KHABAR

2 0 0
                                    

Engkau datang membawa khabar. Khabar gembira buat mu, tapi duka buat ku. 

Melihat engkau gembira, aku sembunyikan rasa pilu ku. Aku menyambut gembira khabarmu itu.  

Aku senang melihat engkau bisa tertawa. 

Aku senang melihat engkau gembira. 

Tentangku usahlah kau bimbang. Kerana kebahagiaan mu adalah kebahagiaan ku.  

Cukuplah engkau hidup berbahagia. Jangan ada sedih , jangan ada duka. Selamat atas segalanya. 

JIWA Where stories live. Discover now