Bab 19

4.2K 81 0
                                    

Noah dilepaskan lalu dibawa ke bilik mesyuarat. " Ini kali pertama saya berkerjasama dengan penjenayah, " kata ACP. Harith.

" Tuan, Randy baru sahaja memaklumkan bahawa gitarnya ada penjejak lokasi. Dan sekarang lokasi ini berada di sekitar ini, " kata Encik Daniel.

Noah berdiri setelah menatap lokasi itu. " Itu...itu kelab malam aku, " kata Noah. Mereka semua menoleh ke arah Noah.

" Ermm, tempat tu..., "

" Tunggu apa lagi? Kita bergerak sekarang! " kata ACP. Harith lalu mengambil topinya. Noah pergi bersama ACP. Harith manakala Kara dengan Leo.

Di dalam kereta...

Noah segera menghidupkan telefon bimbitnya namun gagal. " Nak pinjam telefon jap, " pinta Noah. ACP. Harith menghulurkan telefon bimbitnya. Dia segera mendail nombor telefon Raff.

" Hello, Raff? " panggil Noah.

" Noah?! Kau kat mana? Berkali-kali aku call tapi kau tak angkat. Tempat kita dah kena ceroboh dengan si zack tu, " kata Raff dihujung talian.

" Ramai ke orang-orang Zack? " soal Noah.

" Ramai pun tak guna semua kecut. Satu lagi, Milan kat dalam. Aku ni kat dalam kereta, " balas Raff dengan nada perli.

" Kau pehal kat dalam kereta?! Pergilah tolong b*bi! Aku on the way dengan polis, " balas Noah.

"Apa?! Po-polis?!! Noah, kau biar betul? " kata Raff terkejut. " Okey dengar sini. Aku takkan ulang lagi jadi dengar baik-baik, "

Setelah menerangkan rancangannya, dia menamatkan panggilan. " Si b*ngsat tu memang tak serik lagi! " marah Noah.

Noah menoleh ke arah ACP. Harith. " Kita dah nak dekat. Jadi, turunkan aku kat sini. Kalau aku lama sangat tak keluar, korang terjah je,  " kata Noah ringkas.

" Boleh percaya ke? " soal ACP. Harith. " Patutlah mak aku tinggalkan kau, " katanya ringkas lalu keluar dari kereta itu.

Kenderaan Leo dan Kara berhenti tepat di belakang kenderaan mereka. " Apa yang Noah buat? Dia nak pergi mana? " soal Kara lalu cuba membuka pintu.

Leo segera menahannya. " Jangan, Kara. Bahaya, " kata Leo sambil menahan lengan Kara. " T-Tapi..., "

" Bahaya. Mungkin ini sebahagian dari rancangan dia, " kata Leo untuk memujuk Kara agar tidak keluar. Kara diam sejenak. " Please be careful, Noah, " bisik Kara sambil menoleh ke luar jendela.

****************

" Aku dah agak kau akan kembali. Sebab gitar ni kan? " soal Zack yang sedang duduk lagak bos. Noah masuk dengan muka yang tegang.

" Kau kata kau takkan ganggu aku lagi, " kata Noah dengan nada yang gerun. Milan berada di hadapannya manakala Jonah...

" Jonah? " panggil Noah. Muka Jonah habis dilunyai oleh orang-orang Zack. Milan yang tidak sedarkan diri terbaring di sisi Jonah.

Noah meludah ke tepi lalu menuju ke arah Zack. Pengikut Zack mula bertindak namun Noah bersuara. " Gerak satu langkah lagi korang semua akan mati, " katanya lalu menarik kolar baju Zack.

" Bagitahu aku, KENAPA?! " jerit Noah sambil menggoyangkan Zack. Pengikut Zack sememangnya pengecut mereka tak berani berganjak.

Bad Boy In My Bed🔞🔥[ COMPLETE✔ ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang