Hubungan Apeng dan Alia semakin rapat. Jika dulu hanya sekadar kawan, makin lama dah macam pasangan kekasih.
Namun Alia ini masih mampu menjaga maruahnya walaupun hati dan nafsunya kadang kala kearah yang tidak sepatutnya.
Sehinggalah pada satu hari, Alia membuat keputusan untuk tidak memakai tudung semasa keluar bersama Apeng. Apeng terkejut ketika kaki Alia masuk ke keretanya ketika menjemput Alia di rumah sewanya.
Rakan-rakan serumah Alia tahu dengan siapa Alia keluar namun mereka tidak pernah ambil peduli. Mereka juga 2x5 mempunyai 'sahabat gelap' masing-masing. Bezanya, Alia seorang sahaja yang sudah berkahwin.
"Apeng, malam ni kita makan jauh sikit lah? Boleh? Esokkan cuti", jelas Alia.
"Boleh juga. Nak makan area mana? Yang kau ni kenapa tak pakai tudung pulak malam ni? Dah gila ke apa?
"Teet, teet" (bunyi whatsapp Alia)
"Sayang, maaflah, minggu ni abang tak boleh datang lagi. Kereta ni buat hal pula. Sayang tengah buat apa tu?"
Alia membalas;
"Hurmm. Tak apalah abang. Dah 2 bulan tak dapat ni! Kalau sayang tak tahan macam mana?"
"HAHAHAHA! Kalau dah tak tahan sangat sayang lepaskan ajalah dengan mana-mana kawan!"
Balas Aiman dengan nada gurauan.
Aiman dan Alia ni memang kerap bergurau berkenaan benda ni. Lagi-lagi waktu mereka sedang berprojek. Tetapi bila dua-dua dah puas diranjang, masing-masing menyepi, tiada perbincangan seterusnya.
"Haa! Kalau ayang buat betul-betul kang baru taw! Ayang dah tak tahan sangat ni! :P"..
Aiman yang sedang pening dengan kondisi keretanya membiarkan henfon di katil. Beliau terus tidur kerana kepenatan bekerja.
"Hey! Senyum apa tu?" Herdik Apeng yang ternanti-nanti jawapan Alia.
Alia yang tersenyum berbaur kecewa terkejut lantas menjawab;
"Arghhh kau. Ni orang-orang yang dah kahwin punya cerita."
"Malam ni kita pergi Tanjung Tokong lah. Aku ingat nak makan Western lah. Lepas makan kita lepak pantai" jelas Alia.
Apeng sedikit hairan dengan permintaan Alia. Selalunya paling lewat mereka pulang ke rumah adalah jam 11 malam. Tapi sekarang sudah jam 10 malam. Lepas makan nak lepak lagi. Apeng tanpa banyak soal terus memandu ke Tanjung Tokong.
Selepas makan tiba-tiba Alia bertanya pada Apeng tentang Soju. Disebabkan meja disebelah mereka terdapat botol Soju dan Soju ini merupakan minuman keras yang popular di Korea.
"Waktu aku layan cerita Korea, selalu nampak diorang minum Soju ni. Haish.. Apalah rasa benda ni ye." keluh Alia.
"Kalau nak try order je lah. Esokkan cuti. Hahaha". Apeng yang tak tahu apa bendanya Soju ni hanya gelak dengan pertanyaan Alia.
"Boss! Give me two Soju can? Tapau ya." aju Alia pada pelayan cafe.
Selepas beberapa minit, Alia dan Apeng bergerak ke pantai berdekatan hanya dengan berjalan kaki. Tidak jauh dari cafe berkenaan.
Tiba-tiba Alia mengeluh;
"Apeng, tadi kau tanya kan kenapa aku tak pakai tudung? Jawapannya malam ni aku nak feeling-feeling jadi cina sikit".
" Aku stress lah Apeng. Dah 2 bulan suami aku tak datang jengok."
"Alah, sabarlah. Aku ni dah 6 bulan tak jumpa girlfriend relek je", jawab Apeng.
"Kau tu bolehlah laki. Kalau dah sepi sangat kau lenjan perempuan tak gitu?"
"Eh, perempuan mana? Aku ni hari-hari keluar dengan kau aja ni. Dah dekat 7 bulan. Cuba kau ingat balik." Jawab Apeng.
"Haha. Manalah taw kan. Laki ni bukan boleh percaya. Suami aku tu pun aku tak pastilah macam mana dia boleh tahan duduk jauh-jauh." jelas Alia sambil membuka kedua-dua Soju.
"Nak, minum. Aku tak tahulah apa rasa benda ni. Tak pernah minum. Yang aku tahu dalam movie lepas diorang minum muka jadi merah."
Apeng dan Alia berborak panjang sambil minum Soju ditangan. Rasanya pahit-pahit tawar. Seakan-akan rasa Sprites.
Sedar tak sedar jam ditangan sudah menunjukkan jam 1 pagi dan Alia kelihatan terhuyung hayang.
"Apeng, kau tahu tak apa benda yang aku stress sekarang ni?"
"Hahaha. Aku merepek apalah ni. Tak boleh tak boleh..."
"Ha tak pelah... Kau bukan dengarpun apa aku cakap kan?"
Alia semakin merepek. Sedikit-sedikit ketawa dan kadang kala senyap.
Apeng senyum-senyum aja macam orang tak ada perasaaan. Jauh disudut hati Apeng, dia berniat untuk memegang tangan Alia. Malam terasa dingin dan Alia semakin merapu.
"Apeng, boleh tak kau tolong aku langsaikan bil air aku ni?"
"Hah! Bil air apa pulak ni?" Tanya Apeng.
"Kau rasa apa? Aku ni dah 2 bulan tak dapat. Kau tu dah berapa bulan tadi? 6 bulan kan? Kau lepas kat mana haa??, Teriak Alia.
Kedua-duanya tergelak..
Apeng merapatkan tangannya ke tangan Alia. Alia tidak melawan. Hanya membiarkan sambil merapatkan kepalanya ke bahu Apeng.
Apakah yang bakal terjadi kepada mereka berdua? Adakah efek Soju tersebut membuatkan Alia hilang pertimbangan?
Bersambung....
YOU ARE READING
Alia Lane Isteri Aiman
RomanceKisah sepasang suami isteri yang terjerumus ke dunia yang penuh keghairahan. Kisah bagaimana Aiman sanggup membiarkan isterinya lemas dalam dunia yang penuh keseronokan. Alia merupakan seorang gadis kacukan Melayu dan Ireland.