Makan malam mereka gamat dengan suara Mia dan Puan Erina. Ayah Aiden pula seakan suka akan Mia.
" Mia tidur jelah sini, bilik pon banyak kosong lagipun dah malam kan" kata Puan Erina
" Mia tak bawa baju lah mummy"
" Pakai je baju Aiden itu"
" apa ni mummy?" jawab Aiden tidak puas hati
" My house, My rules" selamba Puan Erina membalas
Mia tersengih suka manakala Aiden tidak berpuas hati. Mia akhirnya membuat keputusan untuk tidur di situ.
Puan Erina menghantar Mia ke bilik yang bakal didiami Mia malam ini. Mia pantas membersihkan diri.
Hoodie milik Aiden dicapai lalu disarungkan ke badan.
Besar tapi selesa.
" lenalah aku malam ni" gumam Mia
Lantas Mia berbaring di atas katil. Empuknya. Perlahan-lahan mata Mia tutup.
1.30 PAGI
Mia terjaga apabila tekaknya terasa kering.
" Rumah ni dahlah besar, buatnya ada hantu kang" kata Mia perlahan
Mia cuba untuk melelapkan matanya semula tetapi tidak dapat kerana tekaknya terasa sangat kering. Pintu biliknya dibuka dan dia mengetuk bilik Aiden disebelahnya. Aiden dengan rambut serabainya membuka pintu. Sexy.
" er awak dah tidur ke?" soal Mia
" Kau nak apa?" soal Aiden dingin
" Saya nak minum air tapi saya takut lah, teman boleh tak?" kata Mia sambil membuat muka comel
Aiden memandang Mia lama. Aiden melihat bajunya yang berada di tubuh Mia. Comel. kata Aiden di dalam hati. Setelah berfikir dengan lama akhirnya Aiden mengambil keputusan untuk menemani Mia.
Mia tersenyum lebar lalu berjalan laju ke arah tangga, entah mana silapnya badannya hampir jatuh bergolek. Aiden dengan tangkas menarik tangan Mia sebelum Mia jatuh bergolek.
" Thanks awak hehe"
" Mata tengok jalan, lembap" kutuk Aiden
Aiden pantas menarik Mia ke dapur.
" Cepat sikit, aku ngantuk" kata Aiden
" eh awak pergilah masuk bilik, saya okay dah" halau Mia
" Tadi aku nampak something dekat ruang tamu" kata Aiden selamba
Mia terus berlari pantas ke arah Aiden dan memeluk belakang Aiden.
" betul ke? " tanya Mia sambil mukanya melekap elok di belakang Aiden.
" woi lepas"
Mia mengeraskan badannya, badan Mia melekap elok di belakang Aiden. Tidak mahu dilepaskan.
Aiden melepaskan keluhan lalu berjalan untuk memasuki bilik. Mia yang memeluk belakangnya dikerling.
Sampai sahaja di hadapan bilik Mia, Mia melepaskan pelukan.
" sorry kacau awak tidur, night " kata Mia perlahan.
" Hmm "
Aiden memandang Mia lama sebelum bertindak menjentik dahi mia. Mia membuat muka pelik dan terus masuk ke dalam bilik. Setelah memastikan Mia masuk ke biliknya, Aiden terus bergerak ke biliknya untuk menyambung lenanya.
-----------------
Mia pantas bangun apabila mendengar bunyi jam lalu melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Turun sahaja Mia dibawah, Mia disapa oleh Puan Erina
" Lena tak tidur?"
" fuh lena lah! Katil empuk, baju Selesa" balas Mia
Mia menolong Puan Erina menyediakan breakfast. Selesai membantu Puan Erina, Mia bergerak pulang ke rumah.
YOU ARE READING
My BadBoy (✅)
RomansaMalayka Damia × Aiden Carter Misi mengejar cinta si mafia. Malayka Damia : I love you ! Aiden Carter : Just who are you, Malayka Damia? Disebalik rahsia masih terdapat rahsia lain. (Complete)