Group di sebelah dewan.Kad nama discan.
BUKK!
Sebuah buku tepat terkena ke dahi Alystria sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
Alystria mencampakkan begnya ke tepi.Hidung yang berdarah tak dihiraukan.
"Siapa.Yang.Baling.Buku.Ni?"Buku di genggaman Alystria seperti ingin terkoyak.Jelas kelihatan bahawa mereka hanya menunggu masa untuk dibaham Alystria.
"Gill."Rise terus masuk ke dalam tandas dan menguncinya.
Gill yang sedar ajalnya telahpun sampai cuba merayu mengharapkan kemaafan.
"Alys~Awak sayang saya kan?Awak tak marah saya kan?"Gill cuba memeluk Alys.
Mungkin bernasib malang,Gill ditumbuk sebelum tangannya sempat menyentuh Alys.
"Rule number 1!No fighting in this room!"Rise menjengukkan sedikit kepala dari pintu tandas.
"Baik,cik...."
YOU ARE READING
Swing With You [S.U]
Teen FictionAlystria ialah seorang gadis dengan IQ setinggi 398.Bersekolah di Luminous Academy,dia berkawan dengan dua orang jejaka yang mempunyai IQ yang juga tinggi.Dimasukkan ke kelas yang sama,diberi apartment sendiri,mempunyai test setiap hari dan terpaksa...