[[Sabrina's POV]]
Hari ini merupakan hari yang paling aku tunggu-tunggukan.
Ya, aku bakal menyambut ulang tahun aku yang ke-18.
Aku telah diberitahu bahawa pada malam ini akan berlangsungnya parti hari jadi aku di rumah. Kalau diikutkan aku hanya mahu menyambutnya bersama keluarga yang terdekat sahaja. Tetapi ibu memberitahu aku bahawa dia telah menjemput beberapa orang temannya. Aku tidak kisah akan perkara itu asalkan ibu dan ayah aku ada waktu itu.
Dan sekarang ini aku perlu bersiap untuk ke sekolah.
᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥
Waktu yang aku tunggukan telah tiba. Aku hanya memilih untuk memakai skirt paras lutut yang berwarna hitam dan blouse putih.
'Ttok ttok'
Tahulah bahawa itu ialah omma. Jadi aku hanya biarkan dia memasuki ruangan bilik aku. Wanita yang berlingkungan 50-an itu menempatkan dirinya di pinggir katil.
"Sayang.. Ni omma bawa hadiah kamu."
Aku hanya melihat sebuah beg shopping. Mungkin berisi baju didalamnya.
"Kenapa awal sangat?"
"Saja omma mahu kamu tengok sebelum mulanya parti."
Pelik. Selalunya omma akan bagi hadiah selepas majlis atau pada keesokan harinya. Tanpa berlengah lagi aku menempatkan diriku disebelah omma dan membuka beg tersebut.
"Dress?"
Ya, itu hanya sebuah dress berwarna putih. Sangat sesuai untuk pengantin perempuan di sebuah majlis perkahwinan.
"Omma nak kamu pakai ini sewaktu majlis perkahwinan kamu nanti."
Majlis perkahwinan? Awalnya omma memikirkan mengenai perkahwinan aku sedangkan aku baru sahaja menjejakkan kaki ke alam dewasa.
"Awalnya omma beli.."
Omma terbatuk kecil.
"Itu..... Erm... Sabrina.."
"Ya?"
Aku berasa tidak sedap hati.
"Omma.. Ada sesuatu nak beritahu kamu."
Ha sudah.
"Omma dan appa mengambil keputusan untuk... Mengahwinkan kamu dengan lelaki yang kami dah pilih."
"Kenapa?"
Aku masih berlagak tenang. Walaupun kenyataannya apa yang diberitahu omma tadi memang amat mengejutkan.
"Sabrina, satu-satunya puteri bongsu omma... Jadi omma mahu melihat kamu dikahwinkan dengan orang yang baik-baik.. Omma tidak tahu dengan kondisi kesihatan omma sekarang.. Mungkin tidak lama..."
Ya, omma menghidap penyakit kanser paru-paru. Mendengarkan itu aku berasa bersalah jika aku mahu menolak. Bukannya aku suka untuk dikahwinkan tetapi kasih sayang aku terhadap omma menyebabkan hati aku luluh mendengar apa yang diungkap omma sebentar tadi. Tanpa aku sedar, cecair putih jernih keluar melalui mata aku. Aku masih tak sedia.
"Sayang, omma--"
"Tak apa. Abby mahu bersiap dahulu. Nanti Abby keluar ya?"
"Baiklah kalau begitu.. Nanti calon suami kamu datang sebentar lagi. Bersiap cantik-cantik ya?"
Aku terkedu.
Calon suami..?
Diusia muda sebegini..?
Aku sepatutnya memberontak tapi memandangkan aku tak ada mood dan mungkin aku tak pernah memberontak apa-apa keputusan kedua ibubapa aku sebelum ni.
Persetankan apa yang terjadi. Aku mahu keluar.
᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥᪥
Setelah aku menjejakkan kaki aku keluar daripada bilik, aku bergerak ke ruang tamu. Tempat dimana parti hari jadi aku akan dijalankan. Terdapat juga beberapa orang teman omma yang mungkin tidak dikenali aku.
"Abigail!"
Siapa itu? Oh. Jongin.
"Jongin-ah!"
Aku lari kearah Jongin, sepupu aku yang paling aku rapat sejak kecil. Dia sering memanggil aku dengan gelaran 'Abigail' kerana nama singkatan aku 'Abby'dan dia menyangka 'Abby'itu dari perkataan 'Abigail'. Umur kami hanya beza 3 tahun. Kami mula tak rapat sejak Jongin mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di Australia.
"Yah budak, miss me, huh?"
Aku terus memeluk Jongin. Bukannya aku tak perasan yang ramai orang memerhatikan kami tapi persetankan saja mereka.
"Sejujurnya, ya."
Jongin tersenyum kecil tapi aku dapat nampak keikhlasannya dari anak mata yang berwarna coklat gelap.
"Sabrina?"
Aku melepaskan pelukan. Kelihatan omma panggil aku dari meja yang terletaknya makanan.
"Saya pergi dulu ya? Nanti saya kembali."
Aku menunduk hormat kepada Jongin dan terus laju meluru kearah omma.
"Ya?"
Terdapat seorang lelaki dalam lingkungan 20-an disebelah omma. Aku melihat kearah lelaki tersebut. Dia langsung tidak senyum.
"Perkenalkan, ini bakal suami kamu."
Aku terkaku. Menyorokkan perasaan terkejut aku. Wah, ini bakal suami aku? Bukannya apa, dia terlalu... kacak. Lalu lelaki tersebut tunduk hormat dan senyum kecil kepada aku. Wah reti senyum rupanya. Aku membalas tundukannya dengan kekok.
"Byun Baekhyun imnida."
Aku tersenyum kearahnya.
"So you are... Eun--"
"Sabrina. Just call me Sabrina."
"Ahh.. Nae"
Sejujurnya dia taklah terlalu teruk dimata aku. Tapi aku masih merasai bahawa aku masih muda untuk mendirikan rumah tangga.
"Baekhyun, Auntie tinggalkan kamu dengan dia ya? Berkenalanlah dulu."
Dia tersenyum kecil kepada omma. Dia melihat kearah aku. Aku terus berasa gugup melihat pandangannya yang tidak lepas memandang aku.
"Listen this. Kalau kau rasa aku bersetuju untuk bernikah dengan kau sebab aku suka kau, then you are totally wrong. Perkahwinan yang akan datang ni tak akan membawa makna apa-apa antara kita okay?"
Jadi anggapan aku terus bertukar 360 darjah. Aku dapat lihat yang lelaki ini sangat annoying.
"Kenapa awak bersetuju untuk berkahwin dengan saya?"
Dia gelak sinis.
"One day, you will know."
***********************
Maaf kalau chapter 1 tak best huehue. Terima kasih kerana sudi membaca. Teruskan membaca dan jangan lupa untuk vote ya ;)
YOU ARE READING
[ON-GOING] force .
RomanceDipaksa untuk mengahwini lelaki yang langsung tidak dikenali bukanlah perkara yang dapat diterima oleh Sabrina. Sabrina atau dikenali sebagai Kim Eunjung merupakan remaja 18 tahun yang baru menjejakkan kaki ke alam yang lebih dewasa. Namun bolehkah...