Aku memandang dia lama. Bila dia pandang aku, cepat-cepat aku pandang tempat lain. Bukannya apa.Tidur sekatil tu selalu tapi waktu 'bersama' tu sangat jarang. Sepanjang berkahwin ni boleh kira dengan jari berapa kali sahaja dan baru beberapa minggu lepas, sekali. Maklumlah aku wanita bekerjaya dan dia pula seorang sura rumah dan pelajar yang sedang menuntut peringkat master. Aku cuma tak sangka yang aku sedang mengandung anak dia. Hebat juga dia ni. Pagi tadi rasa pening dan mual-mual. Aku mula rasa tak sedap badan lalu aku mengambil 'pregnancy test' dan cuba uji. Positif.
Kadangkala aku rasa bersalah pada suami aku ni. Mana taknya 3 tahun lepas aku paksa dia untuk berkahwin dengan aku sebabnya aku tak suka pilihan sedara-mara yang materialistik.
Pertemuan kami bermula saat aku baru pulang dari 'oversea' dan begitu teruja untuk mencari kekasih lama ku Khairy yang khabarnya berada di hotel itu. Aku teringin membuat kejutan, tapi sebaliknya pula yang terjadi.
Hati bagai dihiris-hiris bila melihat Khairy bersama perempuan lain. Sudah tiada kesabaran, aku memukul lelaki itu berulang-ulang kali bersama perempuannya sekali. Mungkin kerana aku menjengkelkan aku pula yang ditampar Khairy. Aku terdiam. Memang sah Khairy curang. Air mata aku mengalir kerana tidak sedikit pun Khairy cuba pertahankan dirinya, malah dia seakan mengakui hubungan dia dengan wanita itu. Tanpa berfikir panjang aku langsung pergi dari situ, rasa macam nak melepas di atas bumbung hotel.
Sambil teresak-esak aku berjalan, tak sedar aku terlanggar seorang pekerja hotel yang sedang membersihkan lantai. Habis berselerak balik. Tapi ada aku kisah, aku terus saja berlari. Pekerja tadi memanggil-manggil aku. Aku abaikan.
Di atas bumbung ini, aku mengalir air mata. Aku cuba tahan tangisan ini, dan Khairy aku herdik berkali-kali. Sehinggalah kepala aku terasa begitu pening dan tidak sedar.
Sedar-sedar saja di hospital kerajaan, pantas aku bertanyakan jururawat yang lalu lalang di situ, bagaimana aku boleh disini.
Dia kata, aku dibawa dengan ambulans ditemani seorang lelaki. Keadaan aku agak kritikal kerana didapati stress sehingga naik ke urat saraf kepala. Tapi sekarang sudah baik, namun harus dirawat sikit-sikit. Aku mengangguk terima kasih pada jururawat itu. Tertanya-tanya pula siapa?
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang asing bagiku. Ohh, pekerja hotel yang aku langgar kelmarin. Disitulah aku kenal Luqman.
Perkenalan yang singkat, aku berterima kasih kerana membantu aku dan memberinya beberapa wang untuk menggantikan bayaran hospital aku.
Beberapa minggu berlalu. Aku sudah boleh melupakan Khairy. Aku akui aku seorang yang workaholic. Pada hari Ahad pun aku bertemu klien berbincang mengenai bisnes. Hanya dengan bekerja salah satu cara aku menghilangkan stress masalah peribadi.
Saat bawa kereta, mataku terpaut pada seorang lelaki yang sedang membetulkan kasut di tepi jalan deretan kedai. Aku cam sangat wajah itu. Luqman? Buat apa disitu? Dengan perasaan ingin tahu, aku memakirkan kereta di kawasan berhampiran. Aku hanya memerhatikan gerak gerinya. Bukankah dia pekerja hotel? Hari Ahad dia tukang kasut pula? Berjam-jam juga aku perhatikan dia sehinggalah dia sudah tiada pelanggan.
"Excuse me, boleh killatkan kasut saya",pinta aku lalu memberikan beberapa kasutku yang berada dalam kereta.
"Ehh akak!... ingat saya tak?", jelas keterujaan Luqman.
"Emm sorry... tapi kamu ni siapa ya?", aku buat-buat tak kenal.
Dia terdiam lalu meminta maaf kerana mungkin salah orang. Aku hanya menunggu dan melihat dia mengilatkan kasutku.
"Dah lama ke kerja ni? Maklumlah kamu nampak profesional... kasut saya ni pun dah macam baru",tanyaku.
"Saya kadang-kadang buat servis ni.. Nak cari duit lebih",katanya.
"Ada nak kumpul duit untuk apa-apa ke?", aku berminat untuk tahu.
"Saya sebenarnya kerja tukang cuci di hotel... kebetulan adik teringin nak pergi rombongan sekolah... tapi duit gaji saya cukup-cukup untuk keperluan hidup dan tabungan kecil-kecilan... jadi saya kena cari duit lebih ni.. Haha", cerita Luqman sambil tersengih.
Sedih pula aku dengar.
"Takda apa-apalah kak... biasalah nak sesuatu kena usaha", katanya lagi. Mungkin jelas di wajahku mempamerkan kesedihan.
Setelah selesai aku memberikannya wang. Mungkin cukup untuk membayar duit rombongan sekolah adiknya.
"Banyak sangat ni kak... servis kilat kasut ni RM4 je sepasang saya bagi", Luqman terkejut. Berkali-kali dia menolak. Aku pun mengeluh sambil berterima kasih. Tapi diam-diam aku letakkan RM200 di dalam peralatannya.
Aku bertembung Luqman lagi disaat klien mengajak aku membungkus makanan di salah satu gerai kegemarannya pada hari Sabtu itu, aku ternampak Luqman sedang mengangkat tong gas, lalu diberikan pada tauke gerai itu.
Aku perhati. Takkanlah kerja tukang tong gas juga?
Aku meminta diri sebentar daripada klien. Lalu aku mendekati Luqman. Dengan penuh rasa ingin tahu aku bertanya, "kerja angkat tong gas juga ke?".
"Kerja ni pun sambilan je kak... ingat nak rehat harini sebab semalam pun tempat kerja saya ada buat majlis besar-besaran... banyak kerja pembersihan jadinya. Tapi tulah Nek Miah minta tolong... jadi saya terima jugalah...", ceritanya sambil tersengih saat menyedari kehadiran aku.
Aku juga tersenyum kecil melihat gaya Luqman yang begitu rendah diri. Kalau tak kuat mungkin, dah minta sedekah atau mencuri. Tapi rezeki Allah luas sebenarnya jika kuat berusaha, seperti Luqman. Itulah kata-kata yang terlintas di fikiranku.
Aku meminta kad nombornya , tapi tak terfikir untuk beli tong gas pun. Mungkin dia ada disaat aku memerlukan sesuatu, memandangkan dia banyak kepakaran. Fikirku lagi.
Kadangkala tuhan pertemukan kita dengan seseorang mesti ada sebab.
Saat aku memandu pulang dari rumah klien, terlihat kelibat Luqman bersama seorang budak kecil. Tanpa berfikir aku langsung berhenti ke arah mereka. Aku menyapa mereka dan menawarkan tumpangan.
"Jomlah along.... adik penatlah jalan kaki..",adik kecilnya merintih.
Akhirnya aku memandu sampai ke kediaman mereka. Sebuah rumah kecil yang berteres, katanya ini rumah peninggalan orang tua mereka. Sampai saja, mereka menghidangkan minuman petang dan kami berborak.
"Berapa adik-beradik?".
"Bawah saya 2 orang lagi perempuan, seorang tingkatan tiga dan yang tadi darjah 6", kata Luqman.
"Dua-dua nak periksa besar kan..".
"Tulah kak...".
"Siapa yang ambil SPM tu?", aku melihat sijil SPM 10A tergantung di dinding.
"Tu saya punya", perlahan suara Luqman.
Sungguh aku terkejut. Orang seperti Luqman mendapat 10A? Dah kenapa dia perlu bersusah? Kalau aku, saat-saat di usianya mungkin melanjutkan pelajaran di luar negara.
"Luqman sekarang berapa tahun?"
"19 tahun".
Lagilah aku terkejut, dengan penampilannya yang seakan-akan sudah 20-an. Kalau 21 tahun boleh percaya jugalah. Orang susah sememangnya boleh matang di usia muda, bila memikirkan dia masih ada tanggungjawab, sanggup dilepaskan peluang sambung belajar demi adik-adik.
Dipendekkan cerita, aku menawarkan diri untuk menanggung keperluan dan pelajaran keluarganya. Kasihan itu lain cerita, tapi aku sememangnya memerlukan orang sepertinya dalam syarikat ayah ku. Bukannya sepupu-sepupuku yang bodoh dan tanpa usaha dapat bekerja dan berlagak seakan-akan kekayaan itu milik mereka juga. Aku sudah tahu yang Luqman akan menolak, sebab itulah aku menawarkan pekerjaan sebagai balasan dari tajaan. Lama juga aku menanti jawapan, akhirnya Luqman terima juga.
Kedua-dua adiknya aku sekolahkan di asrama dan Luqman, aku biayai pengajiannya sehinggalah dia melanjutkan ijazahnya di luar negara.
"Umur dah 29 takkan tak kahwin lagi?", kata nenekku yang kononnya dapat merendahkan reputasi syarikat jika statusku anak dara tua. Ramai calon dipilih, tapi semuaya aku tak berkenan.
Saat aku dilanda dilema keluarga, aku teringatkan Luqman. Saat itulah... aku memaksanya untuk menjadi suamiku.
"Kenapa pandang Luqman macam tu? Nak goda ke apa?" usikku pada isteri.
"Ma... manada!", muka Sya merona merah.
Aku suka bila dia buat muka macamtu... Hahaha
Asalnya perasaanku hanyalah hormat, memandangkan dia yang membiayai aku dan adik-adik sehinggalah satu hari...
"Kak Sya ke ni?". Saat pertama kali melihat Sya tanpa solekan sememangnya lawa, awet muda. Sewaktu bersolek, wajahnya agak matang.
"Ya.. Ni saya", kata Sya.
"Jauh akak datang nak jumpa saya... sampai ke Australia ni.. Mesti mustahak".
Sya mengangguk. Aku diajak berbual sebentar. Ada sesuatu yang aku perlu buat, katanya. Aku tidak terfikir apa-apa saat itu.
"Luqman kena kahwin dengan saya...".
Aku terdiam sebentar. Mimpi ke apa? Kak Sya dahlah lawa, kaya, pemurah menanggung keluarganya. Mahu berkahwin dengan orang sepertinya? Sya kaya, pasti hantarannya lumayan. Aku mana ada duit.
"Kalau Luqman fikir pasal duit, jangan risau... perkahwinan ini saya yang tanggung semuanya", kata Sya dengan nada biasa.
Jangan kata tak logik eh! Tiada yang mustahil dengan ketentuan tuhan...
Aku pun tak pernah bercinta, maklumlah prioritiku hanyalah belajar dan adik-adik. Jadi aku tak perlu susah-susah untuk mencari pasangan dan bercinta. Mungkin tuhan mempermudahkan urusanku dari segi jodoh. Aku bersyukur.
Soal jarak umur itu tiada masalah kerana setiap perkahwinan itu mestilah kerana Allah. Namun, yang menggugatkan apabila...
"Tapi... andai kata jumpa perempuan lain yang betul-betul Luqman cinta... saya ok je untuk diceraikan",kata Sya lagi.
'What'?!! Aku tak cakap apa-apa pun... dan aku tak menginginkan penceraian.. Biarlah perkahwinan aku itu pertama dan terakhir... Siapa yang berkahwin berniat untuk curang? Betul ke aku nak kahwin dengan Sya? Dia seakan-akan mengambil mudah soal perkahwinan...
Ada satu masa tu, aku berjalan dengan Sya dan kami didatangi beberapa peminta sedekah, Sya kelihatan tak selesa... jelas yang dia rimas... lalu dia hanya beredar dari situ... Sementara aku memberi mereka beberapa wang yang aku ada...
Dia agak sombong dengan orang miskin... gayanya juga seperti itu sewaktu aku pertama kali bertemunya.
"Pakmat... bagi orang dekat sini apa yang diperlukan ... saya rimas tengok orang meminta-minta ni", perintah Sya pada pemandunya melalui telefon.
Aku yang terdengar secara tak sengaja terkedu. Penampilan luarannya seakan sombong, tapi kebaikan dalaman tiada siapa yang tahu. Saat itu aku merasa lebih yakin dengan pilihanku untuk berkahwin dengan Sya.
"Saya bukannya tak suka orang miskin... saya cuma tak suka dengan orang yang tak berusaha... Lagipun tengok macam Luqman... nakkan sesuatu... kerja lebih... sebab itu saya tertarik untuk jadikan Luqman sebagai suami saya... lagipun syarikat arwah ayah memerlukan ..........", kata Sya panjang lagi.
Namun fikiran aku terhenti sampai ayat itu saja. Hati aku terusik. Kelihatannya Sya menyatakannya tanpa sedar.
Sepanjang perkahwinan kami... memang tipu lah kalau tiada masalah. Keputusannya untuk berkahwin denganku sememangnya mendapat tentangan saudara-mara, tapi apa boleh mereka buat. Kalau dah jodoh tu tak ke mana...
Ada satu masa, aku difitnah bersama perempuan lain. Sya kata dia rela diceraikan.
Begitu mudah dia berkata begitu... Adakah perkahwinan kami ini sekadar kewajipan yang hanya untuk mengaburi mata orang ramai... Tak nampak usahanya untuk mempertahankan perkahwinan kami.. Aku sedih, tapi aku meyakinkan Sya yang aku memang tiada apa-apa dengan wanita itu. Sya percaya aku, kerana mendapati ada orang berniat buruk terhadap hubungan kami.
Ada masa juga aku cemburu disaat Sya berurusan dengan seorang klien ini. Aku lelaki... dan aku tahu... aku tak suka cara klien itu memandang Sya seperti itu...
"Maaflah kalau Luqman nak tegur sikit ni?".
Sya yang baru pulang mengerutkan dahi, kerana tak pernah-pernah aku kelihatan begitu serius.
"Lain kali... jangan makan malam dengan klien tu lagi".
"Dia klien...", kata Sya.
"Tapi dia lelaki...".
"Jadi?...", Sya tidak mengerti.
"Dan saya suami kamu...", perlahan aku mendekatinya, aku meletakkan barang-barangnya di tepi lalu aku mengurut-urut bahunya.
Dia kelihatan selesa dengan urutan itu tapi kebingungan masih kelihatan di wajahnya. Tak tahan aku melihat wajahnya yang bingung itu. Lalu aku mengangkatnya masuk ke bilik.
Saat itu, dia mulai sedar yang dia bukanlah wanita yang merosakkan zaman cinta seorang lelaki muda, tapi dialah wanita yang aku sebenarnya sayang. Sejak itu tujuan hubungan kami lebih meyakinkan. Kini perkahwinan kami sudah menjangkau 3 tahun lebih dan aku sentiasa berdoa agar hubungan kami kekal hingga ke syurga.
Luqman menepuk-nepuk belakang Sya yang sedang muntah-muntah.
Dek kerana risau Luqman membawa Sya berjumpa doktor walaupun Sya menolak berkali-kali.
"Isteri encik disahkan hamil 2 minggu... puan kena jaga-jaga kandungan puan ni memandangkan kehamilan pertama cik di usia 30-an", kata doktor itu kepada kedua-duanya.
Di kereta...
Luqman diam. Sya pelik dan tertanya-tanya.
"Maaflah... Sya boleh mengandung pula... minggu depan dahlah Luqman nak exam...", keluh Sya.
Luqman memandang Sya lalu dia memeluk wanita itu erat sambil berkata, "jangan cakap macamtu... saya happy sangat Sya... sampai tak terucap happy ni". Luqman mengusap-usap perut Sya. Sya pula terdiam, terharu kali.
"Okay lepas ni kena kurangkan kerja tau... rajinkan balik awal... saya masak sedap-sedap untuk Sya", kata Luqman dengan begitu teruja. Jelas keterujaan di wajahnya. Sya hanya tersenyum melihat gelagat suaminya.
YOU ARE READING
Kompilasi Cerpen Cinta: Epilog Misyar
Short StoryEpilog Misyar: Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita bekerjaya yang baru berpisah dengan kekasihnya. Dia semakin giat bekerja bagi melupakan kisah silamnya. Namun, pertemuannya dengan seorang jejaka lebih muda dan berperkerti mulia menarik p...