" SUKA ? "
Kau suka tengok sesuatu bila dia cantik , menarik & elok . Itu suka . Just sukakan luarannya . Kau suka sebab ada sesuatu perkara yang menarik tentang dia . Itu suka . Sayang pulak ?
Kau taknak dia jadi milik orang lain . Kau nak dia jadi milik kau . Dan kau berusaha untuk dapatkan dia dengan apa cara sekalipun . Kau sanggup buat sahaja , janji dia jadi milik kau sebab kau sayang dia sangat . Terlalu sayang , kadang bahaya jugak . Boleh jadi psycho . Dan cinta ?
Cinta tu bila hati kau redha bila mana dia dengan sesiapa pun sebab yang penting bagi kau , cuma kebahagian dia . Bila kita suka dan sayang , contohnya mawar merah , kita akan petik mawar itu sebab nak hidu bau dia , nak sentuh dia . Tapi bila kita cintakan mawar itu, kita akan biarkan mawar itu terus hidup dan mekar . Jadi bunga yang sihat dan segar .
Faham ? Faham ke tak faham ? Tak paham , sila fahamkan .