"whattttttt???"bergegar rumah Dato Azmil dan Datin Azura dengan jeritan anak dara sulung mereka Azrina.
"Apa ni umi,walid along baru 23 tahun baru sangat habis ijazah tak kan dah kena kawin kottt...no wayyyy!!! along tak setuju."tegas suara lunak Azrina mengatakan hasratnya mengharapkan umi dan walidnya mengerti dan menghormati keputusan peribadinya.
"Walid dan umi buat yang terbaik untuk kebahagiaan anak kami,umi dan walid pun kawin pada usia muda,kan bang?"pertanyaan Datin Azura mendapat anggukan dan kenyitan mata dari Dato Azmil.
"Lagi pun alonglah satu-satunya Puteri dalam keluarga kita,kami mahu memastikan hidup anak kami terjamin sebelum kami mengembuskan nafas yang terakhir"pasrah suara Dato Azmil mengharapkan anak daranya yang keras kepala bak 'buah nyoq' faham setiap butir bicaranya.
Azrina merupakan anak sulung di dalam keluarga Dato Azmil dan Datin Azura.Dia mempunyai 5 orang adik-beradik,Azlan (angah)20 tahun,Azfar(ateh)17 tahun,Azriq(acik)14 tahun dan si bongsu Azim 11tahun.
"Along memang tak ada pilihan kan selain ya?"balas Azrina dengan suara yang perlahan tapi cukup jelas didengar oleh kedua orang tuanya.
"Alhamdulillah"balas umi dan walidnya serentak.
Azrina hanya mampu mengukirkan senyuman nipis buat umi dan walidnya.
Azrina anak yang baik dan sentiasa menjadi contoh teladan buat adik-adiknya.Sikapnya yang ramah dan ceria menjadi penyeri rumah tangga Dato Azmil dan Datin Azura. Dia tidak pernah melawan segala arahan orang tuanya tetapi disebabkan hal yang serious seperti kawin membuatkan dia terkasar bahasa dan tidak sengaja meninggikan suaranya.
"Umi,walid. Along nak minta maaf sebab dah berkasar dengan umi dan walid. Along sebenarnya terkejut dengan dengan apa yang berlaku,maafkan along."sayu suaranya seperti hendak menangis.
Tergelak kecil umi dan walidnya melihat muka merah anak mereka.comel.
"Hahaha....apalah anak walid ni...cengeng"ketawa mengekek adik-adiknya yang baru keluar dari bilik angah mereka.Berpeluh-peluh dahi mereka almaklumlah baru lepas berperang dengan Zilong (hahahaha sapa yang main mobile legend tau la)
Serentak keempat-empat adiknya mengambil tempat masing-masing di ruang tamu yang menjadi port family mereka untuk bermesra.
Azfar yang perasan muka alongnya yang kemerahan terus menegur dengan loghat Kedahnya.
"Awat muka along merah-merah tu....nak cendoi ka?hahahahahahahhahahah....."ketawa yang besar oleh Azfar mendapat sahutan oleh adik dan abangnya.Makin galak adik-adiknya menganjing along mereka.
Azrina merengus geram,dengan tindakan yang drastik,laju saja kuku jarinya mencubit geram peha lembut adiknya Azfar yang berlapikkan kain pelikat.
Masam mencuka muka Azfar yang kena penangan cubitan ketam alongnya.
"Adoiiii....sakit la gila"jerit Azfar tetapi hanya Azim saja dapat mendengarnya kerana kedudukan mereka yang agak jarang.Selang 2 kerusi(pandai-pandai la nohh hampa pikiaq).
"Ulang balik apa ateh cakap kurang jelas la gula?gita?"tanya Azrina yang kurang jelas mendengar butir bicara adiknya.
"Bukan gula atau gita la along tapi gi--....emmmeemmm"balas Azim tapi sempat mulutnya ditekup oleh atehnya.
'fuhhh...nasib sempat...haihhh bodo la budak niii...kau siap kau'.terkumat-kamit mulutnya mengumpat adiknya.
"Yang ateh pergi katop mulut adik tu kenapa?Kang mati lemas adik aku kau aku buat jadi korban untuk tahlil".sampuk angahnya yang dari tadi hanya mendiamkan diri melihat telatah adiknya.

YOU ARE READING
Godaan Muhrimku
Short Storyni first story Aku tak tau nk described apa tapi Kisah ni psai husband and wife yg kawin atas aturan keluarga atau Yang paling tepat jodoh Allah yang dah ditentukan di luh mahfudz (Okey Aku tau clishe)hahahahahahah hope hampa semua enjoy.... thanks...