Sebaik saja mereka sampai di waterfront..
"Sir.."
Nadia bersuara. Raqif menunduk memandang Nadia. Dia berhenti bergerak dan merenung Nadia sebentar. Dengan bandage di dahi Nadia kelihatan comel. . Raqif kemudian senyum nipis.
"Salah la...."
Tegur Raqif. Terkebil-kebil Nadia memandang muka hensem Raqif dengan wajah bingung. Sempat Nadia terkagum sekejap tengok muka hensem Raqif.
Tapi apa yang salah? Nadia tenung Raqif dengan muka tanda tanya.
"Jangan panggil Sir kalau kita berada di luar kolej.. unless di campus..terpaksa la panggil Sir.. " Kata Raqif sambil senyum kacak lagi. Nadia terlompong sekejap. Dia mendongak pandang muka Raqif. Rasa tak percaya yang Raqif yang di minati rata-rata pelajar di kolejnya kini dating dengannya.. jadi sekarang dia sudah sah jadi girlfriend Sir Raqif? Nadia senyum mengulum. sweet rasa bila kena bawa dating di restaurant waterfront. Berbunga-bunga hati Nadia. Mukanya penuh senyuman. Berseri-seri.
" so I should call you...?" Tanyanya dengan muka malu sedikit. Darling? abang? ewwww.. sayang? honey? gelihati Nadia memikirkan panggilan apa yang sesuai untuk si Sir Raqifnya ini. Dia senyum mengulum lagi. Sedikit tersipu. Pipinya tiba-tiba terasa panas.
" Nadia can call me Qif saja.."
"O.... Ingatkan suruh panggil sayang tadi.." Balas Nadia sambil ketawa nakal cuba cover rasa malu dengan apa yang bermain di kepalanya tadi .
Terbesar mata Raqif lantas ketawa. Amboi budak ni! Dalam hati dia teringin juga kalau Nadia panggil dia sayang. Tapi entah kenapa rasa segan pula. Sudah lama tidak ada girlfriend, rasa pelik.. malu, takut.. segan.. happy dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting rasa macam mahu senyum memanjang. Berbunga-bunga .. Raqif malu dengan perasaannya sendiri! What the hell happens to me?!
"Er.. sayang? betul nak panggil saya sayang" Tanya Raqif sambil menatap mata bulat besar Nadia yang cantik.
" eh.. gurau saja.. panggil sir- Qif pun okay.." Balas Nadia dengan ketawa kecil sambil duduk ke meja yang paling tepi. Dekat dengan air supaya boleh menikmati pandangan air laut yang cantik. Angin bertiup sederhana saja.Cuaca nampak sangat baik. Raqif ikut duduk.
" Bahaya kalau panggil sayang.." Kata Raqif dengan nada serius sambil menatap Nadia.