Zine: 1

880 15 0
                                    

KEDIAMAN setinggi dua tingkat milik Datuk Afia kelihatan di pandangan. Lantas, lelaki itu memperlahankan larian dan memasuki pekarangan banglo tersebut. Sebaik sahaja selesai melakukan senaman warming down, dia berjalan menuju ke belakang rumah.

"Assalamualaikum, Kak Leha," sapa lelaki berusia 39 tahun itu setelah masuk ke dalam rumah.

Tanpa merasa kekok, Amzar membuka pintu peti sejuk. Dia mengambil sebotol air mineral.

"Waalaikumussalam. Baru lepas joging ke?" balas Mak Leha.

Tangannya ligat menyediakan bahan perapan untuk ayam goreng. Setiap hujung minggu, Amzar akan beriadah di kawasan berhampiran dan bersarapan bersama Datuk Afia.

"Ha'ah, Kak Leha. Hari ni haus lain macam. Sebab tu terus pergi dapur. Tak lalu pintu depan," ujar Amzar.

Dia mengambil sebuah gelas yang tersusun di rak pinggan. Kemudian, dia berdiri di sebelah Riz Khairiyah yang sedang mengacau sambal tumis ikan bilis di dalam kuali.

Semasa di luar tadi, dia perasan kereta milik anak saudaranya, Satria, terletak di kawasan garaj.

"Yang lain mana, Riz?" tanya Amzar setelah tegukan ketiga air itu menuruni tekaknya.

"Ada kat ruang tamu."

"Semua? Tiga-tiga beranak tu?"

"Ha'ah, ayah usu."

"Pagi-pagi macam ni, ada topik menarik ke?" Amzar menghalakan bibir gelas ke mulutnya semula.

Riz Khairiyah tidak terus menjawab. Dia dan Mak Leha sempat bertaut pandangan. Apabila Amzar perasan, cepat-cepat Mak Leha menyambung tingkahnya semula.

"Macam ada rahsia aje ni. Ada perkara yang Riz nak beritahu ayah usu ke?" Firasat lelaki itu menerbitkan sesuatu.

"Riz tengah belajar masak sambal tumis ni, ayah usu. Mak Leha, lepas ni kena letak apa?" Riz Khairiyah cuba mengelak.

Melihat reaksi tersebut, perasaan tidak puas hati mula menjalar ke dalam jiwa Amzar.

"Tak boleh jadi ni. Mana boleh aku sorang aje yang tak tahu."

Amzar segera mengatur langkah ke hadapan rumah.

"Good luck, ayah usu," ucap Riz Khairiyah.

Tidak semena-mena gerakan kaki Amzar terhenti. "Good luck?"

Riz Khairiyah hanya menayang gigi hadapan. Kemudian, dia fokus ke kuali semula.

Amzar mengerutkandahi. Hatinya tidak senang tatkala mendengar ungkapan itu.

BUAT AKU CINTAWhere stories live. Discover now