Bab 18

3.5K 96 4
                                    

Apa yang terbentang di depan mataku sekarang memang mengejutkan aku... Perbuatan paksu.... Dan baru sekarang aku tahu yang Nadhif merupakan anak kepada Dato Saiful rakan kongsi papa dalam syarikat... Semua data ni ada dalam file lembaga Pengarah ST Holdings.. Nadhif juga pemegang share namun aku merupakan pemegang share terbesar syarikat itu..

Tapi semua yang aku jumpa tentang hal syarikat.. Mana aku nak cari maklumat Nadhif dan kembarnya.. Carl? Siapa Carl?..entah kenapa aku yakin Nadhif mengelai Carl... Aku menapak ke kabinet file disebelah.. Aku geledah bagi mencari maklumat yang aku mahu...takde satu pun.. Ishhh.. Aku buka laci dan mata ku tertancap pada sebuah kotak sederhana besar..

Aku ambil kotak itu lalu duduk di sofa disediakan dalam bilik tersebut.. Tanganku sedikit bergetar membuka kotak tersebut... Adakah ini jawapan yang aku cari?

Aku membuka perlahan.. Airmata ku mula bertakung melihat isi kotak tersebut.. Gambar2 aku bersama seseorang persis Nadhif di kota paris... Adakah Carl ni kembar Nadhif?.. Kami nampak bahagia sekali...

Aku geledah lagi.. Sampai ke ticket pernebangan pun tersimpan dalam kotak tersebut.. Aku mencapainya...ticket penerbangan 1 tahun yang lalu.. Eh ni selepas aku kemalangan.. Aku lihat nama tertera di tiket tersebut.. Ya nama aku.. Dan aku cari lagi mungkin ada tiket lain.. Dan tekaan aku betul memang ada.. Aku terus mencapai tiket tersebut.. Tarikh yang sama.. Dan nama tertera Carl Nadhif...

Airmataku jatuh mengalir membasahi pipi.. Carl Nadhif....Carl adalah Nadhif? Tak semena kepala sakit.. Amat sakit.. Aku memegang kepalaku..
Terimbau kenangan kami bersama...
(flashback)
Nadhif : " Sayang... Abg dah book tiket kita berdua... Nanti kita pergi honeymoon.."

Afeef : " honeymoon mendelah abg ni... Hahaha.."

Nadhif : " yelah, kes paksu kan dah selesai.. So kita rehatkan abg.  Abg penat la syg.."

Afeef : "alolo sian dia.. Terima kasih abg sebab tolong papa dgn ayah abg..."

Nadhif : " tu tanggungjawab abg jugak kan... Eh takkan terima kasih je.. Kiss takde ke?"

Afeef : "cis beri betis nak peha?"

Nadhif : "yela orang tak sudi nak kiss.. Siapalah abg nikan.."

Afeef : "merajuk lak..nah muahhhh" aku terus mencium pipinya..

Aku melihat wajahnya yang tersenyum... Sangat jelas wajahnya di mataku..
(flashback end)

Airmataku makin lebat mengalir... Selama ni orang yang aku cari depan mata aku... Tapi kenapa? Kenapa dia berlagak tak kenal siapa aku? Patutlah aku senang jatuh sayang pada dia sebab dia memang pemilik hatiku...

Sayang... Suara Nadhif menyentak lamunan ku...
Dia sudah berada di depanku.. Dapat ku lihat perubahan wajahnya.

Nadhif : " sa sa sayang.."ucapnya gugup

Aku tidak membalasnya... Entah kenapa hati aku sakit..aku rasa diperbodohkan..

Nadhif tahu bahawa rahsia sudah terbongkar.. Dia duduk dan cuba memegang tanganku.. Tak semena aku menepis.. Aku lantas berdiri ingin beredar dari situ.. Dia terus memeluk tubuhku dari belakang... Erat sangat erat..mengunci pergerakan ku...

Nadhif : " sa sayang abg minta maaf.."

Afeef : "lepaslah" aku cuba meronta merungkaikan pelukannya.. Tapi sia sia saja..

Nadhif : "plis dengar dulu penjelasan abg.."

Afeef : "penjelasan? Apa lagi yang abg nak tipu kali ni? Hebat abg kan.. Abglah pelakon terbaik yang saya pernah kenal... Pura2 tak kenal siapa saya... Apa semua tu? Bila saya tanya abg kenal ke siapa Carl, abg cakap tak.. Kenapa abg tipu? Sekarang ni saya rasa saya diperbodohkan... Saya ni boneka untuk awak main ke? Awak tahu saya cari siapa Carl kenapa awak tak mengaku yang Carl tu awak?"

Nadhif :" abg ada sebab buat semua tu syg... Maafkan abg.. " pelukan makin dieratkan.. Aku hanya diam.. Hati aku masih sakit..

Nadhif :" plis jangan diam macam ni... Ok abg akan cerita segalanya... "

Dia mendudukkan aku disofa kembali sementara tangannya masih dipinggang ku. Takut aku lari barangkali...

Nadhif : " pertama sekali abg minta maaf sebab rahsia semua ni dari sayang... Syg, kita bercinta dah lama dah... Dari zaman sekolah menengah lagi.. Abg senior dan syg junior abg... Kita selalu spend time sama2.. Ada jugaklah kita kembar abg Carl Nafiey tu kacau daun... Tapi umur arwah tak panjang.. Dia kemalangan sama dengan syg dan keluarga syg.. Dia yang pandu kereta masa tu... Abg bertugas diluar kawasan..ada operasi risikan.. . Cuma bila terima berita syg kemalangan abg terus pergi tempat kejadian kemalangan tu..."

Dia mengambil nafas seketika lalu menyambungnya.. Aku masih tekun mendengar..

Nadhif :" kemalangan tu berpunca dari brake kereta yang tak berfungsi... Menurut laporan polis brake kereta telah dipotong.. Kemalangan tu ada unsur jenayah syg.. Dan syg mesti tahukan apa yang terjadi pada paksu syg... Ni melibatkan syarikat... Hanya keluarga paksu yang kami suspek cubaan membunuh syg sekeluarga.. Bila kami jalankan siasatan.. Paksu meninggal bila di dalam penjara... Sebab apa abg tak tahu.. Isteri paksu pulak gila dan bunuh diri... Hanya tinggal sorang anak lelaki paksu sahaja suspek kami terakhir.. Dan sampai sekarang kami masih belum dapat jejaki dia.. "

Afeef :" so, semua ni berpunca dari hal syarikat yang paksu buat onar tu? "

Nadhif :" ya syg...hanya mereka suspek utama kejadian kemalangan tu..sebenarnya, abg suruh Nafiey jaga korang sekeluarga sayang hadir meeting ahli lembaga Pengarah mengenai kes paksu tu... Tapi sebaliknya yang berlaku.. "

Dia sudah mengalirkan airmata...

Nadhif :" abg terpaksa rahsiakan dari syg sebab abg nak syg pulih dalam keadaan tenang... Abg tak nak syg tertekan dengan semua ni... I want to keep you save in the dark...sebab tu abg pindahkan syg kesini.. Sebelum ni syg sekeluarga menetap di Kuching.. Abg pun bertugas disana.. Lepas kemalangan tu abg nekad pindah kesini demi keselamatan syg.. . Tapi dia berjaya jugak jumpa syg... Plis syg, jangan tinggalkan abg... Abg dah hilang kembar abg.. Abg tak sanggup hilang syg..." dia memeluk tubuh ku sambil teresak...

Entahlah semua ni bagaikan suatu mimpi bagiku... Aku masih keliru dengan semua ni.. Anak paksu? Siapa? Aku tak kenal siapa anak paksu... Oh Tuhan, leraikan kekusutan ini..

My Dear, Mr. Inspector (Boy x Boy) (complete) Where stories live. Discover now