Prolog

41 5 6
                                    

Mata ku tertumpu pada novel di atas tangan. Aku kyusyuk membaca novel cinta yang baru aku beli minggu lalu.

Pada ketika itu juga, rakan sekelasku berbisik-bisik sambil memandang ke arah tingkap kelas untuk melihat sekumpulan lelaki yang melalui koridor luar kelas kami.

"Apa ja lah yang diorang tengok ni, bukannya hensem betul juga" Aku terdengar suara Ana yang berbicara pada diri sendiri.

Aku pun mengalihkan pandangan ke arah mereka, aku melihat dia dan rakan-rakannya sedang berbual sambil tertawa.

Aku kembalikan fokusku terhadap novel dan tidak peduli akan suara-suara yang berada di sekitarku.

Aku hanya boleh melihat dia dari jauh dan tidak berbuat apa-apa kerana aku terlalu takut. Takut yang dia akan menjauhi aku dan aku tidak boleh melirik ke arahnya lagi. Kerana aku tahu dan aku dapat merasakan yang dia tidak mempunyai sebarang perasaan kepadaku.

Aku selalu melihatnya bersama dengan saudara-saudara lelakiku, mereka berkawan sejak dari kecil dan apabila kami membuat jamuan kecil untuk merayakan hari jadi ataupun kejayaan dalam sekolah, jarang dia tidak akan menghadirinya. Dan pada masa itulah, aku akan cuba menghindarinya atau cuma sekadar memberi senyuman kecil dan pergi ke tempat yang sedikit orang berkumpul lalu termenung sendiri.

Pernah juga aku melihat gadis sebayaku memberikan hadiah kepadanya, mahupun itu dalam bentuk makanan seperti coklat ataupun barangan seperti cover telefon. Jika mahu dibandingkan dengan aku, aku hanya gadis yang kurang berkeyakinan dan mahu menyembunyikan diri ketika bertembung dengannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Maybe It's you?Where stories live. Discover now