Prolog

22 1 0
                                    


Suasana sunyi sepi. Kegelapan malam hutan diterangi cahaya bulan yang agak malap kerana terlindung dengan awan. Yang menemani mereka hanyalah unggun api yang menari-nari dihadapan mereka. Semua senyap. Penat. Letih.
Aku pandang Clarissa yang tersandar pada pokok dengan tangan dan kaki berbalut sambil dipeluk oleh Daniel. Daniel pula mukanya calar - balar , bahu kirinya berdarah. Adam dan Jemery turut terduduk layu bersandar pada pokok. Aku mengeluh panjang. Mataku dipejam. Bile semua ni akan berakhir? 
     "Mayat Billie ni macam mana?" Jeremy memulakan bicara. Semua pandang kearah Jemery. Senyap. Aku pandang mayat Billie yang kaku dan dah mula membusuk di belah kanan aku. Mayat nya dibaluti dengan plastik hitam. Billie...kenape ? kenape kau pergi dulu? Tanpa aku sedar air mata aku mengalir. Esakan tangisan aku didengari rakan-rakan ku. Daniel lepaskan pelukan nya dari Clarissa dan  datang menghampiri aku. Dia menyentuh pipi aku dengan kedua tangan nya. Air mata aku dilapkan menggunakan jarinya.
Adam dan Jeremy turut datang menghampiri aku.
  "Dah lah Ari....everythings already happened." kata Adam
   " Ari... stop crying. Be strong. Nanti aku, Adam ngan Jeremy akan uruskan mayat Billie. Kau jangan risau. Everything will be okay. Esok kita gerak tinggalkan tempat ni." pujuk Daniel. Clarissa yang dari jauh memerhatikan kami melirik tajam matanya.
  'ssshing...shhking.'
Clarissa terkejut. Dia terdengar bunyi seperti benda tajam sedang berlaga atau diasah . Macam pisau . Dia toleh belakang. Keadaan hutan yang gelap itu menyukarkan dia untuk mencari punca bunyi tersebut. Dia pandang rakannya yang lain yang sedang menenangkan Ariana. Nampaknya dia sorang saja yang sedar akan bunyi itu. Tiba-tiba Clarissa terpandang semak-samun yang ada tidak jauh dihadapannya bergerak-gerak. Jantungnya berdegup laju. Satu lembaga berhoodie hitam menutupi kepala, memegang dua bilah pisau muncul disebalik semak itu. Dalam kegelapan malam, Clarissa masih boleh melihat senyuman sinis smirk yang lembaga itu berikan. Dia menjadi tidak keruan. Dia pandang rakan-rakanya yang masih leka mengelilingi Ariana. Yang sebenarnya mereka tidak sedar kehadiran lembaga itu .
Mulut Clasrissa jadi kaku. Dia tidak berhasrat langsung untuk memanggil rakan-rakanya itu. Dia pandang lembaga itu semula sambil lembaga itu menunjukkan sign jari telunjuk dibibirnya menyuruhnya senyap. Clarisaa mengangguk perlahan. Dia sendiri tak tahu kenapa dia ikut cakap lembaga berhoodie itu. Dia pandang depan semula . Lembaga itu tidak lagi kelihatan di balik semak itu lagi.
'aaaaarghhhh' Tiba-tiba satu jeritan mengejutkan dia. Darah terpercik terkena muka Clarissa. Kepalanya ditoleh kesebelah kiri. Matanya terbeliak melihat apa yang terjadi. Nafasnya turun naik. Gementar . Takut. Seram. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PerjalananWhere stories live. Discover now