1: MY FUTURE

38 3 3
                                    


Kereta api tiba di perhentiannya. Kaki-kaki yang mula muncul sudah melangkah keluar. Aku melangkah keluar sambil menarik bagasi. Rambut yang serabai di betulkan. Bangku bangku yang disediakan dituju. Aku melabuhkan punggung, seraya itu bangun kembali untuk mengambil dompet dan telefon pintar di dalam poket belakang seluar. Dompet di masukkan kembali, telefon pintar berubah kedudukan ke tangan kiri.

Kekunci telefon realme C2 di tekan, password ditaip. Latar belakang muka hadapan timbul. App gmail dibuka. Jangan kutuk aku, aku tahu email dah lapuk tapi apa yang aku boleh buat, contact tak ramai.

From: akidharithe39 ã gmail.com
To:iqbalapace ã gmail.com
Subject: no subject

Sampai dah. Ambik . Depan stesen.

Pendek dan padat. Telefon di masukkan ke dalam poket kembali. Kaki mula digoyangkan. Bosan. Mesti Iqbal akan saja datang lambat.

Sekarang bulan 12 pertengahan. Aku datang Kuala Lumpur bersebab.

Satu. Aku stress dengan IB world school. Sekolah dulu. Jadi aku keraskan dekat mak aku supaya aku nak pindah sekolah. Banyak alasan aku bagi dekat mak ayah aku, akhirnya berjaya jugak.

Kedua.Aku cadangkan dekat mak ayah aku supaya aku pindah dekat Kuala Lumpur sebab ada Iqbal Adam, kawan sekolah rendah, since mak ayah aku kenal dia, diorang benarkan. Dia sudah lama berpindah sejak darjah enam tetapi masih berjumpa bila kitaorang ada cuti.

Ketiga.Dengan berada dekat negeri lain, aku boleh lah berinteraksi dengan orang lain secara BAIK.

Convenient right?

Aku menarik bagasi ke arah timur, surau dituju. Solat Asar ditunaikan. Selesai sahaja, aku melangkah keluar dari surau kecil tersebut. Pintu utama stesen dituju.

Seorang lelaki melintasi, bahu kami bertembung. Barang barang yang dia angkut terjatuh. Aku segera berminta maaf.

"Sorry bang, tak nampak. " Tangan aku mencapai barang barang lelaki tersebut. Dia melakukan perkara yang sama sambil berkata

"Ehh tak pa, salah aku jugak sebab kelang kabut(cuai)" Lelaki tersebut mengangkat kepala cuba bercakap dengan aku. Apabila keadaan sudah tenang, kami berdua berdiri.

Δ

Mak aii tinggi betul budak ni. Umur berapa lah dia ni. Budak tersebut hanya tersenggih. Terdapat bagasi hitam yang terlentang. Budak tersebut berpakaian seperti budak nerd pun ada. Kemeja dan sweater kelabu hitam menjadi pilihan budak ini serta berseluar jean hitam. Muka macam budak jepun mana tah.

Sempat pulak aku tilik budak ini. Kepala dinaik dan turun. Senang dengan kejadian tadi. Kaki aku mula melangkah pergi. Budak tadi hanya mengosok belakang leher dengan muka yang serious.

Apahal lah budak tu macam berdendam je. Takut pulak aku. Tiket keret api di dalam dompet diambil.

Kuala Lumpur - Alor Star
5:05
Kereta api B-3
Sit - C19

(aku tak tahu macam mana tiket kereta api)

Kaki disegerakan. Jam ditilik. 4:46. Sampai sahaja di tempat ruang naik. Bangku dituju. Aku duduk kelegaan.

Aku dah mula penat dengan hidup ni. Outstation sentiasa. Rasa macam dibuli pun ada.

Tut tit

Telefon yang berada dalam poket seluar slack diambil.Mesej dari college (tah,tak reti eja) dibuka.

Meeting dengan company
TWOCOOL dekat alor
star dibatalkan, diorang
ada hal- PA Boss

Sorry bro lambat bagitahu

The Wanted Where stories live. Discover now