Mentari yang gah memancarkan cahaya di dada langit mulai melabuhkan tirainya dan diambil ahli oleh sang senja yang sedang menabur pesonanya. Langit yang berwarna kemerah-merahan bercampur dengan warna kekuningan menjadikan warna jingga kelihatan.
Kicauan burung-burung yang merdu riang terbang bebas di udara menyanyikan lagu alam menggamit suasana. Ladang gandum beralun lembut bagaikan menari di hembus mesra oleh sang bayu petang.
Seorang gadis duduk di pondok memerhati pemandangan yang terpapar indah di depannya. Sekali sekala gadis tersebut kusyuk membaca buku yang dipegangnya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.
" Ana, kenapa tak balik lagi ?." Tegur seorang wanita dengan suara yang lembut.
Gadis yang dipanggil Ana itu mengangkat kepalanya memandang ke arah punca suara tersebut. Saat matanya bertembung dengan mata pemilik suara lembut yang menegurnya tadi dengan automatik bibir mungilnya mengukir senyuman manis semanis madu.
" Eh, Puan Rose. Baru balik dari ladang ke?." Tanya Ana.
Rose ialah nama kepada wanita yang menegur Ana sebentar tadi. Wanita itu sudah berusia 40 an yang dianggap ibu oleh Ana kerana sejak berumur 8 tahun Ana hidup sendirian selepas kematian Ibu bapanya 9 tahun yang lalu.
" Ya. Saya baru sahaja selesai menuai sebahagian gandum milik Peter." Balasnya pada pertanyaan Ana sebentar tadi.
Peter ialah nama suami Rose yang sudah meninggal dunia akibat di bunuh oleh golongan Baron iaitu tuan tanah.Pada ketika itu orang kampung yang tidak dapat membayar zakat yang dikenakan oleh golongan-golongan bangsawan akan dihukum mati.
" Ok. Ana kemas buku-buku Ana dulu." Ana mengemas buku-bukunya dan memasukkan ke dalam beg yang diperbuat daripada kulit kambing itu.
Setelah itu Ana pun pulang bersama-sama dengan Puan Rose. Rumah mereka hanya bersebelahan sahaja.
🍃🍃🍃🍃🍃
" Putera Zack, Ayahanda Putera Zack meminta putera agar segera datang ke ruangannya." Kata Lenhil. Lenhil merupakan orang kepercayaan kepada Raja Andrew iaitu ayah kepada putera Zack.
Putera Zack hanya mengangguk. Sifat dingin menjadi kebiasaannya. Putera Zack berjalan perlahan menuju ke ruangan Ayahnya.
" Ada apa Ayah memanggil Zack." Kata Zack kepada Ayahnya sejurus sahaja masuk ke dalam ruangan Ayahnya.
Raja Andrew tersenyum sebelum menjawab soalan Zack. " Esok kamu akan Lenhil hantar ke Crystal Academic." Kata Raja Andrew.
Zack hanya mengeluh lalu keluar begitu sahaja tanpa mempedulikan reaksi ayahnya.
Raja Andrew hanya mengeluh sambil menggeleng kepala. Sudah lali dengan perangai anaknya itu. Sejak Putera William abang kepada Putera Zack terbunuh semasa peristiwa perang yang berlaku 10 tahun yang lalu sikap Putera Zack berubah menjadi lebih kasar dan dingin.
🍃🍃🍃🍃🍃
"Fuuuhh akhirnya siap juga aku susun buku-buku ni." Ana melepaskan hembusan nafas lega apabila selesai mengemas dan menyusun buku-buku yang dijumpainya di dalam stor 2 bulan yang lalu.
Baru sekarang dia mempunyai masa untuk mengemas dan menyusun buku-buku itu. Bukan terlalu sibuk tetapi Ana hanya saja lupa untuk mengemas buku-buku itu kerana tertarik dengan cerita-cerita buku yang dijumpainya.
History of Crystal Kingdom, The Choosen , History of Royalflame Family, The famililar bla bla bla dan banyak lagi buku yang habis dibacanya. Ada yang setebal 500 muka surat paling sikit 1000 muka surat. Selama 2 bulan saja dia membaca habis kesemua buku itu. Oke guys ini mengarut kot ada ke yang dapat baca habis buku-buku yang tebal 500 bahkan 1000 muka surat hanya 2 bulan. Tebal kott. Baca buku Ker tengok gambar jer🤔😂😂 okee sorry merapu sikitt... Back to story
YOU ARE READING
The Destiny Of Vermont's Ancestry
FantasyTakdir seorang gadis yang telah diramalkan untuk menyelamatkan Crystal Kingdom. Gadis itu ialah Grana Selvyra Azrywill Vermont yang tinggal seorang diri di sebuah desa di bahagian utara Crystal Kingdom. Mendapat tawaran untuk bersekolah ke Crystal A...