1. Bertemu

19.4K 506 22
                                    

"morning world " ujarku kepada diri sendiri. Dengan pantas aku mengemas katil dan bergerak ke bathroom untuk membersihkan diri.

Aku tinggal bersendirian kerana aku anak yatim piatu. Tiada ibu bapa malah tiada adik beradik. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ibu bapaku boleh pergi.

Selesai membersihkan diri, aku mula bersiap untuk bergerak ke kerja. Tiada masa untuk breakfast.

Sampai saja aku di tempat kerja. Aku ditegur oleh Kak Siti, Kak Siti lah yang banyak membantu diriku.

" morning akakku sayang " kataku dengan manja.
" Morning adik akak" kata kak Siti. Selesai sahaja berborak sakan aku mula melakukan kerja aku dengan cekap. Aku hanyalah berkerja di kedai bunga, itupun setelah ditawar kak Siti.

Aku mula mengubah bunga-bunga tersebut sehingga hari sudah lewat. Aku mula berkemas dan hendak keluar sebelum pulang kerumah.

"  akak, mia keluar sekejap boleh tak? " tanyaku kepada kak Siti. Kak Siti hanya menganggukkan kepalanya tanda membenarkan. Aku tersenyum lebar sehingga lesung pipit dipipiku kelihatan.

Jam ditangan ditilik. Pukul 8. Kedai pula tutup pukul 10.00 . Sempatlah untuk bersiar-siar. Aku memang suka bersiar-siar ketika masa lapang.

Aku mula mengerakkan kakiku kearah tasik. Aku mulanya ingin mengambil jalan dekat tetapi entah bagaimana kakiku bergerak mengambil jalan jauh

" twinkle twinkle little star --" nyanyiku dengan riang sebelum mendengar suara-suara yang bising di dalam lorong sana. Aku yang sememangnya sangat penyibuk mulai bergerak ke sana.

Sampai-sampai sahaja aku disana, aku disapa dengan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan ditangannya terdapat sepucuk pistol. Aku terganga melihat seorang lelaki terbaring di atas tanah dengan berlumuran darah.

Lelaki yang berpakaian serba hitam itu menembak lelaki yang terbaring itu sebelum memandang ke arahku.

Matanya yang berwarna kelabu itu mula memandangku dengan tajam sehingga membuatkan aku terpaku melihatnya sebelum dia datang ke arahku dan menolak badanku rapat ke dinding.

" aku tahu kau nampak, so what should i do to you? Kill you? Keep you? " soal lelaki itu sambil matanya memandang tepat ke dalam mataku.

Aku memandang lelaki itu dengan muka yang sangat blur. Aku terkebil-terkebil sebelum lelaki itu bertindak meletakkan pistol itu di kepalaku.

Serta-merta otakku berfungsi dan aku tersengih-suka. Wuish siapa je tak suka lelaki hensem dekat-dekat. " awak janganlah bunuh saya, saya janji tak bagitahu sesiapa" kataku kepada lelaki itu.

" macam mana aku nak percaya kau?" lelaki itu sengih sinis. Melihat sengih sinis lelaki itu aku mula terpaut, bayangkan sengih sinis dia saja sudah buat aku terpaut, apatah lagi apabila dia tersenyum manis.

" just trust me, awak boleh lepaskan saya tak?" dengusku perlahan, bukan tak suka tetapi jantung dah mengepam laju.

Lelaki itu dengan segera melepaskanku . Fuh baru boleh bertenang hatiku.
" nama awak apa? Nama saya Malayka Damia, awak boleh panggil saya mia tapi saya lagi suka kalau awak panggil saya sayang" ujarku dengan senyuman semanis kapas.

Lelaki itu memandang aku dengan dingin dan beredar.

" hm menyampah! Sombong!" jeritku kuat sebelum menghentak-hentakkan kaki. Aku bergerak laju meninggalkan tempat itu kerana tersedar bahawa mayat itu masih disitu, karang aku yang kena tangkap pulak, naya.

My BadBoy (✅) Where stories live. Discover now