Part 1

29 0 0
                                    

Rimas. Sesak. Itu yang aku rasa sekarang. Hand phone yang tak bersalah aku campak atas katil. Bila masa pula dia set peringatan kat hand phone aku ni? Susah bercakap dengan lelaki yang tak faham bahasa. Panas baran. Obses. Bak kata Kak Ikin, lelaki silat mana kenal putus asa.

Hand phone aku berbunyi lagi, tanda mesej masuk. 

Haikal: Apa jawapan awak? Tolong jangan hampakan saya! 

Huh, serius aku tertekan. Dah cakap suruh sabar. Nak buat istikharah bukan saja tak sempat, malah tak tenang nak buat. Aku serabut. Dengan urusan pilihanraya kampus lagi. Dia ingat aku ada masa untuk sakit kepala? Mesej dia aku biarkan sahaja tanpa jawapan. 

"Dhiya!" Haikal cuba menyaingi langkah aku. Aduhai, macam mana pula boleh terserempak kat cafetaria ni!

"Iya, Haikal?" Aku mengalah akhirnya. Berhenti mengadap dia yang tak pernah mengalah. 

"Awak nak apa?"

"Saya nak jawapan awak. Please, terima saya." Muka penuh mengharap dia memang boleh buat aku migrain.

"Kan saya dah cakap. S.A.B.A.R. Bagi saya masa untuk fikir. By the way, awak tak sibuk ke? Bukan ke awak pun bertanding untuk pilihan raya kampus kali ni?" Aku cuba berdiplomasi dengannya.

"Ah, soal tu tolak tepi dulu. Saya dah bagi awak seminggu kot. Takkan tak boleh nak bagi jawapan lagi?" Jawapan dia tu memang buat aku rasa nak smack down dia. Seminggu la sangat. Hampir setiap jam kot dia mesej aku tanya jawapan! 

"Esok kita jumpa, ok? Nanti saya mesej awak. Sekarang ni, awak balik dulu." selembut mungkin aku pujuk dia suruh balik. Tak sanggup nak buat drama 7 petang kat cafe ni. Dia mengalah akhirnya tapi sempat bagi peringatan yang dia tunggu mesej aku. Huh, memang tak boleh blah betul.

Dhiya: Jumpa kat dewan masjid, tingkat 2, pukul 6 petang ni. Bawak seseorang untuk teman awak. Saya akan datang dengan Aini. Petang ni saya bagi jawapan.

Haikal: Saya akan tunggu awak kat masjid. Saya bawa Abang Asrol untuk teman. Thank you, Dhiya!

Petang tu aku heret Aini sekali. Semalaman aku fikirkan masalah aku dengan Haikal. Jujurnya aku elergik dengan lelaki. Mungkin sebab terbiasa berdikari dan hidup dikalangan perempuan sahaja sejak menjejak ke sekolah menengah. Mujur dia propose aku saat alergik aku dah mencair (walaupun hanya secebis). Kalau dia jumpa aku masa sekolah menengah dulu, memang masa propose tu jugak hati dia berkecai. Tahap alergik aku dulu memang tahap tak boleh bincang. Heartless bak kata mak. Sampai mak ingat aku ni anti-lelaki! Pernah la dapat tazkirah free dari mak tentang pentingnya lelaki dalam hidup perempuan. Huhuhu. Aku yang taat pasrah jelah menadah telinga meskipun masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Ehem!" aku betulkan cord suara dulu sebelum buat pengumuman penting. Haikal aku tengok, memang tak sabar sungguh nak tahu jawapan aku. Abang Asrol? Cool je dia kat sebelah.

"Terima kasih ya Abang Asrol, tolong teman Haikal jumpa Dhiya", aku berbudi bahasa dengan Abang Asrol dulu. Abang Asrol hanya tersenyum dan mengangguk mendengar muqaddimah aku yang manis tu. Haikal pula tengok aku tak lepas. Muka penuh harapan agar jawapan aku tak mengecewakan dia.

"Haikal, saya terima untuk couple dengan awak. Tapi dengan beberapa syarat. Kalau awak setuju, kita proceed. Kalau awak tak setuju, kita habis di sini." Terkedu Haikal dengan ayat yang keluar dari mulutku. Nilah aku. Dalam lembut aku berbicara, memang yang keluar tu harus jelas dan nyata. Tambah soal hati. Aku tak suka memberi harapan tapi untuk Haikal yang psiko ni aku perlu lebih berhati-hati.

"Serius la, perlu syarat bagai?" muka Haikal dah tak puas hati.

"Take it or leave it." Nada suara ku masih sama. Tone suara yang rendah dan lembut bersama senyuman. Dia termenung sejenak.

"ok, apa dia syaratnya?" ternyata berkeras bukan pilihan untuk Haikal.

"Saya ada tiga syarat untuk awak. Pertama, memandangkan kita baru tahun satu dan masih jauh perjalanan kat universiti ni, saya taknak ada sesiapa tahu pasal hubungan kita. Kedua, saya hanya akan berjumpa dengan awak dengan kehadiran Aini atau Abang Asrol. Ketiga, jangan marah kalau saya tak balas mesej-mesej cinta daripada awak. Tu sahaja."

Berkerut dahi Haikal mendengar 3 syarat yang aku beri. Abang Asrol pun sama. Aku nampak muka tak puas hati Haikal. Tak tahulah apa yang dibisikkan dengan Abang Asrol. Tapi aku tahu, lelaki macam Haikal memang takkan berundur. Pandangan Haikal yang sangat tajam dan serius aku balas dengan wajah bersahaja.

"OK. Saya setuju!" penuh keyakinan Haikal memberi jawapan. Aku nampak senyuman kemenangan dan kepuasan di wajah Haikal. Ini baru permulaan. 

Nely sebagai Dhiya Safiyyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nely sebagai Dhiya Safiyyah

Shahnaz sebagai Haikal Hakim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shahnaz sebagai Haikal Hakim

*Sis memang suka sangat dengan Nely. Korang boleh la bayangkan Nely ni sebagai Dhiya. Dhiya orangnya ayu dan lemah lembut tapi sangat tegas dan berprinsip. Haikal pula walaupun baran tapi jiwa nya sangat sensitif. Terlalu obses dengan Dhiya. 

Lelaki MimpiWhere stories live. Discover now